Berapa jarak kehamilan yang selamat selepas czer? Apa jadi kalau jarak terlalu dekat?
Keputusan menjaga jarak kehamilan ini bukan hanya terletak di bahu isteri saja, tapi ia harus mendapat kesepakatan bersama suami.
Pernah terdengar leteran seorang jururawat pada ibu yang hamil buat kali kedua selepas baru saja melahirkan bayi pada lima bulan lepas? Ibu berkenaan sepatutnya tahu jarak mengandung selepas czer yang selamat kerana pelbagai risiko boleh terjadi.
Hal ini kerana jarak hamil setelah caesar bukan saja mempengaruhi jarak usia anak, tapi ia mampu juga memberi kesan tak baik pada kesihatan ibu dan bayi yang lahir nanti.
Terutama bila ibu melakukan pembedahan czer pada kelahiran sebelumnya. Sekiranya jarak kandungan dengan kelahiran bayi sebelumnya terlalu dekat, doktor mungkin akan menyarankan pengguguran atas masalah kesihatan.
Risiko jarak hamil setelah caesar yang perlu diketahui
Selepas selesai pembedahan caesar, ibu perlu berehat dan membiarkan tubuh pulih sepenuhnya tanpa mengandung dalam jarak yang dekat sekurangnya dalam tempoh tiga ke empat tahun.
Ibu juga perlu mengisi semula nutrisi yang hilang supaya untuk kelahiran yang seterusnya, ibu lebih bersedia.
Sebagai contoh, ibu mungkin mengalami anemia kerana kandungan zat besi sudah dipindahkan dan dikongsi bersama bayi melalui plasenta ketika hamil. Malah ibu juga kehilangan banyak darah ketika bersalin.
Apatah lagi, ibu yang melahirkan secara czer akan kehilangan darah dua kali ganda berbanding mereka yang bersalin secara normal!
Bahkan, menurut penelitian dan kajian yang dijalankan, ibu yang hamil kurang dari enam bulan selepas melahirkan bayi memiliki risiko yang tinggi untuk menghidapi sebarang komplikasi seperti rahim lemah, bayi dengan kekurangan berat badan dan kelahiran pramatang.
Selain itu, jarak hamil setelah caesar yang terlalu dekat juga boleh meningkatkan risiko plasenta previa yang merupakan komplikasi serius.
Informasi ini bukanlah berniat untuk menakutkan anda, tapi anda harus menyayangi badan terlebih dahulu dan biarlah ia pulih sepenuhnya baru berfikir untuk hamil lagi.
Paling penting adalah perancangan anda dan suami harus sama.
Pastikan suami beri kerjasama yang baik dan beritahu pendedahan ini kepada suami juga ya, nanti.
Jaga jarak mengandung selepas czer, belajar cara menjadi ibu ayah yang baik
Ibu juga perlukan waktu untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru setelah menjadi ibu dan ayah. Ibu dan ayah juga perlu menumpukan perhatian pada tumbesaran dan perkembangan bayi pertama yang sudah selamat dilahirkan itu.
Hal ini kerana jika tak jaga jarak mengandung selepas czer, dan mengandung lagi dalam jangka pendek, anak tersebut akan kekurangan kasih sayang dan rasa seolah diduakan.
Anda akan tertekan perlu jaga anak yang masih kecil tapi dalam masa yang sama perlu juga menitik beratkan kesihatan diri yang hamil lagi.
Sebab itu, jangan tergesa-gesa untuk hamil. Sabar dulu, tunggu tiga ke empat tahun baru ambil keputusan untuk mengandung semula. Ok?
Adalah lebih baik jika kehamilan yang seterusnya berlaku ketika 18 ke 23 bulan selepas kelahiran awal. Hal ini dapat kurangkan risiko komplikasi ke atas kehamilan dan masalah kesihatan yang lain.
Namun begitu, ibu jangan terlalu panik jika hamil kurang dari 18 bulan. Tarik nafas dan bertenang. Kemudian jagalah kandungan dengan baik dan dapatkan nasihat doktor untuk mengelak sebarang perkara yang tak diingini terjadi.
Semoga maklumat yang kami kongsikan ini bermanfaat dan sebarkan kepada rakan yang lain dengan kongsikan artikel ini di laman media sosial anda.
Tip untuk ibu yang baru melahirkan bayi secara czer
- Cuba amalkan lima hingga enam hidangan kecil sepanjang hari.
- Makan dengan jarak kira-kira dua jam. Sekiranya rasa lapar lebih awal, ambil snek ringan seperti buah atau kacang.
- Ambil masa untuk mengunyah secara perlahan-lahan dan secara santai, kemudian minta ahli keluarga untuk menjaga bayi anda sementara waktu.
- Dengan bayi baru lahir, anda mungkin tidak dapat tidur yang mencukupi, maka cuba ambil masa berehat ketika si kecil sedang tidur nyenyak.
- Masak makanan di rumah kerana anda boleh menyediakan bahan-bahan segar dan sihat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Media Online
Sumber: Penulis asal Putri Fitria. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga: