Ibu Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Hospital Kerajaan Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor

undefined

Bersalin hospital kerajaan sering menjadi pilihan kebanyakan ibu kerana caj rawatannya yang rendah, layanan doktor dan jururawat yang terbaik

Apabila memasuki trimester kedua, amat digalakkan untuk ibu mula memilih bersalin di hospital kerajaan terbaik di Malaysia bagi memudahkan proses kelahiran berjalan dengan lancar. 

Sebenarnya langkah ini amat penting supaya nanti anda dan suami lebih bersedia untuk menyambut kehadiran cahaya mata. Dalam bab memilih hospital ini, kami menyarankan anda untuk berbincang dengan pasangan supaya bil hospital tidak membebankan diri setelah keluar dari wad bersalin.

Ini hospital kerajaan terbaik di Malaysia untuk ibu baru

Berikut merupakan senarai hospital kerajaan terbaik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Selangor (tidak mengikut sebarang kedudukan):

Hospital kerajaan untuk bersalin: Hospital Putrajaya

hospital kerajaan, hospital kerajaan terbaik di malaysia

Hospital Putrajaya terletak di Jalan P9, Presint 7 Putrajaya.

Hospital ini merupakan antara hospital yang mempunyai kemudahan Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (SPPBP) di mana pesakit boleh memilih untuk mendapatkan rawatan yang lebih khusus dan juga boleh memilih pakar ob/gyn mereka sendiri.

Untuk mendaftar bagi skim ini, anda perlulah menyatakan bahawa anda berminat untuk mendapatkan SPPBP (atau juga dikenali sebagai skim FPP – Full Paying Patients). Seterusnya, anda akan memilih pakar yang anda inginkan dan anda akan diberi jadul untuk pemeriksaan selanjutnya.

Ketika anda sudah ingin bersalin, anda akan diminta untuk membayar deposit sebanyak RM3000 sebelum boleh mendaftar masuk.

Bersalin hospital kerajaan: Hospital Serdang

hospital kerajaan, hospital kerajaan terbaik di malaysia

Hospital Serdang terletak di Kajang dan ia mengadakan hubungan kerjasama dengan Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM). Hospital ini memiliki kakitangan yang cekap dan juga kemudahan peralatan perubatan yang terkini.

Jumlah pesakit juga tidaklah seramai hospital lain – jadi tidak ada masalah keciciran pesakit. Tidak seperti Hospital Putrajaya, hospital ini tidak memiliki kemudahan SPPBP/FPP.

Hospital Selayang

hospital kerajaan, hospital kerajaan terbaik di malaysia

Hospital Selayang terletak berhampiran dengan Lebuhraya Selayang – Kepong.

Hospital ini menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Perubatan UiTM (Fakulti Selayang). Hospital Selayang merupakan hospital kerajaan pertama yang dibina mengikut konsep ‘smart hospital’. 

Hospital ini menawarkan kemudahan SPPBP/FPP tetapi para ibu dinasihatkan untuk mendaftar seawal mungkin kerana jumlah pesakit di hospital ini agak ramai.

Pusat Perubatan Universiti Malaya

hospital kerajaan terbaik di malaysia

Terletak di Fakulti Perubatan dan juga Fakulti Pergigian Universiti Malaya, PPUM menawarkan khidmat perubatan profesional dan pakar perubatan terlatih. Istimewanya di sini, terdapat Pusat Penyakit Asma paling efisyen di Malaysia.

Jadi bagi para ibu yang menghidapi masalah asma, anda digalakkan datang ke sini untuk membuat pemeriksaan.

Selain dari wad biasa, PPUM juga mempunyai wad swasta (private wing) yang tersendiri iaitu UMSC (University of Malaya Specialist Centre).

Ia merupakan bahagian berasingan dari PPUM dan ia menawarkan khidmat perubatan yang lebih menyeluruh, dengan bayaran yang agak mahal berbanding dengan kos bayaran di PPUM.

Walaupun UMSC dikira sebagai swasta, status PPUM masih kekal separa kerajaan, jadi anda masih perlu membawa bersama anda surat rujukan dari doktor di klinik kesihatan sebelum dibenarkan mendaftar masuk.

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM)

Ibu Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Hospital Kerajaan Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor

PPUKM terletak di  Bandar Tun Razak, Cheras yang berhadapan dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan Kompleks  Renang  Kuala Lumpur.

Seperti PPUM, anda diminta menyediakan surat rujukan dari doktor di klinik ibu mengandung  sebelum anda boleh mendaftar masuk ke hospital ini. 

Hospital ini merupakan antara hospital terbaik bagi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi kerana ia memiliki antara pakar ob/gyn terbaik di Malaysia.

PPUKM juga menyediakan wad swasta (private wing) bagi ibu-ibu yang menginginkan privasi yang lebih bagi proses kelahiran bayi mereka.

Seperti  UMSC, UKMSC (UKM Specialist Centre) merupakan satu bahagian lain walaupun UKMSC berkongsi bangunan dengan PPUKM. Sila hubungi UKMSC untuk maklumat lebih lanjut mengenai kadar bayaran kerana bertukar setiap tahun.

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur

hospital wanita dan kanak-kanak kuala lumpur

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur kini menjadi perhatian kerana reka bentuk dan dalamannya yang kelihatan sangat cantik dan luas. Ia menyediakan hampir 1,000 katil buat ibu bersalin, kemudahan dewan bedah dan struktur binaan bangunan begitu mengagumkan.

Hospital ini sangat mesra bapa kerana adanya ruang menunggu selesa dan cantik. Menurut akhbar tempatan, caj minimun dikenakan kepada ibu bersalin iaitu serendah RM10 sahaja bagi menikmati perkhidmatan setanding hospital swasta.

Hospital Shah Alam

hospital shah alam

Terletak lebih kurang satu kilometer dari Bandaraya Shah Alam di Mukit Bukit Raja Daerah Petaling. Hospital Shah Alam ini memiliki jururawat, doktor pakar yang sangat baik dan murah senyuman. Bahkan, kemudahan di wad juga bersih dan terbaik. 

Antara kemudahan lain yang disediakan di sini seperti kafeteria, surau, kedai serbaneka, perpustakaan, taman permainan dan lain-lain. 

Kredit foto: sinar harian, vitamin sihat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hospital Islamik Swasta Yang Boleh Dipertimbang Oleh Ibu Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!