5 Sebab Ibu Hamil Dilarang Pakai Kasut Tumit Tinggi, Bukan Saja Bahayakan Anda Tapi Bayi Juga!

Kasut tumit tinggi memang menjadi kegemaran ramai wanita kerana nampak bergaya bila memakainya. Tetapi kasut tumit tinggi bahaya untuk ibu hamil!

Kasut tumit tinggi memang menjadi kegemaran ramai wanita kerana apabila memakainya terus nampak bergaya dan sangat berkeyakinan. Tetapi kasut tumit tinggi bahaya untuk ibu hamil!

Sekiranya anda hamil, adakah sesuai mengenakan gaya kasut bertumit tinggi? Adakah ia akan mendatangkan kesan buruk kepada anda dan kandungan?

Jika sebelum mengandung anda lah yang paling bergaya dengan kasut tumit tinggi, apabila mengandung boleh juga nak melaram, tetapi jika boleh elakkanlah kasut tumit tinggi.

Kasut tumit tinggi bahaya untuk ibu hamil

Kasut tumit tinggi bahaya

Menurut artikel yang dikongsikan dalam bumbumcak,  ada sesetengah ibu mengadu hilang rasa yakin dan tidak puas hati apabila tidak dapat lagi hendak bergaya.

Maklumlah, masa sebelum mengandung dulu memang sudah biasa berkasut tumit tinggi ke tempat kerja. Tetapi bila sudah mengandung, dilarang pula bergaya dengan kasut kegemaran ramai wanita ini. Pasti ada sebabnya kan?

Pelbagai jenis kasut tumit tinggi dijual di pasaran ada yang mungkin rata tapaknya tetapi masih tinggi untuk ibu hamil. Kedudukan berdiri juga akan menjadi tidak stabil bila perut semakin membesar.

#1. Penyakit sendi&osteoporosis

Kasut tumit tinggi bahaya

Semasa ibu sedang hamil, kasut tumit tinggi boleh menyebabkan rasa sakit pada kuku kaki, bengkak jari kaki hingga menjadi radang kulit.

Kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon dapat mengundang sakit pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki dan tangan.

Ia akan beri kesan kepada tulang belakang, sekali gus punggung rasa sakit. Sepatutnya kaki digunakan untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.

Perasan tak jika anda pakai kasut tumit tinggi, anda akan merasa sakit belakang atau lenguh. Mungkin kasut yang anda gunakan tidak sesuai dengan postur kaki dan sebagainya. 

#2. Gangguan keseimbangan badan

Semasa mengandung, pusat graviti mengalami peralihan, manakala pelvis berubah bentuk dan mengganggu bebanan berat yang bertambah disebabkan bayi dalam perut.

Beban berat yang dibawa badan tertumpu di bahagian depan kaki, dan kestabilan badan akan terjejas.

Anda mungkin boleh terjatuh jika hilang keseimbangan badan akibat memakai kasut tumit tinggi. Bukan saja tidak stabil, malah boleh menyebabkan kecederaan di kawasan lain pula.

Jangan main-main ya ibu, jangan hanya disebabkan mahu bergaya anda merisiko diri sendiri. Sudah bersalin nanti boleh bergaya semahunya dengan kasut tumit tinggi anda.

#3. Kaki bengkak

Kasut tumit tinggi bahaya

Kaki bengkak ketika hamil ialah normal buat ibu hamil. Tetapi kalau tetap berdegil hendak juga pakai kasut tumit tinggi, perkara ini boleh menyebabkan bebanan badan bertambah.

Bayangkan kalau pakai kasut tapak rata, keseluruhan kaki dapat menampung berat badan secara stabil, tapi kalau pakai kasut tumit tinggi? Bahagian depan kaki terpaksa tampung keseluruhan beban berat badan.

Anda juga tidak digalakkan memakai kasut yang ketat atau bertali halus ketika hamil kerana jika kaki dalam keadaan bengkak, ia akan meninggalkan kesan kepada kaki anda.

#4. Perubahan postur badan

Dalam tempoh hamil, postur badan akan berubah mengikut usia bayi dalam perut. Perubahan pelvis akan ke depan (membuncit) dan berlaku lengkungan pada bahagian belakang badan.

Kalau kerap sangat pakai kasut tumit tinggi, ia boleh menjadi punca otot betis sakit dan kejang. Kekejangan kaki juga biasa berlaku pada ibu hamil tetapi jika anda menggunakan kasut tumit tinggi, kekerapan kekejangan kaki mungkin akan bertambah.

Seksanya bila kaki kejang semasa mengandung ini, sudah lah perut membesar ke depena, terpaksa pula menahan kejang kaki. 

#5. Jaga keselamatan

Disebabkan kestabilan badan terganggu semasa pakai kasut tumit tinggi, risiko tergelincir atau terseliuh lebih tinggi. Berat badan makin bertambah, kaki terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung berat badan. Kalau salah sikit, boleh tersadung dan membahayakan kandungan.

Pemilihan kasut yang betul sangat penting bagi menyokong berat badan dan kaki. Jadi pakailah kasut rata supaya dapat menjaga kesihatan dan keselamatan diri bersama bayi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Pilunya Hati! Jika Darah Ibu Ini Diuji, Pasti Anaknya Takkan Mati Dalam Kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!