Fakta atau Auta? Ibu Mengandung Jadi Pelupa Teruk Ketika Hamil

Fakta atau Auta? Ibu Mengandung Jadi Pelupa Teruk Ketika Hamil

Semua benda tak ingat! Inilah masalahnya bila ibu mengandung mula jadi pelupa. Segala benda dah lupa. Jom baca mengapa ibu mengandung jadi pelupa di sini.

Sejak mula hamil, ada sesetengah wanita mengadu bahawa mereka cepat sangat menjadi lupa. Tahukah anda bahawa situasi ini dikenali sebagai momnesia!

Momnesia adalah situasi yang mana apabila seseorang wanita hamil, daya ingatan mereka semakin berkurangan. Menurut para saintis, ini adalah tanda otak membentuk hubungan neuron baru sebagai persediaan untuk membesarkan anak.

Malah ada analisis yang dijalankan hampir 20 tahun mendapati wanita hamil mengalami gangguan signifikasi terhadap beberapa kategori ukuran ingatan terutamanya pada kawalan kognitif eksekutif.

Ramai wanita mengandung menyangkakan bahawa perubahan yang bakal mereka alami adalah mabuk-mabuk, perubahan dari segi fizikal badan dan juga hormon.

Salah sama sekali! Ini penjelasannya.

Momnesia: Penyakit Pelupa Saat Wanita Hamil

momnesia

Kredit: Pexels

Ibu mengandung yang mengalami keadaan lupa adalah keadaan yang dinamakan sebagai pregnancy brain atau mommy brain. Hanya ibu hamil sahaja yang akan merasakan betapa peritnya rasa bila asyik lupa banyak benda ni. 

Ia biasanya bermula pada waktu trimester pertama. Ini kerana pada waktu inilah hormon anda akan mula berubah dengan drastik dan mendadak. Namun, sebaik sahaja kandungan anda masuk dalam usia 6 bulan, ianya akan hilang dengan sendirinya kerana pada waktu ini, hormon anda sudah mula stabil. 

Adakah semua wanita mengandung akan mengalami keadaan sebegini? Ya dan tidak. Ini bermaksud bahawa mungkin sebilangan sahaja yang akan mengalami keadaan pelupa.

Ini bergantung juga dengan hormon anda. Setiap ibu mengandung tidak mempunyai keadaan yang sama. 

Penyebab pelupa dalam kalangan ibu mengandung

Apa agaknya sebab yang menjadikan ibu mengandung ini pelupa? Jom kita semak!

#1 Perubahan hormon penyebab momnesia

momnesia

Kredit: Pexels

Ini antara sebab utama mengapa ibu mengandung menjadi sangat pelupa sewaktu hamil. Hormon ini jugalah yang menyebabkan anda menjadi bertambah sensitif, kerap menangis dan ya, menjadikan anda juga seorang pelupa.

Tubuh ibu mengalami perubahan hormon yang sangat besar. 

Hormon tersebut adalah progesteron dan estrogen. Disebabkan perubahan hormon inilah yang menyebabkan kemampuan ibu mengingati sesuatu terbatas ataupun ibu sukar mengingati sesuatu perkara pada masa jangka panjang.

#2 Stres dan keresahan

Kalau anda terlalu tertekan di saat kehamilan anda ditambah lagi dengan perubahan hormon yang anda alami. Sudah tentulah, kedua perkara tersebut macam satu set lengkap untuk menyebabkan anda mudah lupa. 

Punca stres ibu mengandung boleh disebabkan oleh banyak perkara. Tapi salah satunya adalah anda terlalu risaukan banyak perkara sampai anda jadi resah.

Risaukan kehamilan anda, risaukan perkara lain. Jadi, tidak hairanlah kalau anda sukar untuk mengingati sesuatu sebab terlalu banyak benda bermain difikiran anda!

#3 Kurang tidur

Kurang tidur pun boleh lupa? Ya! Ada dalam kalangan ibu mengandung yang akan sukar tidur pada waktu malam.

Keadaan ini dipanggil insomnia. Bila dah tak cukup tidur tu mulalah badan rasa penat kan. Penat yang sangat melampau pulak tu. Pusing kiri susah, pusing kanan susah. Menyebabkan susah nak tidur! Lagi dengan rasa nak terkencing dan muntah lagi.

Tidur memang takkan nyenyaklah. Bila kita tidak cukup tidur apa yang jadi? Kepenatan dan mood kita pun mula berubah kan?

Apabila kita cukup tidur, sel otak kita berhubung untuk memproses maklumat. Itu yang membuatkan anda boleh memiliki memori yang baik. Tapi kalau tak cukup tidur, apa pun susah nak ingat kan?

Cara mengatasi masalah pelupa

pelupa, ibu hamil pelupa

Kredit: Pexels

Jangan terlalu risau, ini adalah perkara yang normal dan situasi anda akan kembali normal sebaik sahaja anda bersalin. Pada masa yang sama, ini apa yang anda patut lakukan buat sementara waktu.

  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Makan makanan kaya dengan antioksidan dan minyak essential seperti Omega-3
  • Jangan terlalu paksa diri untuk mengingati banyak perkara
  • Kekal tenang
  • Sentiasa pastikan cukup air
  • Main permainan yang menguji memori
  • Catat perkara penting yang anda perlu buat atau beli. 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:  Wanita boleh atasi masalah cepat lupa ketika hamil dengan 2 trik mudah ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!