Ibu mengandung dan anak berumur 4 tahun maut dilanggar pelajar University

Polis menahan seorang pelajar universiti yang memandu secara bahaya sehingga menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita yang sarat mengandung dan anak lelakinya yang hanya berusia empat tahun.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pelajar universiti yang memandu secara bahaya sehingga menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita yang sarat mengandung dan anak lelakinya yang hanya berusia empat tahun.

Wanita itu, yang sedang mengandung lapan bulan, dan anaknya menaiki sebuah Perodua Kancil apabila kereta Perodua Viva yang dipandu oleh pelajar Muhammad Zikrul Fahmi Musa, 22, terhempas dengan kereta mereka.

Muhammad Zikrul didakwa telah memecut ke lorong beliau dalam usaha untuk memintas kenderaan lain di hadapannya di Jalan Kalumpang, dekat Tanjung Malim.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 7.45 pagi semalam di kilometer 72 Jalan Kalumpang, di hadapan Klinik Kesihatan Kalumpang.

Wanita itu, yang dikenal pasti sebagai Husnadia Abdul Rani, 30, adalah seorang jururawat yang bekerja klinik tersebut.

Anaknya juga telah dikenal pasti sebagai Muhammad Qhalif Fayyadh Mohd Faizul.

Muhammad Zikrul yang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, telah cedera ringan manakala penumpangnya, Syarifah Nadia Sheik Mohd Abdul Wahab, 22, juga seorang pelajar di universiti, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Supt Supramaniam berkata siasatan awal mendapati Perodua Viva dalam perjalanan dari Kuala Kubu Baru menuju ke Tanjung Malim.

Tambahnya, pemandu kereta Perodua Viva telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Supt Supramaniam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Gambar dan Rencana diterjemah daripada The Star

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!