Remaja 15 Tahun Rakam & Kongsi Video Seks Dengan Rakan Sekolah, Ibu Sila Pantau Pergerakan Anak!

undefined

Jenayah seksual menjadi masalah yang sering dikhuatiri oleh seluruh masyarakat kerana ia melibatkan golongan remaja bawah umur dan masih bersekolah

Saban hari jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilaporkan berlaku sehingga membimbangkan seluruh masyarakat. Sudah tentu apabila ini terjadi kepada ahli keluarga, kita akan berasa kecewa dan marah dengan tindakan si pelaku.

Walau bagaimanapun dengan pemilikan telefon pintar di awal usia dan kebebasan untuk menikmati dunia tanpa sempadan ini telah mendorong ramai anak kecil serta remaja ‘belajar’ perkara yang tidak sepatutnya.

Kes jenayah seksual melibatkan remaja 15 tahun

kes jenayah seks

credit to sources

Menurut keterangan yang diberikan oleh Ketua Komando Polis Melaka, kes jenayah seksual membabitkan remaja berusia 15 tahun bertindak meragam segala aksi ghairah mereka sebelum berkongsi kepada rakan-rakan sekolah mereka.

Beliau turut menyatakan bahawa pasangan muda ini kebanyakannya sebaya dan dari sekolah yang sama. Mereka berusaha menyewa hotel dan pangsapuri bagi melakukan aktiviti tersebut.

”Trend terbaru muncul di negara ini di mana remaja menempah hotel dan pangsapuri dengan kadar kurang RM100 sehari untuk melakukan kegiatan seksual sebelum menunjukkan video-video tersebut kepada rakan mereka.”

”Berdasarkan siasatan pihak kami, pasangan muda mendakwa ia adalah seks tanpa kerelaan dan tidak mengetahui merupakan kesalahan di bawah undang-undang,” jelasnya ketika ditemu ramah.

DCP Abdul Majid mengatakan anggota polis menjalankan tugas untuk menyiasat kes rogol di bawah umur kerana undang-undang telah menetapkan bahawa di bawah usia 16 tahun, terlibat dengan seks atau tanpa persetujuan, ia adalah pemerkosaan berkanun.

Statistik jenayah seksual semakin meningkat

Kes baru-baru ini melibatkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan perempuan 15 tahun merupakan rakan dari sekolah yang sama.

”Kes-kes sebegini menyebabkan berlaku lonjakan kes rogol di Melaka walaupun keseluruhan indeks jenayah berjaya ditangani hingga ke tahap yang diinginkan,” jelasnya.

remaja kongsi video seks

credit to sources

DCP Abdul Majid turut mengatakan bahawa beliau berasa cukup sedih dengan pengakuan yang dibuat oleh remaja-remaja ini semasa proses soal siasat. Mereka tanpa rasa malu berkongsi rakaman video aksi seks dengan rakan-rakan sekolah yang lain.

”Sebilangan besar hubungan intim ini berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa dan mereka bebas menonton pelbagai aksi seksual secara percuma,” jelasnya.

DCP Abdul Majid berkata, polis memandang kes ini sebagai keruntuhan moral anak-anak muda di negini ini dan merasakan pihak berkepentingan perlu memainkan tanggungjawab bagi mencari mekanisme agar remaja tersebut berhenti melakukan aktiviti seksual.

Beliau turut mendedahkan bahawa 5 kes rogol remaja dilaporkan sehingga 23 Januari tahun ini, 69 kes pada tahun 2020 dan 25 kes pada tahun 2019.

Tips mengelakkan anak terlibat dengan hubungan seks sebelum nikah

Berdasarkan statistik yang ditunjukkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) tahun 2011, hampir 5.8 peratus remaja di Semenanjung Malaysia berumur 13 hingga 14 tahun pernah melakukan hubungan seks luar nikah.

Kajian berkenaan mendapati bahawa kumpulan usia 18 hingga 24 tahun antara yang paling aktif secara seksual kerana memilih untuk hidup berdikari dan keluar dari rumah.

Setiap ibu ayah pastinya tidak menginginkan perkara ini berlaku kepada anak dara atau teruna anda. Ada beberapa tips berbicara dengan anak remaja mengenai seks iaitu:

#1. Guna istilah yang tepat ketika berbicara tentang seks

kegiatan seks remaja

credit to sources

Ketika berbicara dengan anak, ibu ayah jangan guna bahasa pasar atau bermadah kerana ia memberikan isyarat yang salah dan bercakap tentang seks ini adalah perkara yang memalukan.

Jadikan ia topik normal dan wajib memperkasakan anak-anak dengan pengetahuan untuk membuat keputusan yang baik.

#2. Mulakannya langkah demi langkah

Memandangkan anak kini semakin dewasa, pengisiannya haruslah bersesuaian dengan usia mereka. Misalnya, anda boleh mula memperkenalkan nama-nama organ reproduktif dan perbezaan jantina lain seawal usia 3 hingga 5 tahun.

Apabila semakin dewasa, penerangan anda hendaklah lebih terperinci dan mudah difahami.

#3. Ajar anak untuk bertegas dan mengatakan ‘Tidak’!

Ibu ayah juga mungkin boleh melakonkan beberapa situasi yang mungkin mereka hadapi ketika di sekolah atau luar rumah. Ajarkan mereka untuk bertegas dan bersungguh-sungguh mengatakan Tidak!

Hal ini kerana sesetengah remaja berasa takut untuk memberi tindak balas buruk terhadap rakan lelaki atau perempuan dan bimbang hubungan mereka berakhir sekiranya tidak memberi apa yang diminta.

Kesimpulannya jika hubungan ibu ayah dan anak amat kuat, kecenderungan untuk mereka melibatkan diri dengan kegiatan tidak sihat amat rendah kerana memperoleh perhatian, kasih sayang dan sokongan yang kuat dalam keluarga.

Sumber: Thestar, Positiveparenting

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Kedahkini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mengapa Wanita Pura-Pura Klimaks Ketika Hubungan Seks? Ini Jawapan Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!