Waspada Berat Naik Mendadak Ketika Hamil, Ibu BERISIKO Sukar Bersalin & Kena Czer

undefined

Kalkulator berat badan ibu hamil mengikut trimester. Adalah normal jika mengalami pertambahan berat, namun kena pantau agar tidak berlebihan

Kalkulator berat badan ibu hamil hendaklah sentiasa berada paras normal bagi mengelakkan berlakunya sebarang risiko kepada anda dan bayi dalam kandungan.

Berat badan naik semasa hamil adalah perkara yang biasa dialami bakal-bakal ibu. Tetapi, sekiranya berat badan bertambah dengan mendadak, itu tidak normal ya para ibu semua. Jenuhlah anda kena dengar doktor atau kakitangan hospital nasihatkan anda nanti. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kalkulator berat badan ibu hamil yang ideal mengikut usia kehamilan
  • Apa yang perlu anda lakukan jika berat badan anda bertambah

Kalkulator berat badan ibu hamil yang ideal mengikut usia kehamilan

Berat badan yang normal ketika hamil secara purata adalah 12 kilogram sepanjang kehamilan. Bagi wanita yang mempunyai kurang berat badan atau BMI, kenaikan berat badan yang ideal ialah sebanyak 20kg.

Manakala bagi wanita yang terlebih berat badan, anda disyorkan untuk pertambahan berat badan sebanyak 5kg sahaja. Jom kita semak berat badan pada setiap trimester untuk wanita hamil.

#1. Trimester pertama
 
Berat badan naik untuk ibu hamil
 
Anda akan kurang makan kerana kurang selera dan akan mengalami loya yang boleh berpanjangan. Oleh sebab inilah, badan ibu-ibu sukar nak naik banyak. Hanya minimum 1kg sahaja sebulan.  Kebiasaannya anda akan hilang berat badan pada tempoh ini.
 
#2. Trimester kedua
 
Berat badan naik trimester pertama
 
Trimester kedua pula berbeza dengan trimester pertama yang mana ibu-ibu akan mengalami kenaikan berat badan sebanyak 1kg pada setiap bulan. Pada tahap ini, sekiranya anda masih mengalami loya atau muntah, segeralah berjumpa doktor dan buat pemeriksaan agar tiada masalah penyakit lain di kemudian hari seperti penyakit hati atau usus. 
 
#3. Trimester ketiga

Kalau ditrimester kedua anda boleh naik 1kg, ditrimester ketiga pula berat badan anda boleh mencecah sehingga 2kg.

Yang paling penting, sekiranya berat badan anda naik lebih daripada yang disyorkan, pastinya pihak hospital akan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan anda tidak menghidapi penyakit seperti darah tinggi atau kencing manis. 

Risiko peningkatan berat badan ibu hamil secara mendadak

Sepanjang kehamilan, berat badan ibu mengandung akan sentiasa dipantau oleh doktor. Ia bertujuan untuk mengelakkan masalah:

  • Eklampsia
  • kematian ibu dan bayi (disebabkan oleh darah tinggi)
  • Masalah bayi yang obes atau kematian bayi secara mengejut (disebabkan oleh masalah kencing manis sewaktu hamil).

Biasanya doktor akan menasihatkan ibu supaya tidak makan berlebihan sehingga menyebabkan diri ibu dan bayi dalam kandungan menjadi obes.

Biasanya ibu yang menghidap Gestational Diabetes Mellitus (GDM) cenderung melahirkan bayi dengan berat badan berlebihan. Ini sekaligus boleh mendatangkan komplikasi ketika bersalin seperti:

  • Proses bersalin yang agak lama
  • Sukar bersalin normal dan perlu emergency caesar 
  • Penggunaan alat seperti vakum dan forsep ketika bersalin boleh mendatangkan kecederaan pada bayi dan ibu 
  • Selepas kepala bayi keluar, bahu boleh tersangkut (shoulder dystocia). Ia di mana otot, tulang dan urat saraf bayi cedera. Sekaligus menyebabkan kecederaan kekal! Otak bayi turut berisiko mengalami kekurangan oksigen
  • Bayi yang dilahirkan besar cenderung memiliki uri yang besar. Dalam sesetengah kes, ia sukar dikeluarkan. Selepas uri keluar, rahim menjadi lambat mengecut dan boleh berlaku masalah tumpah darah
Apa yang anda perlu lakukan ialah buat rekod dan pantau kenaikan berat badan anda. Pastikan anda menjaga pemakanan dan kawal pemakanan anda agar berat badan anda tidak bertambah. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor sekiranya perlu. Semoga bermanfaat!
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!