KISAH BENAR: Sudah 41 Minggu, Bayi Masih Belum Keluar. Ini Perkara Yang Saya Lalui!
Hamil 41 minggu tanpa adanya tanda-tanda bersalin sering membuatkan ramai ibu berasa cemas dan risau. Namun adakah ia perkara yang normal?
Pengalaman menimang anak pertama mendatangkan perasaan suka dan duka kepada setiap ibu. Ada yang mudah bersalin, ada juga hamil 41 minggu masih tidak merasai sebarang tanda melahirkan anak.
Sudah menjadi lumrah apabila masuk sahaja trimester ketiga, para ibu akan sibuk melakukan banyak persiapan untuk diri sendiri serta barangan bayi bagi memudahkan proses berpantang nanti.
Kisah ibu hamil 41 minggu, namun bayi masih tidak mahu keluar
Salah seorang ibu menceritakan pengalaman sebelum dan selepas dia bersalin. Pada awalnya dia bersama suami menghadiri kelas pranatal sebagai persediaan untuk bersalin, cara menjaga bayi, penyusuan yang betul serta perubahan yang bakal berlaku dalam rumah tangga setelah memiliki cahaya mata.
Kami amat menggalakkan setiap bakal ibu dan ayah kali pertama untuk menghadiri kelas ini kerana ia mampu mengurangkan kegelisahan serta perasaan cemas. Anda juga dapat mempelajari kaedah bersalin yang berbeza.
Melalui kelas ini juga, para ibu dapat lebih bersedia untuk melalui proses bersalin melalui teknik pernafasan yang betul. Saya juga berasa sangat yakin untuk bersalin normal, tanpa mengambil suntikan epidural!
Debaran semakin terasa apabila masuknya 40 minggu kehamilan
Saya telah banyak berfikir ketika ini. Sentiasa memantau pergerakan bayi. Jika dia tidak bergerak, saya selalu minum air sejuk. Bukan itu sahaja, saya juga menghubungi bidan dan kerap bertanya sana, sini.
Ketika hamil 41 minggu, bayi masih tidak mahu keluar. Saya hanya duduk dan bersenam di atas bola bagi memudahkan proses bersalin. Tetapi, masih tiada. Sehinggalah kami memutuskan untuk bersalin secara induce.
9 a.m: Saya tiba di hospital dan tidak bersarapan bagi membolehkan proses kelahiran berjalan lancar. Saya diberi ubat Cervidil bagi mematangkan serviks sebelum induce.
12 malam: Masih tiada kontraksi. Saya mula lapar dan lemah. Doktor membenarkan saya makan kerana tubuh perlukan tenaga. Disebabkan oleh kantin agak jauh dari wad bersalin, saya buat keputusan untuk berjalan kaki supaya dapat meningkatkan tekanan pada pangkal rahim. Saya juga tidak boleh makan banyak kerana menghadapi GDM.
3 petang: Saya berehat dan sambil berbaring, mengingati semula apa yang dipelajari dalam kelas pranatal. Di atas meja kecil sebelah katil ada sebuah buku kecil menerangkan mengenai kelahiran caesarean.
Ketika ini saya agak gementar kerana ia bukanlah apa yang kami pelajari. Saya tidak bersedia untuk melaui proses bersalin secara caesarean.
Tiba-tiba saya merasai ada air yang mengalir keluar. Rupanya itu adalah air ketuban!
Dimasukkan ubat bagi mengecutkan pintu rahim
Kemudian saya dipindahkan ke bilik besar, di mana saya sepatutnya bersalin. Lengan saya dipasangkan dengan IV Drip- dipanggil sebagai Picotin Induction. Ia adalah ubat untuk memaksa serviks mengecut.
Saya mula merasai sakit kontraksi yang agak kuat sehingga perlu berpaut pada suami dan jururawat. Namun bukaan rahim saya hanyalah sekitar 1cm sahaja.
5 petang: Saya mula berasa lapar. Pihak hospital tidak membenarkan saya makan. Hanya boleh ambil gula-gula tetapi tidak boleh makanan pejal. Saya hanya minum air sahaja.
Pada masa ini, jururawat secara beransur-ansur meningkatkan dos IV Drip. Terdapat kabel yang dipasang pada bahagian perut bagi memantau kontraksi serta keadaan bayi dalam perut.
6 petang: Saya mula merasai sakit kontraksi yang lebih kerap sehingga saya meminta untuk mendapatkan gas tahan sakit. Dos IV Drip meningkat, sakit kontraksi kini jadi lebih kuat.
Walaupun sakit, saya tetap perlu ke tandas untuk membuang air kecil sambil membawa IV Drip. Kebetulan juga ketika itu wanita bilik sebelah telah selamat bersalin. Saya dapat dengar tangisan bayinya.
Dia telah berjaya bersalin. Saya mula rasa sedikit tertekan kerana kontraksi masih berterusan.
12 malam: Saya tidak dapat tidur kerana dalam kesakitan. Serviks masih tidak terbuka, hanya 3cm. Bayi masih tidak mahu keluar. Saya mula menangis sehingga tidak dapat bertahan lagi.
Segala ilmu persediaan untuk bersalin dalam kelas pranatal nampaknya tidak dapat digunakan ketika ini.
Degupan jantung dan tekanan darah bayi mula menurun
Ketika ini doktor menawarkan sama ada saya ingin ambil suntikan Epidural. Beliau juga menerangkan kesan pengambilannya kepada saya dan suami. Kami hanya menandatangi borang yang disediakan kerana saya sudah tidak dapat tahan sakit lagi.
Sehingga jam 2 pagi, bukaan hanyalah 4cm sahaja. Saya mula menutup mata. Bidan menepuk pipi dan memberitahu saya tidak boleh tidur kerana boleh membahayakan bayi.
Kemudian mereka membuat keputusan untuk menjalani proses bersalin emergency caesar dan IV Drip telah dihentikan. Ketika ini, saya hanya mampu berkata ”Tolong lakukan apa sahaja asalkan ia dapat menyelamat nyawa saya dan bayi.”
Jam 6.30 saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Beberapa minit kemudian, jelas kedengaran tangisan bayi. Di sini saya rasa gembira dan teruja. Doktor meletakkan bayi di atas dada untuk skin to skin.
Saya dan suami beremosi dan menangis. Segala keletihan mengandung dan melahirkan anak telah hilang apabila dapat melihat anak kami, Antonio. Kami bersyukur kepada Tuhan atas anugerah indah ini.
Penulis asal Lorainne Naig. Artikel ini telah mendapat keizinan daripada theAsianparent Filipina untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kalau Nak Bersalin Normal & Mudah, Ibu Kena Amal 5 Tips Ini Sejak Mengandung Lagi!