Doktor Keguguran Semasa Menyambut Bayi, Rupanya Dia Sendiri Mengandung Luar Rahim!

Seorang doktor telah mengalami situasi mengandung luar rahim, namun beliau masih sempat menyambut bayi pesakit lain! Apa tanda hamil luar rahim?

Doktor pakar di Luxor General Hospital, Luxor, Mesir baru-baru ini telah menunjukkan betapa dia seorang doktor yang hebat! Apa tidaknya, Dr Mervat Mohamed Talaat yang mengandung luar rahim itu masih meneruskan pembedahan pada pesakitnya walaupun beliau keguguran!

Semuanya bermula begini – beliau sedang menjalankan pembedahan c-seksyen untuk menyambut bayi salah seorang ibu bersalin.

Tiba-tiba, beliau diserang kesakitan dan darah banyak mengalir daripada farajnya!

mengandung luar rahim, hamil luar rahim. kehamilan ektopik, luar rahim, ektopik, ibu mengandung luar rahim

Tapi, doktor itu tidak mahu berganjak dan masih meneruskan pembedahan tersebut hingga beliau selesai menyambut bayi yang dilahirkan pesakitnya itu!

Selepas semuanya selesai, beliau menyerahkan tanggungjawab menjaga pesakit itu pada doktor lain. Beliau kemudiannya dibawa ke dewan bedah. 

Mengandung luar rahim itu apa?

mengandung luar rahim, hamil luar rahim. kehamilan ektopik, luar rahim, ektopik, ibu mengandung luar rahim

Kredit gambar: PregMed

Menurut laporan Al Arabiya, doktor hebat terbabit telah mengalami kehamilan ektopik, atau kehamilan luar rahim atau juga dikenali sebagai mengandung luar rahim. 

Perkataan ektopik bermaksud “di tempat yang salah“. 

95% daripada kes ini terjadi dalam tiub falopio atau dalam abdomen seseorang ibu.

Jika ia dibiarkan, pendarahan dalaman boleh berlaku. Kebanyakan kehamilan ektopik akan menyebabkan keguguran.

Jika anda disahkan mengalami kehamilan ektopik, doktor akan melakukan pembedahan laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan bayi.

Pakar daripada hospital berkenaan mengesyaki tekanan di tempat kerja punca Dr Mervat terlalu penat maka beliau tidak sempat menjaga kesihatannya.

Pada hari kejadian, beliau mempunyai 3 pembedahan yang telah dijadualkan. Ibu hamil semua, jaga kesihatan anda, ya! Jangan terlalu sibuk dengan kerja.

Pengerusi Luxor Doctors Syndicate, Ahmed Hamza berkata – mereka akan memberikan perhormatan kepada Dr Mervat kerana usahanya yang bernilai itu. 

Salute, doctor!

Siapa yang berisiko mengandung luar rahim?

Doktor Keguguran Semasa Menyambut Bayi, Rupanya Dia Sendiri Mengandung Luar Rahim!

Kredit: Medical News Today

Kes mengandung luar rahim atau kehamilan ektopik ini boleh berlaku pada mana-mana wanita. Namun, risiko lebih meningkat jika wanita tersebut:

Simptom-simptom yang harus diperhati

mengandung luar rahim, hamil luar rahim. kehamilan ektopik, luar rahim, ektopik, ibu mengandung luar rahim

Bagaimana ingin tahu jika anda mungkin mengalami kes mengandung luar rahim? Lihat tanda-tanda penting ini.

Biasanya, hamil luar rahim rasa sama seperti kehamilan biasa.

Anda akan lambat datang haid atau tidak datang haid langsung, sakit payudara, sering keletihan, muntah dan kerap kencing.

Tapi, anda mungkin cenderung untuk mengalami masalah mengandung luar rahim jika:

  1. Anda mengalami pendarahan yang banyak keluar dari faraj
  2. Sakit di bahagian perut atau pelvik, biasanya selepas 6 atau 8 minggu lambat datang haid
  3. Sakit ketika melakukan seks
  4. Sakit ketika menjalani pemeriksaan pelvik
  5. Pening
  6. Sering pengsan
  7. Mengalami pendarahan dalaman
  8. Sering terkejut/mengalami kejutan
  9. Sakit bahu 

Segera dapatkan rawatan di hospital jika anda mengalami simptom-simptom ini, ya. Jangan ambil mudah tentang kesakitan yang anda alami ketika hamil.

Semoga semuanya selamat untuk anda! Jaga kesihatan dan jangan lupa untuk dapatkan rehat yang mencukupi. 

Sumber rujukan: Baby Center, Metro dan WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Wanita WAJIB Jaga Rahim Dengan Baik, Ini 7 Makanan Mencegah Penyakit Rahim Anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!