X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 Gambar Epik Para Ayah Menyambut Kelahiran Bayi Mereka

4 min bacaan
10 Gambar Epik Para Ayah Menyambut Kelahiran Bayi Mereka

Jarang si suami atau si ayah menjadi tumpuan utama ketika proses bersalin si ibu dan kelahiran bayi mereka. Tetapi kita semua tahu, mereka juga adalah orang penting dalam momen yang indah ini! Jom kita tengok 10 gambar epik para ayah menyambut kelahiran bayi mereka - ia cukup mengharukan.

Selalunya, dalam setiap proses kelahiran, si ibu dan si bayi yang selalu mendapat tumpuan utama. Ya, ia merupakan satu momen yang indah dalam hidup mereka. Namun, ada beberapa gambar epik yang telah dirakam dan dikongsikan oleh International Association of Professional Birth Photographers.

Foto-foto yang menyentuh hati ini menunjukkan bagaimana saat-saat seorang ayah melibatkan diri dalam proses bersalin si ibu dan menyambut kelahiran bayi mereka. Jom kita tengok sama-sama!

1.    Anak Pertama Selepas Beberapa Tahun Menanti Cahaya Mata

first child ever

Source: Huffingtonpost.com

Si ayah dalam gambar ini telah menanti kehadiran cahaya mata pertamanya selama beberapa tahun. Ketika gambar ini dirakam, dia sedang menangis kegembiraan tatkala memegang bayi perempuannya buat pertama kali.

Kakaknya berkata,

“Saya boleh mendengar dia menangis dari dalam bilik bersalin lagi!”

2.    Si Ayah Berbual dengan Si Kecilnya Buat Pertama Kali

2. dad and baby having a chat

Source: Huffingtonpost.com

Si ayah ini memegang tangan bayinya yang baru lahir dan berbual buat beberapa ketika. Apa agaknya yang mereka sembangkan? Terpancar cinta dan kasih sayang dari mata si ayah, kan?

3.    Kecederaan diri Tidak Menghalang Suami ini daripada Memberi Sokongan Kepada Isterinya

3. injured father helping his wife

Source: Huffingtonpost.com

Gambar ini pasti akan menyentuh hati kita semua. Suami di dalam gambar ini merupakan seorang askar yang pernah bertugas di Afghanistan. Beliau terlibat dalam kemalangan ketika bertugas beberapa bulan sebelum kelahiran bayi keduanya ini.

Walaupun beliau sendiri tidak sihat dari segi fizikal, namun dia tetap ingin berada bersama dengan isterinya untuk memberi sokongan ketika dia sedang berjuang untuk bersalin!

4.    Si Suami Sebagai Pembantu Ketika Isteri Bersalin

4. husband as labor coach

Source: Huffingtonpost.com

Suami di dalam gambar di atas ini memberikan bantuan penuh ketika si isterinya sedang mengalami sakit untuk bersalin.

Dialah yang mengingatkan isterinya untuk menarik nafas dalam-dalam dan memberi sokongan ketika isteri memerlukannya.

5.    Si Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Pembedahan Cesarean

5. c section delivery

Source: Huffingtonpost.com

Pasangan ini tidak merancang untuk menjalani pembedahan cesarean untuk proses bersalin mereka. Namun, apabila doktor meminta mereka untuk melakukannya, si suami tidak ingin membiarkan si isteri berjuang berseorangan di dalam bilik bersalin.

Dikucup dahi isterinya dan ditenangkan diri si ibu supaya dia terus tabah dan dapat melahirkan anak kecil mereka dengan selamat.

6.    Si Suami Kekal Berjaga Ketika Isterinya Bersalin Pada Pukul 2 Pagi

6. early morning delivery

Source: Huffingtonpost.com

Isteri lelaki di dalam gambar ini mengharungi proses bersalin yang lama. Sehinggalah jam menunjukkan pukul 2 pagi, baru ada tanda yang bayinya akan keluar. Si bapa ini kekal berjaga ketika proses kelahiran bagi membantu isterinya menyambut bayi lelaki mereka!

7.    Perjanjian Indah Antara Suami dan Isteri

7. firefighter dad

Source: Huffingtonpost.com

Stories Rakan Kongsi
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara

Suami dalam gambar di atas merupakan seorang ahli bomba dan paramedik. Ada satu kisah menarik di sebalik momen indah yang dirakam di dalam foto ini.

Beberapa bulan sebelum isterinya bersalin, pasangan ini telah berjanji yang si suami akan membantu dalam proses menyambut kelahiran bayi mereka yang ketiga ini.

Jadi pada hari isterinya dijadualkan untuk bersalin, si suami ini melangkah masuk ke bilik bersalin dengan berani dan menyambut bayi mereka dengan tangannya sendiri seperti yang telah dijanjikan!

8.    Si Ayah Memberikan Khabar Gembira Tentang Jantina Bayi Mereka

8. father revealed the baby gender

Source: Huffingtonpost.com

Pasangan ini pula mengambil keputusan untuk tidak mengetahui jantina bayi mereka, sehinggalah anak ini dilahirkan.

Si suami menyambut kehadiran bayi dan seterusnya memberitahu kepada si ibu bahawa mereka telah menimang cahaya mata perempuan yang comel!

9.    Si Ayah Ini Menyaksikan Kelahiran Bayinya Melalui Skype

9. Skype father

Source: Huffingtonpost.com

Walaupun berada beribu batu jauhnya dari lokasi isteri dan anak, ayah di dalam gambar ini tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan kelahiran bayinya. Maka, dia membuat panggilan video di Skype sebaik sahaja isterinya masuk ke bilik bersalin.

Apabila isterinya selamat bersalin dan sedang memegang bayi, bidan membawa laptop tersebut ke atas katil dan menunjukkan wajah bayi kepada si ayah.

Momen yang dirakam ini sangat mengharukan sehingga jururawat dan orang lain yang berada di dalam bilik bersalin tersebut turut menangis!

10. Si Suami yang Pernah Mengalami Pengalaman Tragis

10. a father with tragic memory

Source: Huffingtonpost.com

Lelaki di dalam gambar ini pernah mengalami detik sedih dalam hidupnya. Isterinya yang pertama telah meninggal dunia ketika mengandung. Selepas menemui cinta baru dan berkahwin, kini lelaki ini kembali menjadi seorang ayah.

Di dalam gambar ini, kita boleh melihat bagaimana lelaki ini memeluk dan membuat hubungan kulit-ke-kulit dengan bayi lelakinya yang baru lahir, dinamakan Jude. Pada jari si ayah, kita juga boleh lihat ukiran nama isteri dan bayinya yang terdahulu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Sebelum & Proses Bersalin
  • /
  • 10 Gambar Epik Para Ayah Menyambut Kelahiran Bayi Mereka
Kongsikan:
  • Apa Itu Epidural, Bila Ia Diperlukan & Kesan Epidural Pada Ibu Bersalin Serta Bayi

    Apa Itu Epidural, Bila Ia Diperlukan & Kesan Epidural Pada Ibu Bersalin Serta Bayi

  • Apa Itu Emergency Czer, Beza Emergency Czer Dengan Elective Czer

    Apa Itu Emergency Czer, Beza Emergency Czer Dengan Elective Czer

  • Parut Czer Cantik, Ini Cara Hilangkan Parut Pembedahan Caesarean Dengan Selamat Dan Berkesan

    Parut Czer Cantik, Ini Cara Hilangkan Parut Pembedahan Caesarean Dengan Selamat Dan Berkesan

  • Apa Itu Epidural, Bila Ia Diperlukan & Kesan Epidural Pada Ibu Bersalin Serta Bayi

    Apa Itu Epidural, Bila Ia Diperlukan & Kesan Epidural Pada Ibu Bersalin Serta Bayi

  • Apa Itu Emergency Czer, Beza Emergency Czer Dengan Elective Czer

    Apa Itu Emergency Czer, Beza Emergency Czer Dengan Elective Czer

  • Parut Czer Cantik, Ini Cara Hilangkan Parut Pembedahan Caesarean Dengan Selamat Dan Berkesan

    Parut Czer Cantik, Ini Cara Hilangkan Parut Pembedahan Caesarean Dengan Selamat Dan Berkesan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham