Pelbagai Menu Ikan Tongkol Yang Sedap & Mudah Untuk Seisi Keluarga, Ini Senarai Yang Anda Perlukan

Ikan tongkol masak apa sedap menjadi persoalan para suri rumah. Berikut adalah beberapa resepi ikan tongkol yang anda boleh cuba.

Ikan tongkol masak apa sedap? Mesti ramai yang tertanya-tanya soalan yang sama. Oleh itu, the Asianparent akan menyenaraikan beberapa menu ikan tongkol. Jadi, korang bolehlah pilih menu mana yang anda mahu sediakan untuk keluarga dan jawab persoalan ikan tongkol masak apa sedap.

Ikan Tongkol Masak Apa Sedap?

Gulai Kuning Ikan Tongkol Cara Kelantan

Bahan:

  • Ikan tongkol
  • Air rebusan ikan tongkol
  • 2 biji bawang besar
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 inci setengah halia
  • 1 inci setengah lengkuas
  • Kunyit hidup
  • 2 sudu cili dikisar
  • 1 kotak saantan
  • Asam keping
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Cabai solok lada

Cara Menyediakan:

1. Rebus ikan tongkol

2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan cabai.

3. Didihkan bahan-bahan yang dikisar sehingga sedikit kering kemudian masukkkan santan, asam keping dan ikan tongkol yang sudah direbus.

4. Masukkan air dua senduk air rebusan ikan kemudian masukkan perasa seperti gula dan garam.

5. Masukkan timun, kacang panjang dan cabai solok lada dan sebatikan. 

6. Hidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan budu.

ikan tongkol masak apa sedap, ikan tongkol, resepi ikan

Isi Ikan Tongkol Masak Sambal

Bahan:

  • Ikan tongkol
  • Cili akar merah (dikisar)
  • Cili besar (dikisar)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Petai

Cara Menyediakan:

1. Rebus ikan tongkol kemudian goreng. Sejukkan sebelum membuang tulang ikan.

2. Potong halus bawang besar manakala bawang putih pula diketuk sahaja. Kemudian tumis kedua-dua bahan ini.

3. Masukkan tomato dan goreng sehingga sedikit garing kemudian masukkan cili yang dikisar tadi. Kacau sehingga agak-agak garing dan sudah pecah minyak.

4. Tambahkan perasa sebelum memasukkan isi ikan dan petai. Kacau sehingga petai masak dan sedia untuk dihidangkan.

Ikan Tongkol Rebus

Bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol
  • 2 keping anise
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia
  • 2 helai daun pandan
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar garam bukit
  • 1 senduk kecil cuka

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ikan tongkol dari bau darah kemudian susun dalam periuk atau kuali.

2. Masukkan bahan-bahan lain yang dalam senarai kemudian tabur rata garam bukit.

3. Masukkan cuka ke dalam periuk/kuali berisi ikan. Jangan masukkan air kerana air akan keluar sendiri daripada ikan supaya ikan tidak mudah hancur.

4. Semasa merebus ikan, tutup kuali atau periku dengan penutup. Gunakan apa perlahan. Rebus selama lebih kurang 45 minit.

5. Buka penutup kemudian buka api besar bagi mengeringkan sedikit air.

6. Sedia untuk dihidangkan.

Rendang Ikan Tongkol

Bahan:

  • Ikan tongkol dipotong anggaran 1 inci tebal
  • Halia
  • Asam
  • Lengkuas
  • Daun kunyit
  • Daun limau purut
  • Daun salam
  • Daun kari
  • Garam & gula
  • Santan

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bawah puti
  • Kunyit

Cara Menyediakan:

1. Rebus atau kukus ikan tongkol yang sudah dipotong bersama halia, asam, lengkuas, daun kunyit, daun limau purut, daun salam, daun kari, garam dan gula serta santan.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sampai pecah minyak

3. Masukkan garam, gula, daun-daun, santan dan air asam atau asam keping

4. Masukkan ikan yang sudah direbus atau dikukus dan masak sehingga pekat atau kering.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Ikan Tongkol Masak Kicap

Bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol putih (dipotong 4)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya

Bahan kuah kicap:

  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 5 sudu besaar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 1 biji cili merah (dihiris)

Cara Menyediakan:

1. Salutkan ikan tongkol dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan seketika

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

3. Masukkan kicap, sos cili dan sedikit air kemudian didihkan.

4. Masukkan ikan tongkol yang digoreng tadi bersama hirisan cili dan kacau sehingga sebati.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api

Bahan:

  • 1 keping ikan tongkol
  • 1 mangkuk air
  • 5 cili padi
  • 1 buah keras
  • 1 batang serai
  • 1 pek serbuk santan
  • Secubit garam
  • 1 daun limau purut
  • 1/2 biji telur masin (rebus, buang kulit dan ambil isi
  • 1 asam keping
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Menyediakan:

1. Rebus ikan tongkol dan angkat kemudian ketepikan

2. Tumbuk cili padi dan buah keras sehingga sedikit hancur.

3. Letakkan air baru dalam periuk kemudian masukkan asam keping, bahan tumbuk, serai dan daun limau purut.

4. Selepas air mendidik, masukkan serbuk santan, ikan tongkol, telur masin (ramas dengan tangan) dan kacau sekejap. Kemudian masukkan perasa.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 11 Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang, Tidak Menyebabkan Ibu Rasa Gatal Atau Sakit

Baca juga: Resipi Paprik Campur Seafood Ala Thai Yang Mudah Dan Gerenti Sedap

Baca juga: Resipi Makanan Bayi 1 Tahun Yang Sedap & Berkhasiat, Confirm Si Manja Berselera Makan Banyak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!