X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Penuhi Permintaan Terakhir Isteri, Ayah Derma Organ Bayi Berusia 6 Hari Yang Meninggal

15 Jan, 2020
Penuhi Permintaan Terakhir Isteri, Ayah Derma Organ Bayi Berusia 6 Hari Yang Meninggal

Pilu! seorang ayah dan suami terpaksa derma organ tubuh badan orang dicintainya bagi memberikan peluang kepada orang lain meneruskan kehidupan.

Suasana penuh pilu dan duka yang mendalam apabila seorang ayah perlu memenuhi permintaan isterinya untuk derma organ bayi yang baru dilahirkan.

Seorang ayah dari negeri Zhejiang, Cina telah kehilangan bayi kesayangannya sejurus beberapa hari isteri tercinta meninggal dunia kerana komplikasi ketika bersalin. 

Pastinya saat yang ditunggu-tunggu bagi ibu ayah adalah menyambut cahaya mata dengan gembira.

Namun, segalanya berubah menjadi perasaan yang penuh emosi dengan berita pemergian ibu dan diikuti sekali dengan bayinya yang baru dilahirkan.

Sebaik sahaja proses bersalin, bayi perempuannya terus di tempatkan di unit kecemasan bagi penjagaan yang rapi.

Namun umurnya tidak panjang kerana tepat usianya  6 hari, bayinya tidak mampu bertahan dan pergi meninggalkan ayahnya.

Derma organ tubuh bayi

derma organ tubuh badan

foto: nbcnews

Tidak ada seorang ibu akan membayangkan mereka akan mengalami komplikasi sepanjang tempoh mengandung.

Namun, bagi kisah ini dia membuktikan seorang wanita sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat buat suami yang tercinta.

Masalah kehamilan yang dihadapi isterinya adalah cukup serius iaitu embolisme air ketuban, iaitu situasi di mana air ketuban telah bercampur dengan darah ibu yang boleh menyebabkan maut.

Disebabkan masalah ini telah diketahui ketika mengandung lagi, namun isterinya sanggup menghadapi sebarang risiko sehingga saat kelahiran bayi.

Sebelum isterinya pergi, dia sempat membuat permintaan yang cukup menyedihkan.

Isterinya sempat mengatakan sekiranya doktor tidak berjaya menyelamatkan cahaya mata mereka, dia ingin suaminya memberi manfaat tubuh anaknya kepada orang lain.

Di saat dirinya dilanda kesedihan atas kehilangan segala-galanya, ayah perlu membuat keputusan yang besar buat mendiang puteri kecilnya pula.

Kerana amanat terakhir tersebut, lelaki ini terus mendapatkan nasihat doktor bagi proses pendermaan beberapa organ bayinya. Doktor menyarankan agar dia derma organ anaknya  disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Kehilangan orang yang dicintai bersama dengan zuriat yang sudah lama dinanti pastinya bukanlah suatu perkara yang mudah.

Ia memerlukan sebuah hati yang benar-benar ikhlas untuk melepaskan mereka pergi buat selama-lamanya.

Takdir hidup yang meruntun jiwa

ayah derma organ bayi

Penantian penuh seksa selama enam hari berturut-turut bayi ditempatkan di unit kecemasan telah berakhir dengan perkhabaran duka yang meluluhkan hati seorang lelaki sejati.

Sebelum memasuki dewan pembedahan, dia telah mencium dahi bayi kecilnya dengan airmata yang berlinangan dan mengatakan:

”Malaikat kecilku, terima kasih kerana telah datang ke dunia ini.”

Selesai pembedahan, beberapa organ bayi perempuan ini seperti sepasang kornea dan ginjal telah disumbangkan kepada pesakit yang kritikal memerlukan organ berkenaan. Hal ini sekaligus memberikan peluang kepada orang lain untuk menjalankan kehidupan yang baru.

Sungguh menyedihkan. Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan takziah atas pemergian isteri dan bayi kecil  berkenaan.

Kenali apa itu emboli air ketuban

Jika anda berhadapan dengan situasi ini, perlu berhati-hati ya ibu kerana ia berpotensi tinggi boleh meragut nyawa anda dan bayi.

Emboli air ketuban berlaku apabila cairan ketuban memasuki ke dalam aliran darah ibu. Bagi mengelakkan komplikasi ini berlaku, beberapa rawatan perlu dijalankan dengan kadar yang segera.

Stories Rakan Kongsi
Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda
Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?

Antara beberapa simptom emboli air ketuban yang menyerang ibu mengandung ialah:

  • Mengalami pendarahan dari uterus
  • Degupan jantung berubah lebih cepat
  • Berasa sejuk dan panas
  • Mengalami kekejangan
  • Tidak sedarkan diri
  • Tekanan darah tiba-tiba rendah
  • Mengalami masalah pada janin
  • Perubahan mental 
  • Nafas menjadi pendek dan sesak
  • Lebihan cairan pada paru-paru
  • Kegagalan jantung
sumbang organ

foto: Haibunda

Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang bermula dari usia ibu yang semakin bertambah, masalah preeklampsia (tekanan darah tinggi) dan masalah polyhidramnion iaitu terlalu banyak air ketuban sehingga proses  kelahiran.

Apabila anda mengalami salah satu gejala di atas, sebaiknya segera bertindak untuk mendapatkan rawatan doktor di klinik yang berdekatan bagi pemeriksaan yang lanjut.

Sumber: Penulis asal Nisya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Penuhi Permintaan Terakhir Isteri, Ayah Derma Organ Bayi Berusia 6 Hari Yang Meninggal

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-mati-dalam-kandungan-ujian-darah

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Penuhi Permintaan Terakhir Isteri, Ayah Derma Organ Bayi Berusia 6 Hari Yang Meninggal
Kongsikan:
  • Buah Pinggang Isteri Penyembuh Sakit Suami, Lelaki Menangis Saat Diberitahu...

    Buah Pinggang Isteri Penyembuh Sakit Suami, Lelaki Menangis Saat Diberitahu...

  • Sedihnya, Bapa Syria Ini Jual Buah Pinggang, Sebab Nak Beli Khemah Untuk 8 Anak

    Sedihnya, Bapa Syria Ini Jual Buah Pinggang, Sebab Nak Beli Khemah Untuk 8 Anak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Buah Pinggang Isteri Penyembuh Sakit Suami, Lelaki Menangis Saat Diberitahu...

    Buah Pinggang Isteri Penyembuh Sakit Suami, Lelaki Menangis Saat Diberitahu...

  • Sedihnya, Bapa Syria Ini Jual Buah Pinggang, Sebab Nak Beli Khemah Untuk 8 Anak

    Sedihnya, Bapa Syria Ini Jual Buah Pinggang, Sebab Nak Beli Khemah Untuk 8 Anak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.