Jus Prune Mampu Rawat Sembelit Bayi, Malah Cukup Berkhasiat!

Tiada ibu yang hendak melihat bayi dalam kesakitan kerana sembelit, oleh itu kami berkongsi resepi jus prune ini untuk membantu sembelit bayi anda!

Si manja yang sudah mula menerima makanan selain dari susu ibu, seperti makanan puri atau makanan pejal normal untuk mereka menghadapi masalah sembelit ini kerana sistem penghadaman mereka masih mengambil masa untuk membiasakan dalam proses mencerna makanan pejal. Tapi tahu tak para ibu, jus prune untuk bayi sembelit dikatakan antara cara yang bagus untuk merawat!

Resepi Jus Prune Untuk Bayi Sembelit

jus prune untuk sembelit bayi

Foto: New Food Magazine

Buah-buahan yang bermula dari huruf “P” memang terkenal dengan sifat yang dapat membantu si manja membuang air besar dengan lebih mudah. 

Antaranya buah pir, papaya (betik), pic dan tentulah jus prune untuk rawat bayi sembelit! Bukan sahaja buah-buahan ini dapat memberi nutrisi yang tinggi pada anak anda, tetapi ia juga dapat melegakan ketidakselesaan perut mereka. Jadi, sekiranya si manja anda berhadapan dengan masalah sembelit, fikirkanlah tentang buah-buahan yang bermula dari huruf P ini!

Dengan buah prune, penyediaan untuk menyiapkan jus ini tidaklah sukar, malah ibu dan ayah boleh menyediakan jus ini dengan cara tersendiri bagi membuka selera si manja anda. Lagipun, anda lebih mengetahui apa yang disukai dan tidak disukai anak.

Nah, mari belajar cari membuat jus prune untuk bayi sembelit!

  • Bahan-bahan:
    • 5 biji prune
    • 1 cawan air
  • Cara-cara:
    • Rendamkan prune ke dalam ¼ cawan air panas sehingga prune mula melembut
    • Setelah prune lembut, pindahkan prune tersebut ke dalam mesin pengisar diikuti ¾ cawan air dan kisarkan prune hingga lumat
    • Tapiskan jus tersebut supaya si manja dapat menikmati jus dengan lebih mudah
    • Hidangkan pada si manja anda untuk menikmatinya!

Mudah sahaja caranya, kan? Sekiranya anda hendak menambah buah-buahan lain di dalam jus tersebut pun boleh seperti pisang, betik, epal atau anggur bagi mempelbagaikan rasa jus tersebut. 

Atau, anda juga boleh meletakkan sedikit madu (¼ sudu besar) di dalam campuran jus untuk lebih membuka selera si manja untuk meminum air tersebut sebabkan kemanisannya.

Tapi pastikan anak anda lebih satu tahun baru beri madu ya, untuk bayi bawah satu tahun dielakkan untuk beri madu. 

Boleh Ke Selalu Beri Anak Makan Prune?

jus prune untuk sembelit bayi

Walaupun prune mempunyai banyak khasiat seperti tinggi zat besi, vitamin K dan potassium dan membawa banyak kebaikan kepada anak anda, seperti boleh membantu dengan masalah sembelit, pengambilan prune dalam kuantiti yang terlalu tinggi juga adalah tidak bagus.

  • Prune boleh menyebabkan angin. Jadi, anda boleh memberi prune pada si manja dalam kuantiti yang sikit-sikit dahulu untuk memastikan ia tidak membawa ketidakselesaan pada si manja kelak.
  • Prune adalah tinggi kalori. Walaupun anda tidak menggunakan terlalu banyak prune ketika menyediakan makanan bayi, wajarlah anda ingatkan hal ini.
  • Ia boleh menyebabkan kotoran degil pada baju. Seeloknya anda menyediakan lapik dada (bib) yang khas ketika si manja memakan prune.

Bayi Tak Suka Minum Jus, Ini Cara Lain

Kami faham bahawa kadang-kala, si manja anda mungkin sukar untuk meminum air walaupun air tersebut berperisa manis sekalipun. Mungkin sebab itulah si manja anda mengalami sembelit.

Tetapi, jangan risau. Kami juga sudah menyediakan satu resepi mudah lain yang anda boleh cuba untuk memikat hati dan selera si manja.

  • Prune dan buah epal
  • Bahan-bahan:
      • 2 prune kering
      • 1 biji epal merah
      • Secubit serbuk kayu manis
      • ¼ cawan air
  • Cara penyediaan:
    • Basuh dan buangkan kulit dari epal sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian kecil.
    • Potongkan juga prune kepada dadu-dadu kecil dan buangkan biji prune, sekiranya ada
    • Rebuskan sedikit air di dalam periuk sebelum memasukkan epal dan prune yang telah dipotong bersama-sama dengan serbuk kayu manis bagi menaikkan rasa dan bau
    • Tutupkan periuk sehingga kesemua buah-buahan sudah lembut dan seakan-akan “masak”
    • Hidangkan pada si manja!
jus prune untuk sembelit bayi

Foto: Thezuriat

Dengan resepi ini, si manja dapat merasakan pelbagai perisa yang berbeza pada lidah mereka terutamanya manis dari serbuk kayu manis dan masam dari buah-buahan.

Tambahan pula, anda boleh juga menambah oat ketika air masakan buah tersebut sedang mendidih sekiranya anda hendak memekatkan hidangan tersebut atau anda boleh mencampurkan hidangan ini dengan buah-buahan yang mempunyai rasa yang lebih manis seperti pisang atau labu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: GKFoodDiary, Easy Baby Meals

Baca juga: Bayi Sembelit, Apa Punca & Cara Mengatasinya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!