8 Waktu Yang Salah Untuk Hukum Anak, Ibu Ayah Perlu Fikir Dua Kali Sebelum Bertindak!

Hukum anak bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara semberono. Ibu bapa perlu mempertimbangkan waktu dan situasi yang sesuai

Mendidik anak adalah tanggungjawab besar bagi setiap ibu bapa. Tidak salah hukum anak untuk mendisiplinkan mereka, tetapi ada situasi di mana hukuman mungkin bukan pilihan terbaik.

8 Waktu Yang Tidak Sesuai Untuk Hukum Anak

1. Ketika Meluahkan Emosi

Anak-anak masih belajar cara menguruskan perasaan mereka. Menghukum mereka kerana marah, sedih atau kecewa boleh menyebabkan mereka mula menyembunyikan emosi.

Sebaliknya, bantu mereka memahami dan meluahkan perasaan dengan cara yang lebih baik.

2. Melakukan Kesilapan

Anak-anak akan buat kesilapan, terutamanya bila mereka sedang belajar sesuatu yang baru. Menghukum kerana kesilapan boleh membuat mereka takut untuk mencuba lagi.

Daripada menghukum, cuba jadikan kesilapan itu sebagai peluang pembelajaran yang mendorong mereka untuk mencuba lagi.

Ajar mereka bahawa semua orang membuat kesilapan dan yang penting adalah bagaimana kita belajar daripada kesilapan tersebut.

3. Berkongsi Pendapat

Kadangkala, anak-anak ada pandangan yang berbeza dengan kita. Menghukum mereka kerana berbeza pendapat boleh membuat mereka takut untuk bersuara.

Beri mereka peluang untuk berkongsi pendapat dan belajar daripada perbincangan yang terbuka.

Biarkan mereka rasa dihargai dan selesa berkongsi pandangan mereka, walaupun tidak selari dengan pendapat kita.

4. Kemalangan Kecil

Kemalangan seperti tertumpah air atau memecahkan barang adalah perkara biasa.

Menghukum mereka kerana kemalangan ini hanya akan membuat mereka cemas dan takut.

Sebaliknya, bantu mereka fahami cara untuk mengelakkan kemalangan yang sama pada masa akan datang.

5. Rasa Ingin Tahu dan Bertanya Soalan

Anak-anak penuh dengan rasa ingin tahu dan suka bertanya soalan. Jangan hukum mereka kerana bertanya atau meneroka sesuatu yang baru.

Sebaliknya, galakkan rasa ingin tahu mereka dan jawab soalan dengan sabar.

6. Tak Penuhi Harapan

Ibu bapa sering meletakkan harapan yang tinggi terhadap anak-anak sama ada dalam pelajaran, sukan atau aktiviti lain.

Menghukum mereka kerana gagal memenuhi harapan ini boleh merosakkan keyakinan diri anak-anak.

Lebih baik fokus kepada usaha yang mereka lakukan dan puji setiap kemajuan yang dibuat.

7. Sukar Belajar Kemahiran Baru

Belajar kemahiran baru seperti mengikat tali kasut atau menguasai subjek sekolah boleh jadi susah bagi anak-anak.

Tindakan ibu ayah hukum anak kerana lambat belajar boleh melemahkan semangat mereka. Sokong dan dorong mereka untuk terus mencuba sehingga berjaya.

8. Perkembangan Semula Jadi

Perubahan tingkah laku seperti tantrum atau perubahan mood adalah sebahagian daripada perkembangan mereka.

Memberikan hukuman hanya akan menambah ketegangan. Fahami situasi mereka dan berikan sokongan yang mereka perlukan.

Sebagai ibu bapa, penting untuk memahami bila masa yang sesuai untuk menghukum dan bila masa untuk membimbing.

Dengan memberi sokongan dan bimbingan dalam situasi tertentu, kita boleh membantu anak-anak membesar dengan keyakinan dan ketenangan tanpa rasa takut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!

Baca juga: Ini Tips Bagaimana Orang Jepun Ajar Anak Jadi Pandai, Ibu Ayah WAJIB Baca

Baca juga: Selalu Terjerit Bila Marah Anak? Cuba 7 Cara Ini Untuk Lebih Relaks

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!