TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Isteri lihat suami terkapai-kapai hangus terbakar DEPAN MATA dalam kemalangan di JB

29 Dec, 2017
Isteri lihat suami terkapai-kapai hangus terbakar DEPAN MATA dalam kemalangan di JB

Kisah sedih suami isteri kemalangan ini sungguh meruntun hati. Bayangkan rasa isteri apabila terpaksa melihat suami sendiri hangus terbakar depan mata?

Suami isteri kemalangan dengan anak

JOHOR BARU – Sepasang suami isteri kemalangan bersama anak mereka di KM41 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kulai, Johor Baru semalam. 

Yang lebih mendukacitakan dalam kes kemalangan ini adalah di mana isteri tersebut terpaksa melihat suaminya hangus terbakar dalam kereta di depan matanya tanpa dia mampu memberi sebarang bantuan. 

MasyaAllah, pasti runtuh hati isteri tersebut! 

Kereta pasangan suami isteri itu, sebuah Proton Persona dipercayai telah bertembung dengan treler lalu terbalik sebelum api mula marak. Mangsa yang berusia 29 tahun dikatakan tersekat di tempat duduk pemandu.

suami isteri kemalangan

Kredit: News Strait Times

Isteri dan anak mereka yang berusia 3 tahun pula duduk di tempat duduk belakang. Orang ramai yang berada di tempat kejadian berjaya menarik isteri dan anak mereka namun gagal menarik si suami. 

Suami isteri kemalangan dan isteri tengok suami hangus depan mata

Sedih bukan? Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulai, Azizan Aziz berkata pihaknya mendapat laporan kebakaran pada pukul 6 pagi.

Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian, kereta itu sudah terbakar. Bomba bertungkus-lumus selama 45 minit untuk memadamkan api. Selepas api dipadam, mayat mangsa yang rentung dijumpai dalam kereta.

Saki-baki mayat mangsa diambil untuk pemeriksaan post mortem. Isteri dan anak itu kini berada di Hospital Kulai.

Siasatan awal mendapati kereta itu mungkin telah merempuh sebuah treler kerana ada kesan kerosakan di hadapan kereta. 

Berdasarkan saksi kejadian, mangsa telah melanggar belakang treler sebelum kereta mereka terbakar. 

Membantu isteri yang kehilangan suami di depan mata sendiri

suami isteri kemalangan

Kredit: Power of Positivity

Tak dapat terbayang dek akal bagaimana perasaan isteri yang kehilangan suami di depan mata sendiri ini. 

Pasti beliau akan rasa duka malah mungkin menyalahkan diri sendiri kerana tidak terdaya membantu suami tercinta. Sebab itu mereka memerlukan bantuan kita, orang di sekelilingnya.

Trauma yang mereka hadapi mungkin tidak boleh dibuang, namun kita mampu meringankan beban mereka. Apa yang anda boleh buat ialah dengan:

  1. Beri mereka peluang untuk bersedih – tiada waktu yang sesuai untuk bersedih. Mereka mungkin masih bersedih selepas beberapa bulan peristiwa seperti ini terjadi. Benarkan mereka bersedih.
  2. Beri bantuan tanpa diminta – mereka mungkin masih bersedih malah tidak tahu dari mana nak minta bantuan. Jadi berikan bantuan walau dalam bentuk kecil mana pun pada mereka, tanpa mereka minta. Mereka pasti menghargainya.
  3. Jangan takut anda akan buat mereka lebih sedih – menerima kematian adalah satu proses dalam hidup manusia. Jadi jangan elak sesuatu benda hanya kerana anda takut mereka jadi lebih sedih. Tapi bijaklah menimbang sensitiviti orang.

Semoga isteri yang kehilangan suami depan mata sendiri ini kekal kuat demi anak-anak. Wahai wanita, ketahuilah yang kami di theAsianparent sentiasa menyokong dan berada di belakang anda.

 

 

 

Sumber rujukan: TODAY

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-hilang-suami-anak-kemalangan-berbeza/

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Isteri lihat suami terkapai-kapai hangus terbakar DEPAN MATA dalam kemalangan di JB
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham