Ibu Ini Ikhtiar Hamil Dengan Mendapatkan Rawatan Akupuntur, Adakah Ia Berkesan?
Pasangan ini menggunakan rawatan akupuntur bertauliah untuk terapi kesuburan dalam ikhtiar hamil mereka buat kali pertama, dan hasilnya menjadi!
Assalamualaikum para pejuang TTC sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi salah satu ikhtiar hamil yang boleh dicuba oleh para TTCians! Inshaa Allah sebagai ikhtiar kita untuk mendapatkan zuriat.
Saya dan suami berkahwin hampir setahun namun belum dikurniakan rezeki zuriat. Saya ke hospital swasta untuk menjalankan ujian kesuburan saya dan doktor memaklumkan bahawa saya tiada masalah untuk hamil.
Doktor juga memberitahu kebiasaanya dalam tempoh setahun atau dua tahun pasangan berkahwin akan dikurniakan zuriat.
Cari Ikhtiar Hamil Guna Kaedah Berbeza
Saya cuba ikhtiar lagi.
Memandangkan kakak saya sebelum ini berikhtiar kesuburan dengan akupuntur Cina, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba teknik akupuntur.
Di Johor Bahru, terdapat satu servis akupuntur bertauliah untuk terapi kesuburan. Hanya RM100 untuk seorang.
Saya pergi ke sana selepas haid saya hari ke-empat.
Saya dan suami menjalani rawatan akupuntur selama satu jam. Bagi wanita hanya 5 jarum digunakan bagi setiap point. Selepas akupuntur saya diurut pada bahagian kaki.
Sungguh aman dan tenang! Jarum akupuntur juga tak sakit langsung.
Hasilnya? Saya Mendapat Tahu Saya Mengandung Anak Perempuan
Alhamdulilah setelah menjalani sesi terapi pertama, saya disahkan hamil. Syukur tak terkata dengan rezeki Allah beri kepada saya. Sekarang saya telah selamat melahirkan seorang puteri bernama Maisarah.
Inilah pengalaman ikhtiar hamil saya. Saya harap jika anda dan pasangan ingin menimbang cahaya mata, mungkin anda boleh pertimbangkan kaedah akupuntur ini sebagai salah satu cubaan untuk hamil.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini ditulis oleh Nur Syahirah Saharudin untuk theAsianparent Malaysia. Dia seorang ibu kepada seorang puteri. Berumur 27 tahun dan menetap di Johor Bahru. Seorang guru tadika swasta dan mempunyai minat membuat kek dan pastri.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Menghitung Waktu Subur Wanita Secara Semula Jadi, Mudah Saja!
Baca juga: 10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar
Baca juga: Hasil Kesabaran 21 Tahun, Pasangan Ini Sambut Kelahiran Bayi Sulung Bernama Aisyah