TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

'Ter'mengandung Jarak Dekat, Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu!

4 min bacaan
'Ter'mengandung Jarak Dekat, Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu!

Sebut saja gugurkan kandungan terus rasa takut!Tetapi anda mungkin pernah terfikir perkara ini apabila menyedari diri 'ter'mengandung jarak dekat.

Sebut saja gugurkan kandungan, terus rasa debaran di hati. Tetapi anda pernah terfikir perkara ini apabila menyedari diri ‘ter’mengandung jarak dekat.

Buntu jadinya fikiran apabila mendapat tahu diri mengandung lagi sedangkan anak yang sebelumnya itu masih terlalu kecil. Jadi memang tidak mustahil doktor akan menyaran untuk gugurkan kandungan yang baru ini akibat risiko kesihatan ibu. 

Sebelum anda berbuat sesuatu yang akan membuatkan anda menyesal di kemudian hari, fikir dulu semasak-masaknya. Jangan tak tahu ya, gugurkan kandungan pun ada risikonya lebih teruk ia boleh mengancam nyawa si ibu. 

Bukan saja janin yang dikandung bakal terkorban, ibu yang mengandung juga ada risiko jika anda bertindak gugurkan kandungan.

Baca juga: Bersepah Peniaga Haram Jual Pil Gugur Janin Di Internet, Sedangkan Ia Bisa Mengancam Nyawa!

Risiko gugur kandungan

Gugurkan kandungan

Menurut perkongsian Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Anna Liza Roslani dalam bumbumcak.my, apabila seorang wanita mengalami keguguran, ia bererti kandungan tersebut tidak sempurna.

Mungkin kandungan tersebut mempunyai masalah kromosom atau genetik. Oleh itu, badan kita akan bertindak untuk gugurkan kandungan dari rahim.

Paras hormon akan berkurangan, paras prostaglandin mungkin meningkat, kontraksi rahim bermula, pintu rahim menjadi lembut dan membuka, dan kandungan akan mula terpisah dari dinding rahim.

Sebaliknya, apabila kandungan sengaja digugurkan, kandungan itu adalah kandungan yang normal dan sihat. Badan kita akan bertindak untuk memastikan kandungan tersebut tidak gugur.

Badan kita akan menghasilkan paras hormon yang tinggi, pintu rahim akan keras dan tertutup rapat, dan kandungan akan melekat kuat pada dinding rahim.

Ini bererti, bila doktor melakukan ERPOC atau D&C untuk memaksa kandungan digugurkan, doktor terpaksa ‘melawan’ pintu rahim yang keras dan tertutup rapat, ‘melawan’ kandungan yang melekat kuat pada dinding rahim dan sebagainya. Doktor mungkin perlu menggunakan sedikit kekasaran/kekerasan.

Apakah risiko mengugurkan kandungan?

Gugurkan kandungan

1. Pendarahan

Boleh berlaku pendarahan teruk sekiranya proses pengguguran janin dilakukan secara paksaan. Ibu mungkin boleh alami tumpah darah!

2. Jangkitan kuman

Jika prosedur dilakukan secara sendiri atau tanpa pemantauan individu bertauliah, dikhuatiri akan terkena jangkitan kuman.

3. Luka atau tertembus dinding rahim (uterine perforation), dan kadang-kadang tertembus pundi kencing atau/dan usus!

Akibat tekanan yang dikenakan, ia mungkin boleh menyebabkan dinding rahim luka. Luka atau terkoyak pangkal rahim.

4. Tertinggal sisa-sisa kandungan di dalam rahim

Sisa kandungan masih ada dan tertinggal dalam rahim yang akan menyebabkan jangkitan. 

5. Kematian

Apabila berlakunya pendarahan, jangkitan kuman dan sebagainya sudah pasti ia boleh meragut nyawa si ibu!

Gunalah kaedah perancang keluarga jika tidak mahu hamil

Gugurkan kandungan

Janganlah gugurkan kandungan. Jika anda tidak mahu hamil, gunakanlah keadah perancang keluarga yang terbukti berkesan.

Janganlah mengambil risiko dengan mengamalkan kaedah yang tidak efektif seperti ‘buang di luar’, ‘elak bersama bila waktu subur’, jamu dan produk-produk ‘sampah’.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ini kerana, jika mengandung anda sendiri yang pening kepala. Tetapi jika termengandung juga, percayalah ia memang rezeki anda dan ada ‘sinar’ yang akan dibawa oleh bayi yang anda kandung itu. 

Terpaksa dibuang rahim, usus sebab gugurkan kandungan

 Ada juga wanita yang terpaksa dibuang rahim (hysterectomy) dah buang sebahagian daripada ususnya (partial colectomy) setelah dia mengalami rahim pecah dan tertembus usus kerana menggugurkan kandungan.

Jadi besarkan risikonya? Fikirlah dulu sebelum anda buat keputusan untuk gugurkan kandungan. 

Terpaksa gugurkan kandungan

Percayalah, keputusan untuk menggugurkan kandungan bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan. Apatah lagi jika ia merupakan perkara yang ditunggu-tunggu sekian lama.

Walau bagaimanapun, sekiranya kehamilan tersebut akan memberikan kemudaratan kepada ibu dan kandungan, maka keputusan gugurkan kandungan yang terbaik. Bukan suka-suka pengguguran kandungan ini dibuat. 

Kehadiran zuriat pastinya merupakan antara detik yang dinantikan setiap pasangan. Namun bagaimana jika ibu hamil perlu gugurkan kandungan atas faktor kesihatan?

Ada ibu yang terpaksa menggugurkan kandungannya atas beberapa sebab antaranya termasuk kerana kehamilan diluar rahim yang mana jika tidak dibuat prosedur pengguguran boleh meragut nyawa si ibu kerana jika dibiarkan terus membesar tiub falopio ibu boleh pecah dan menyebabkan kematian. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bumbumcak.my

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • 'Ter'mengandung Jarak Dekat, Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham