TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pilunya Hati! Jika Darah Ibu Ini Diuji, Pasti Anaknya Takkan Mati Dalam Kandungan

3 min bacaan
Pilunya Hati! Jika Darah Ibu Ini Diuji, Pasti Anaknya Takkan Mati Dalam Kandungan

Kisah pilu ini harus diambil sebagai pengajaran untuk semua ibu hamil di luar sana. Betapa sengsara terpaksa menerima hakikat anak mati dalam kandungan...

Anak mati dalam kandungan

Brooke Campbell, 27 tahun, tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila beliau tidak dapat merasakan bayinya bergerak dalam kandungan.

Kandungan beliau sudah masuk minggu ke-36. Yang lebih memburukkan keadaan, tiba-tiba bukan air ketubannya yang pecah. Tapi, Brooke dilimpahi darah yang banyak!

Beliau pantas di bawa ke hospital. Namun, beliau tidak menerima berita baik di sana. Hati Brooke benar-benar hancur.

Doktor memberitahu beliau yang Darcy, anak kesayangan yang sedang dikandungnya itu tiada lagi degupan jantung!

anak mati dalam kandungan

Kredit: Facebook

Berita kematian yang sungguh mendukacitakan

Brooke sempat melihat skrin ultrasound. Darcy yang dalam kandungannya kelihatan tidak bernyawa. Dia hanya tergantung di situ…

Ya Allah, betapa luka dan pedih hati ibu ini. 

Pakar bedah Brooke juga menangis menyampaikan berita itu. Darcy tiada sebarang komplikasi dan amat sihat.

Suami Brooke, Elliot rebah di lantai apabila masuk ke dalam bilik dan diberitahu tentang berita pemergian Darcy. Dia hanya ke ambulan untuk mengambil barangan Brooke dan bayi.

anak mati dalam kandungan

Kredit: Facebook

Mereka masih tidak tahu mengapa Darcy mati dalam kandungan, namun selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, Brooke disahkan menghidap penyakit genetik bernama Factor V Leiden. 

Penyakit ini hanya berlaku sebanyak 4% dan boleh mengakibatkan keguguran atau ketidaksuburan.

Dalam kes Brooke, penyakit genetik tersebut mengakibatkan gangguan plasenta hingga beliau kehilangan hampir 1.7 liter darah.

Gangguan kehilangan darah itu membunuh Darcy apabila plasenta telah terasing daripada rahim.

Plasenta itu terpisah daripada rahim dan mengakibatkan Darcy tidak dapat oksigen yang mencukupi hingga maut.

Akan tetapi, penyakit genetik tersebut boleh dikesan melalui ujian darah.

Namun, Brooke tidak menjalani sebarang ujian darah sehinggalah beliau terpaksa menerima hakikat kehilangan anaknya.

Sebab itu Brooke ingin menyampaikan kesedaran ini pada semua ibu hamil di luar sana. Beliau tidak mahu mana-mana ibu atau anak menghadapi nasib yang sama dengannya.

Ujian darah bukanlah ujian mandatori ketika hamil untuk semua wanita di AS. Jika ia dijadikan mandatori, pasti kejadian seperti ini boleh dielak.

Jadi ibu hamil semua, jangan lupa untuk memeriksa darah anda walaupun ketika hamil, ya!

Brooke tetap perlu bersalin walaupun anak telah mati dalam kandungan

anak mati dalam kandungan

Inilah Darcy, anak Brooke yang telah mati dalam kandungan

Bayangkan kesedihan hati ibu ini… 

Sudahlah anaknya telah mati dalam kandungan, kini, beliau terpaksa juga bersalin walaupun mengetahui anaknya itu telah tiada.

Stories Rakan Kongsi
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape
Every Parent’s Worst Nightmare:  When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much
Every Parent’s Worst Nightmare: When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Brooke memilih untuk bersalin secara normal berbanding secara caesarean seperti yang disarankan. 

Selepas Darcy selamat dilahirkan, Brooke sekali lagi meraung kesedihan. Beliau melihat anaknya itu cukup sihat, sama seperti anaknya sebelum ini.

“Darcy nampak sihat dan handsome. Sama macam bayi lain. Cuma dia tak menangis macam bayi baru lahir. Dia hanya tidur di sana, dan hati saya berkecai melihatnya…,” ujar Brooke sambil menyeka air matanya.

Pihak hospital membenarkan keluarga Brooke meluangkan masa dengan Darcy. Lalu, mereka sekeluarga menjaga Darcy dari hari Isnin sampai Rabu.

Pilunya Hati! Jika Darah Ibu Ini Diuji, Pasti Anaknya Takkan Mati Dalam Kandungan

Mereka juga mengambil gambar candid bersama bayi istimewa itu. Darcy tidak lepas dari tangan Brooke.

Beliau sentiasa memeluk erat anaknya itu dan menciumnya lembut.

Anak Brooke yang lebih besar, Noah turut tidak melepaskan peluang mencium Darcy. Namun, Noah yang masih tidak faham akan situasi sebenar tertanya-tanya mengapa adiknya itu tidak menangis.

Pilunya hati mengenangkan nasib ibu ini. Semoga beliau diberi kekuatan untuk mengharungi cabaran ini.

Doa kami buat bayi Darcy, tenanglah kau di sana wahai si comel. Moga-moga ibu dan ayahmu kuat meneruskan hidup mereka tanpamu di sisi.

Sumber rujukan: Daily Mail, Yahoo dan Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-mati-dalam-kandungan-pengalaman-sedih-ibu-bapa/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • Pilunya Hati! Jika Darah Ibu Ini Diuji, Pasti Anaknya Takkan Mati Dalam Kandungan
Kongsikan:
  • Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

    Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

  • 11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

    11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

  • Lahir Mati (Stillbirth): Punca, Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut & Perbezaan Dengan Keguguran

    Lahir Mati (Stillbirth): Punca, Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut & Perbezaan Dengan Keguguran

  • Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

    Tempoh Rahim Sembuh Selepas Keguguran, Ikut Cara Berpantang Ini Jika Mahu Hamil Cepat Lepas Gugur

  • 11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

    11 Punca Keguguran Kehamilan/ Miscarriage Berlaku, Yang Sebenarnya Bukan Salah Ibu

  • Lahir Mati (Stillbirth): Punca, Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut & Perbezaan Dengan Keguguran

    Lahir Mati (Stillbirth): Punca, Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut & Perbezaan Dengan Keguguran

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham