Ibu Sanggup Pertaruhkan Nyawa, Cedera Parah Bergelut Dengan Harimau Demi Selamatkan Bayinya

Harimau belang menyerang seorang bayi dan wanita ketika mereka berada di padang. Bagi menyelamatkan anak, dia sanggup pertaruhkan nyawanya

Setiap ibu ayah di dunia ini adalah pelindung kepada anak-anak. Meskipun berdepan waktu yang sukar atau membahayakan, anda sanggup mengambil risiko bagi melihat anak membesar dengan baik. Seperti yang terjadi pada wanita ini apabila dia dan bayinya telah diserang harimau belang.

Pasti ia detik yang cukup menakutkan kerana haiwan pemangsa ini bersifat ganas dan boleh mengancam nyawa sesiapa sahaja.

Wanita pertaruh nyawa ketika selamatkan bayi diserang harimau belang

harimau

Seorang wanita sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri apabila dia berdepan dengan seekor harimau belang tanpa sebarang senjata di negara India.

Memetik laporan oleh Daily Mail, cakar harimau belang tersebut telah menembusi paru-paru wanita berusia 25 tahun itu dalam pertarungan yang terjadi kira-kira dua minit.

Namun detik cemas ini berakhir apabila wanita itu berjaya menyelamatkan bayinya daripada menjadi mangsa kepada harimau belang tersebut.

Difahamkan sewaktu kejadian, dia telah membawa bayinya berjalan-jalan untuk mengambil angin luar. Tiba-tiba datang seekor harimau dengan pantasnya menggigit leher bayi dan cuba membahamnya ketika mereka berada di padang.

Wanita berkenaan bertindak nekad dengan menjerit dan melawan harimau tanpa menggunakan sebarang peralatan bagi melindungi bayinya daripada menjadi korban.

Disebabkan oleh jeritan yang terlalu kuat, para penduduk kampung yang tinggal berhampiran telah datang dan memukul harimau tersebut bagi menghentikan pergelutan.

”Kedua-dua mangsa kemudiannya telah dibawa ke unit rawatan rapi dan diberikan suntikan anti-rabies,” kata pakar bedah awam, Dr Misthi Ruhela di bandar Jabalpur.

ciri ciri harimau

Dia memberitahu pada media tempatan India, luka pada tidak terlalu serius dan hanya memerlukan rawatan di bahagian kepala sahaja.

Walau bagaimanapun, ibunya mengalami luka pada bahagian paru-paru kerana telah dicakar dan beberapa bahagian badan telah mengalami luka yang dalam.

Menurut keterangan penduduk kampung, selain harimau, gajah turut dilihat sering masuk ke kampung berhampiran dan telah merosakkan tanaman mereka. Serangan harimau ini telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan penduduk.

Pegawai kanan kerajaan Sanjeev Srivastava berkata, pihaknya sedang berusaha mengambil langkah bagi memastikan lebih banyak harimau tidak keluar dari rizab tersebut.

Tips berdepan serangan haiwan pemangsa

Dipetik daripada The Guardian, pengurus kempen TigerTime, Vicky Flynn telah menyenaraikan beberapa petua untuk mengelakkan serangan harimau.

Petua ini berdasarkan pengalamannya sebagai renjer di taman negara India. Berikut ialah petuanya:

tips berdepan harimau

1. Pertama sekali, sekiranya anda berdepan dengan haiwan pemangsa seperti harimau, jangan terus melarikan diri. Ia adalah seperti kucing, harimau sangat menyukai aksi kejar-mengejar.

2. Jika anda berdiri berhampiran pokok, cuba panjat pokok. Kerana harimau dikatakan haiwan yang tidak boleh memanjat tempat tinggi.

3. Berdiri dengan tegak. Harimau tidak dapat membezakan antara manusia, babi hutan atau rusa. Oleh itu, ramai penduduk kampung akan memegang kayu ketika diserang harimau. Mereka juga membawa kayu ketika berjalan di dalam hutan.

4. Tetaplah tenang dan diam ketika melihat harimau sebelum ia menyedari kehadiran anda. Ketika harimau belum menyedari kehadiran Anda, usahakan untuk pergi dari tempat tersebut dengan segera.

5. Hindarkan diri jika bertemu anak harimau. Seperti binatang yang lain, ibu harimau juga amat melindungi anak-anaknya. Jangan mendekati atau mencuba berinteraksi dengan anak harimau dengan apa cara sekalipun. Jika anda menjumpai anak harimau, segera tinggalkan tempat tersebut

p/s: Anak harimau amat jarang ditemui bergerak bebas karena ia sering dilindungi oleh ibunya. Jadi, jika anda melihat anak harimau berkeliaran sendiri tanpa arah, ia berkemungkinan ibunya juga ada berdekatan kawasan tersebut.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Kesal Ambil Mudah Masa Anak Mengadu, Tak Sedar Jadi Mangsa Buli Hingga Ingin Bunuh Diri

Baca juga: Anak Ambil Gunting Nak Tikam Adik, Bila Ibu Selidik Rupanya Terpengaruh Kartun Huggy Wuggy

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Terbeban Dengan Caj Yang Mahal, Terpaksa Hentikan Anak Dari Tadika/Taska

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!