Seorang ibu pasti akan rasa bersalah pada setiap 4 peringkat hidup ini

undefined

Kadang-kadang ibu rasa bersalah bila memikirkan perkara-perkara yang mereka boleh lakukan sebelum ada anak. Anda pernah rasa begini?

Menjadi seorang ibu memang merupakan satu anugerah yang tak ternilai. Tapi, kadang-kadang seorang ibu rasa bersalah dan rindu nak keluar sendiri atau berdua dengan suami tanpa sibuk menguruskan anak.

Personaliti kita tak bertukar selepas menjadi ibu, kita tetap orang yang sama. Apa yang lain ialah keutamaan dan tanggungjawab.

Dalam kebanyakan masa, anak akan menjadi tumpuan utama, dan bila kita fikir tentang aktiviti yang kita lakukan dulu tanpa anak, memang buat kita sebagai ibu rasa bersalah.

4 peringkat dalam hidup paling buat ibu rasa bersalah 

1. Ketika anak masih bayi

ibu rasa bersalah, bersalah tinggalkan anak, bersalah pada anak, rasa bersalah, ibu tak perlu rasa bersalah

Apabila melahirkan si kecil, ia merupakan perasaan dan masa yang paling bahagia dalam hidup. Tapi kemudian, puting mula sakit, malah satu badan sakit.

Kemudian kita kena berpantang, tak boleh makan itu ini, tak boleh keluar rumah. Orang sekeliling pula tak henti-henti bagi pendapat. Anak tak berhenti nangis. Kita tak cukup tidur. Kena tukar pampers anak setiap masa.

Bau badan tak payah ceritalah, dengan bau susu, bau minyak angin, bau muntah anak, macam-macam bau sampai suami nak dekat pun rasa malu.

Tapi hakikatnya, kita tak nak susukan anak, kita harap anak kita tidur sepanjang malam dan kita mahu orang lain berhenti beritahu apa yang kita perlu buat.

Tapi kenapa kita rasa macam ni?

Kehidupan kini lebih tertumpu pada si kecil, dan anda tak perasan yang anda mula rasa kecewa dan geram.

Tapi ia normal bila anda mula rasa geram pada si kecil yang tidak bersalah bila anda tak boleh nak lakukan apa-apa. Ini bukan kemurungan postnatum (meroyan).

Bukan anda saja, tapi ramai ibu yang mengalami perasaan “ibu rasa bersalah” ini.

Jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan anda serta maafkan diri anda kerana berperasaan seperti ini dan manjakan anak anda dengan pelukan dan ciuman.

2. Ketika mereka mula bersekolah

ibu rasa bersalah, bersalah tinggalkan anak, bersalah pada anak, rasa bersalah, ibu tak perlu rasa bersalah

Akhirnya! Sekolah bermakna ibu boleh kembali bernafas, sekejap…

Tapi ibu rasa bersalah apabila tak dapat menyiapkan bekal makanan dari rumah, ajar mereka di rumah kerana sekarang kita perlu bekerja dan makanan selalunya hanya beli di luar.

Kita juga rasa bersalah kerana hari-hari bergegas hantar anak ke sekolah, kerja dan kadang-kadang kita mahu anak cepat siapkan kerja sekolah supaya meraka boleh tidur dan akhirnya kita mempunyai masa dengan diri sendiri.

Kita juga dah jarang menghabiskan masa membaca buku dengan mereka dan kurang marah walaupun mereka nakal. 

3. Ketika mereka remaja

ibu rasa bersalah, bersalah tinggalkan anak, bersalah pada anak, rasa bersalah, ibu tak perlu rasa bersalah

Perkara yang paling buat ibu rasa bersalah bila kita memikirkan, adakah apa yang kita lakukan untuk anak itu cukup? Atau cukup ke kasih sayang yang diberi?

Tak cukup ke ajar mereka masa kecil dulu? Jika ya, kenapa asyik risaukan mereka? Kenapa mereka tak nak bercakap? Patut ke jadi tegas atau buat tak tahu saja?

Sejujurnya anda takkan tahu sama ada anda melakukan perkara yang betul atau apa yang anda lakukan cukup. Anda hanya boleh lakukan apa yang terbaik dan berharap.

Memang sedih bila mereka lebih pentingkan masa dengan kawan-kawan dan mula belajar berdikari.

Adakah kita perlu lepaskan mereka dan percayakan mereka? Atau kita patut kongkong mereka? Perasaan bersalah seperti ini takkan pernah berakhir.

4. Bila mereka dewasa

ibu rasa bersalah, bersalah tinggalkan anak, bersalah pada anak, rasa bersalah, ibu tak perlu rasa bersalah

Mereka sekarang sudah besar dan dewasa. Jadi bersiap sedia untuk mereka mula pandai menjawab bila anda tegur tentang perangai mereka atau aktiviti yang mereka lakukan. 

Mungkin hingga ke hari ini, anda masih memikirkan adakah apa yang anda lakukan selama ini cukup. Tak banyak yang boleh anda lakukan sekarang kerana mereka mempunyai pendapat dan hidup mereka sendiri.

Jika mereka masih menerima nasihat anda, itu bagus. Tapi apa yang anda boleh lakukan adalah lihat dalam diam, sedih bila mereka terluka dan terima mereka dengan tangan terbuka bila mereka memerlukan anda. 

Setiap ibu adalah individu yang membuat kesalahan dan mempunyai keinginan. Tapi, apa yang kita buat dan rasa adalah biasa seperti semua ibu-ibu yang lain.

Berurusan dengan perasaan bersalah adalah harga yang perlu kita bayar sebagai seorang ibu tapi kita sanggup korbankan diri kita untuk berikan apa yang terbaik untuk anak-anak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!