Janin Alami Cystic Hygroma & Meninggal Dalam Kandungan, Ibu Jangan Abaikan Asid Folik!

undefined

Tidak semua kehamilan berakhir dengan bahagia. Kisah janin bayi mengalami masalah Cystic Hygroma ini cukup menyedihkan dan para ibu disaran ambil asid folik

Sebelum mendirikan rumah tangga, setiap wanita disarankan mengambil asid folik bagi mengekalkan kesihatan diri dan tumbesaran janin bayi ketika hamil. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), anda perlu mengamalkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengandung.

Bagi yang memandang remeh perkara ini, asid folik sebenarnya berfungsi dalam membantu pembentukan sel darah merah, membantu perkembangan otak dan saraf tunjang bayi.

Masalah janin bayi dalam kandungan

masalah janin bayi

Kekurangan asid folik dalam tubuh meningkatkan potensi janin bayi dan ibu hamil berdepan masalah kecacatan saraf, keguguran dan kehilangan sebahagian struktur tengkorak.

Melalui perkongsian pengalaman seorang wanita, dia berdepan pengalaman yang cukup sedih apabila terpaksa berpisah dengan bayi berusia 18 minggu dalam kandungan.

Difahamkan, bayinya telah diberikan nama Umairah tersebut mengalami masalah cystic hygroma, iaitu keadaan di mana wujudnya kantung cecair pada bahagian leher atau kepala akibat penyumbatan sistem limfa. Namun, ia boleh juga wujud di mana-mana bahagian badan.

Pada hari Selasa bersamaan 22 September lalu, ia merupakan mimpi ngeri buat mama dan ayah. Pada tarikh itu kami membuat temu janji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal (cystic hygroma).

Masalah ini menyebabkan janin terbentuk mempunyai beberapa cyst pada lehernya. Perut dan paru-paru juga dipenuhi dengan air. Jadi bayi tidak akan boleh lahir hidup, hanya 10 peratus sahaja jangka hayatnya dalam rahim.

Hal ini terjadi ketika awal proses persenyewaan. Kromosom terlebih, terkurang ataupun ada yang rosak. Allahualam. Ketika imbasan, pakar hanya terdiam dan menjelaskan kepada kami.

Seramai 3 orang doktor pakar imbas bayi telah mengesahkan ia adalah masalah cystic hygroma. Kemudian mereka memaklumkan kepada kami untuk menenangkan fikiran terlebih dahulu sebelum memberikan kata putus sama ada ingin membiarkan kandungan atau sebaliknya.

Seakan tidak percaya ia berlaku

janin bayi cystic hygroma

Doktor pakar juga memberitahu sekiranya tidak dibuang terlebih dahulu, bayi akan meninggal dengan sendirinya di dalam perut. Kandungan semasa detail scan sudah berusia 4 bulan 2 minggu. 

Pembentukan bayi sudah hampir sempurna. Agak susah untuk menerima takdir ini, mama dan ayah seakan-akan tidak percaya.

Sepanjang 4 bulan kehamilan ini, mama langsung tidak mengalami alahan. Hanya mengidam makanan biasa-biasa yang mudah dicari. Kami rasa sungguh terkilan kerana tidak dapat menjaga Umairah sehingga besar.

Terima kasih Ya Allah bagi pinjam baby dalam rahim mama selama 18 minggu ini. Pada 23 September 2020, mama serah diri untuk ditahan di wad dan dimasukkan ubat bagi mengeluarkan baby.

Doktor telah melakukan imbasan dan menyatakan bahawa baby sudah meninggal dalam perut. Doktor minta mama untuk balik ke rumah dahulu supaya baby keluar sendiri, namun sehingga 27 September, kamu masih tidak mampu keluar.

Kemudian mama menyerah diri dan setelah dua hari berada dalam wad, barulah kamu keluar. Pada 28 September tepat jam 4.25 petang, baby dilahirkan. Alhamdulillah Mama sudah redha dengan takdir pemergian baby buat selamanya.

Ambil asid folik lebih awal

janin bayi meninggal dalam kandungan

Ayah bersyukur kerana Allah memberikan ujian sebegini. Allah pilih kami berdua untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda paling mahal yang ayah dan mama pernah dapat ialah anak syurga.

Semoga kesedihan mama dan ayah pada hari ini Allah gantikan dengan kebahagiaan pada hari-hari mendatang. Ingatlah bahawa Allah sayang kita sebab itulah dia berikan ujian.

Yang penting kita kena redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu pasti. Sekadar ingin berkongsi, berdasarkan pengalaman ini doktor telah menyarankan kalau sudah bersedia untuk hamil lagi, perlulah mengambil asid folik.

Salah satu sebab mungkin, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya menyeru kepada suami wanita di luar sana supaya mengambil asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan bagi mengelakkan kehamilan tidak dirancang sekaligus menjurus kepada komplikasi.

Mungkin juga salah mama dan ayah sebab tidak bersedia dahulu sebelum mengandung. Saya harap kisah ini dijadikan pengajaran buat bakal-bakal ibu yang tahu dirinya berbadan dua, tetapi masih mengabaikan kepentingan pengambilan vitamin ini.

Sumber: Siakap Keli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comemosi-wanita

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!