X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia

7 Oct, 2020
Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia

Akibat penularan Covid-19 seolah-olah gelombang kedua sehingga angka kes baharu melebihi 600, Malaysia mencatatkan korban pertama termuda iaitu bayi 1 tahun

Siapa sangka di saat seluruh masyarakat berjaga-jaga dengan penularan wabak Covid-19, tiba-tiba negara kita telah mencatatkan peningkatan kes terbaharu hampir setiap hari termasuklah bayi 1 tahun yang menjadi korban pertama paling muda.

Kematian yang sungguh mendukacitakan ini telah tular sejak petang semalam dan ramai masih berteka-teki adakah mungkin akan berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 jika kes meningkat hingga empat angka.

Bayi 1 tahun meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19

bayi 1 tahun korban covid-19

credit to sources

Menurut laporan Berita Harian, seorang bayi perempuan yang baru berusia 1 tahun antara empat kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bayi perempuan berkenaan adalah rakyat Malaysia dan merupakan kematian yang ke-140 setakat tengah hari kelmarin.

Beliau berkata, kes dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, Sabah pada 1 Oktober yang lalu bagi mendapatkan rawatan.

”Keadaan kesihatan kes didapati semakin merosot dan memerlukan bantuan alat pernafasan. Manakala, saringan Covid-19 didapati positif pada empat hari kemudian iaitu 5 Oktober 2020.”

”Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 pada jam 4.25 petang,” ujarnya ketika sidang media Covid-19.

Ini adalah kematian pertama membabitkan bayi di negara ini. Selain itu, 3 lagi kes kematian dicatatkan pada hari yang sama.

Kes kematian yang ke-138 membabitkan lelaki rakyat Malaysia berusia 60 tahun, dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September 2020.

Saringan Covid-19 telah didapati positi pada 26 September 2020, namun keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.50 pagi Ahad lalu.

Kes kematian yang ke-139 juga membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 60 tahun. Dr. Noor Hisham berkata, kes mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September lalu.

”Saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September, beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober pada jam 5.05 pagi.”

”Manakala, kes kematian yang ke-141 membabitkan lelaki rakyat Malaysia berusia 85 tahun. Pesakit mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kesihatan mental.” katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, lelaki berkenaan ditemui tidak sedarkan diri pada jam 7 pagi semalam dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata, kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.50 pagi semalam. Manakala saringan Covid-19 terhadapnya dikesan positif.

Mengenali gejala Covid-19 pada bayi

bayi 1 tahun maut covid-19

credit to sources

Jangkitan virus Corona menunjukkan tanda yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesetengah pesakit Covid-19 mengalami simptom ringan seperti selesema, tetapi ada juga yang mengalami gejala teruk akibat radang paru-paru.

Simptom ini kebiasaannya muncul dalam 2-14 hari setelah terdedah kepada virus Corona. Sekiranya ia menjangkiti bayi dan kanak-kanak, gejalanya sedikit berbeza dengan orang dewasa seperti:

  • Demam
  • Batuk
  • Susah bernafas
  • Tidak mahu menyusu atau minum
  • Lemah dan kurang aktif
  • Cirit-birit

Cara mengelakkan si manja terkena jangkitan

Hingga kini, belum ada vaksin yang dapat merawat atau mencegah jangkitan virus Corona.

Namun ibu ayah dinasihatkan mematuhi SOP dan beberapa langkah mudah bagi mengelakkan si manja menjadi mangsa yang seterusnya dengan:

bayi setahun meninggal covid-19

credit to sources

  • Beri susu ibu kepada si kecil. Hal ini kerana susu ibu mengandungi banyak nutrien dan antibodi yang dapat melindungi bayi dari pelbagai penyakit.
  • Jauhkan bayi anda dari orang sakit, terutama yang dijangkiti virus Corona.
  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air mengalir atau pembersih tangan selama 20 saat sebelum menyentuh, memegang, menyusu atau memberi makan anak kecil anda.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin, kemudian segera buang tisu dan basuh tangan anda.
  • Gunakan topeng pelitup muka jika anda mengalami batuk atau selsema.
  • Elak berkumpul di tempat yang ramai orang seperti pusat membeli-belah atau pasaraya.
  • Membuat imbasan pada aplikasi Mysejahtera bagi memudahkan catatan sejarah perjalanan.

Sekiranya anda berasa tidak sedap hati melihat keadaan anak yang jatuh sakit, ibu ayah perlu segera membawa si manja mendapatkan rawatan doktor di klinik berdekatan.

Sumber: Berita Harian, Alodokter

Gambar sekadar hiasan. Kredit: google images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenularan-penyakit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham