Semua Nafkah Diberi, Tapi Nafkah Batin Ditinggalkan Suami - Apa Patut Dibuat?

undefined

Adakah isteri dah tak menarik atau bosan dengan perkahwinan menjadi punca kurangnya keinginan untuk melakukan hubungan intim?

Dalam sesebuah perkahwinan, penjagaan dari segi emosi, kerohanian dan kepuasan hubungan kelamin suami isteri haruslah dijaga dengan betul supaya kebahagiaan dalam rumah tangga dapat dikekalkan sampai bila-bila. 

Selain masalah kewangan, sikap, dan lain-lain, antara yang menjadi dilema bila sudah berkahwin adalah hubungan kelamin suami isteri.

Antaranya tidak mencapai kesepakatan ketika ‘bersama’ membuatkan hubungan suami isteri itu semakin keruh bagai dilanda ombak besar. 

Jom kita ikuti luahan hati seorang isteri yang mengalami masalah hubungan kelamin suami isteri ini agar ia menjadi panduan dan pengajaran dalam rumah tangga kita.

Hubungan kelamin suami isteri jangan dipandang ringan 

hubungan kelamin suami isteri, hubungan suami isteri, hubungan intim suami isteri, masalah dalam hubungan suami isteri, masalah hubungan kelamin, suami elak bersama isteri, suami elak bersama, suami elak hubungan intim

Kredit: Tribunnews.com

****

“Abang…mari duduk dengan saya sekejap.” Kataku pada suami selepas melihat dia keluar dari bilik mandi pagi itu.

Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 6 pagi. Anak lelaki kami masih lagi tidur.

Sebagai pasangan suami isteri yang ada anak, hari Ahad merupakan hari yang bagus untuk mengadakan hubungan kelamin suami isteri atau melakukan hubungan ringan di pagi hari. Aku bermonolog sendirian dalam hati sementara menunggu suami duduk di sebelahku.

Aku memulakan perbualan kami.

“Susah sekarang nak berbual dengan abang. Masing-masing sibuk,” kataku sambil jari-jemari ini bernari-nari atas helaian rambut suami.

Namun secara tiba-tiba suamiku menjerit “Stop!! Saya tak sukalah, rimas! 

Terkesima diri ini ketika itu lantas aku bertanya kembali padanya , kenapa? dan apa salahnya? 

“Saya tak ada mood,” dia menjawab. “Tapi saya nak,” saya membalas.

“Saya tak peduli tentang itu, katanya lagi yang memberi kesan terhadap naluri batinku. 

“Jadi, apa patut saya buat? Cuba awak beritahu bila kali terakhir kita melakukan hubangan kelamin suami isteri? Adakah awak ingat? Rasanya sudah hampir setahun kita tidak bersama,” luah hatiku dengan rasa cukup kecewa. 

Ini yang harus saya hadapi bila suami mengelak untuk melakukan hubungan kelamin suami isteri. 

Suami pelengkap kehidupanku 

hubungan kelamin suami isteri, hubungan suami isteri, hubungan intim suami isteri, masalah dalam hubungan suami isteri, masalah hubungan kelamin, suami elak bersama isteri, suami elak bersama, suami elak hubungan intim

Kredit: Sirap limau

Perkahwinan kami sudah menjangkau usia 14 tahun dan kini, kami memiliki seorang anak lelaki. Bahkan, kami saling melengkapi antara satu sama lain.

Suamiku memang seorang yang penyayang, menghormati diriku, seorang yang mengambil berat dan pendengar yang baik.

Bahkan dia juga sangat rajin membuat kerja-kerja rumah jika pembantu rumah kami terlupa nak buat. Ya, dialah lelaki yang semua perempuan impikan. 

Dialah suami yang sempurna. Dialah suami yang tak pernah merungut setiap tindakan isterinya dalam rumah tangga. 

Dia juga pernah bertelagah dengan ibu bapanya kerana memaksa saya melakukan kerja-kerja berat. Betapa untungnya saya mendapat suami seperti dia. 

Namun segalanya punah kini terutama selepas enam tahun melahirkan anak lelaki kami. Kami sudah berhenti melakukan hubungan kelamin suami isteri dan sukar nak cari waktu untuk melakukannya. 

Ya, memanglah kami tidak berhenti secara tiba-tiba tapi ia berlaku secara perlahan-lahan. Mulanya sekali seminggu, kemudian berubah pada sebulan sekali dan sekali dua bulan.

Kemudian kami sudah tidak mengiranya lagi kerana sudah jarang melakukan hubungan kelamin suami isteri ini. 

Apatah lagi, seolah-olah saya saja yang berminat untuk melakukan hubungan kelamin suami isteri ini, suami bagai tak ada perasaan langsung walaupun saya telah menggodanya di kamar tidur kami. 

Adakah masalah ini berlaku pada setiap perkahwinan?

hubungan kelamin suami isteri, hubungan suami isteri, hubungan intim suami isteri, masalah dalam hubungan suami isteri, masalah hubungan kelamin, suami elak bersama isteri, suami elak bersama, suami elak hubungan intim

Disebabkan itu, saya membincangkan isu ini bersama rakan-rakan yang lain. Mereka sebulat suara bersetuju dan kata mereka,  saya telah berkahwin dalam tempoh yang lama. 

“Selepas 15 ke 20 tahun perkahwinan, kebiasaannya pasangan suami isteri semakin kurang melakukan hubungan kelamin suami isteri ini. Kau bukan orang pertama yang melaluinya, malah ia berlaku dengan pasangan yang lain” – kata seorang teman. 

Kemudian saya bertanyakan pada mereka. Apakah jalan penyelesaian yang patut saya buat? Apakah bagus jika sesebuah perkahwinan tanpa melakukan hubungan kelamin?

“Ya, hubungan kelamin suami isteri bukanlah menjadi utama dalam perkahwinan dan isteri perlu faham itu.

Malah anda juga sangat beruntung kerana memiliki seorang suami yang sangat baik dalam dunia ini, tapi hanya kerana hubungan seks anda berubah sampai sebegini rupa? lupakan saja niat itu” – kata teman yang lain. 

Aku sangat kecewa dengan rakan-rakanku pada hari itu. Persoalan belum terjawab, kenapa isteri tidak boleh menyatakan pendirian bila membabitkan hubungan seksual ini?

Dengan siapa lagi untuk aku menyatakannya kalau bukan dengan suami sendiri?

Adakah hubungan kelamin suami isteri tidak patut dipersoalkan? Apa pandangan anda dan apa yang patut aku lakukan? 

*****

Justeru, suami dan isteri harus duduk bagi membincangkan kembali hubungan hangat suami isteri seperti mana ketika di awal perkahwinan dahulu.

Hal ini kerana, hubungan kelamin suami isteri juga penting kerana isteri memerlukan belaian mesra dari seorang suami. Sebab itu, suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain.

Jika bab ini dipandang ringan salah seorang boleh sakit akibat darinya. Renung-renungkan. Kongsikan artikel ini laman Facebook anda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Wallpaperama 

Sumber: Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan

Baca juga

https://my.theasianparent.comhubungan-kelamin-suami-isteri/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!