TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

11 Jenis Makanan Ini Berkesan Meningkatkan Kesuburan, Suami Isteri Sila Take Note!

4 min bacaan
11 Jenis Makanan Ini Berkesan Meningkatkan Kesuburan, Suami Isteri Sila Take Note!

Dalam memperoleh atau menambahkan lagi cahaya mata, anda dan pasangan sebenarnya perlu mengamalkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan kesuburan.

Kehadiran cahaya mata dalam sesebuah perkahwinan adalah sesuatu yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri sebagai pelengkap hidup. Namun kehamilan tidak semudah yang disangka, ada yang perlu tunggu bertahun-tahun. Justeru, apa kata anda cuba ambil makanan meningkatkan kesuburan ini?

Manalah tahu selama ini gaya pemakanan anda kurang sihat dan menjejaskan kualiti subur. Tidak dinafikan tahap kesihatan wanita sangat mempengaruhi kesihatan fizikalnya.

Jenis makanan meningkatkan kesuburan

makanan untuk kesuburan

credit to sources

Kebanyakan pasangan berkahwin pada hari ini tidak dapat merealisasikan impian memiliki anak sendiri atas pelbagai faktor, antaranya masalah tidak subur atau infertility. Jika anda merujuk klinik pakar, doktor akan memberi suntikan dan ubat bagi meningkatkan tahap kesuburan.

Namun selain makan ubat yang disarankan, sebenarnya ada cara lain bagi meningkatkan kesuburan iaitu melalui pemakanan.

#1. Pengambilan vitamin D

Fungsi vitamin D adalah untuk membantu menghasilkan hormon seks yang diperlukan sepanjang proses ovulasi. Antara makanan mengandungi vitamin ini ialah telur, produk tenusu dan pati minyak ikan haruan.

#2. Asid folik

Tidak hanya wanita sahaja disarankan untuk mengambil asid folik, rupanya ia juga baik untuk lelaki dalam menghasilkan lebih banyak sperma yang berkualiti. Selain terdapat dalam bentuk pil supplemen, anda sebenanrnya boleh mendapati asid folik secara semula jadi dari tumbuhan.

Antara makanan yang disarankan ialah buah-buahan dan sayur-sayuran.

#3. Vitamin C

Vitamin C bukan sahaja mampu meningkatkan kualiti kesihatan secara umum, tetapi ia turut menjadikan wanita lebih subur. Antara makanan kaya dengan vitamin ini ialah sayur brokoli, kubis, buah tomato, ubi kentang dan cili merah.

#4. Vitamin E

Untuk para suami, anda perlu mengambil makanan kaya vitamin E kerana ia membantu meningkatkan jangka hayat sperma agar ia hidup lebih lama. Maka, lebih tinggi peluang untuk disenyawakan dengan ovum.

Saranan makanan yang mengandungi vitamin ini ialah biji bunga matahari, sayur bayam dan buah zaitun.

#5. COQ10

jenis makanan meningkatkan kesuburan

credit to sources

Ia sejenis enzim yang bertindak seperti vitamin C. Selain terdapat dalam bentuk pil, ia turut dapat diperoleh daripada makanan segar seperti daging dan makanan laut.

#6. Bekalan protein

Sebenarnya, protein mampu mengurangkan risiko tidak subur sehingga 50 peratus. Ramai yang menyangka protein hanya boleh didapati daripada daging dan telur, tetapi ia juga kaya dalam makanan berbentuk sayur atau tumbuhan.

Dalam hal ini, anda perlu mengelakkan pengambilan protein daripada sumber haiwan dan lebih kepada protein sayur-sayuran seperti kekacang, jambu, pisang, epal, kurma dan kacang buncis.

#7. Minum air yang cukup

Apabila anda mengambil air kosong yang mencukupi keperluan harian, ia dapat membantu meningkatkan kandungan cecair serviks. Ia adalah amat penting dalam membantu sperma berenang menuju ke dalam uterus seterusnya melekat pada telur.

Caranya adalah mengambil 2 hingga 3 liter air iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas dalam masa satu hari.

#8. Zat besi

Menurut National Institutes of Health, dalam memastikan tahap kesuburan optimum, wanita perlu memenuhi keperluan zat besi sebanyak 18 mg per hari. Hal ini kerana ia berfungsi mengekalkan menstruasi agar lebih teratur.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Antara makanan yang kaya zat besi ialah kekacang, bayam, brokoli, salmon dan daging merah tanpa lemak.

#9. Makanan berkarbohidrat kompleks

cara meningkatkan kesuburan

credit to sources

Gantikan karbohidrat olahan seperti nasi putih atau roti putih kepada karbohidrat kompleks iaitu beras merah, ubi atau kentang.

Ramai tidak tahu bahawa karbohidrat olahan sebenarnya menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin sehingga menganggu hormon reproduksi. Sebaliknya, karbohidrat kompleks tidak akan menambah kadar insulin, bahkan mampu meningkatkan proses persenyawaan.

#10. Pengambilan lemak baik

Bagaimanapun juga, tubuh tetap memerlukan sedikit lemak khususnya lemak baik. Para isteri boleh mendapatkan lemak baik ini pada ikan berlemak seperti salmon dan ikan kod.

Menurut beberapa penelitian, kandungan omega-3 yang ditemui pada ikan tersebut berupaya membantu wanita untuk hamil.

Namun jika anda bukanlah penggemar ikan, boleh sahaja menggantikan omega-3 ini dengan mengambil kacang walnut atau telur omega-3.

#11. Minum susu

Untuk bakal ibu, anda memerlukan sekitar 1 000 mg kalsium pada setiap hari. Susu merupakan salah satu sumber kalsium penting untuk kesihatan tulang dan reproduksi. 

Jika tidak menyukai susu, anda boleh sahaja mendapatkan bekalan kalsium daripada sayur berwarna hijau atau jus.

Sumber: Tribun Bali

Photo: credit to sources

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrawatan-kesuburan-di-klinik-swasta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 11 Jenis Makanan Ini Berkesan Meningkatkan Kesuburan, Suami Isteri Sila Take Note!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham