Gara-gara selalu makan mi segera, remaja ini mati akibat kanser perut

undefined

Seorang remaja di Taiwan mati kerana kanser perut akibat makan mee segera setiap hari selama bertahun-tahun. Jom baca tentang keburukan mee segera ini.

Warga Taiwan dikejutkan dengan sebuah kes yang membuktikan keburukan mee segera baru-baru ini. Seorang remaja mati akibat kanser perut kerana makan mee segera setiap hari.

Keburukan mee segera: Remaja mati kanser perut

Menurut laporan New Strait Times, remaja yang baru berusia 18 tahun ini belajar bersungguh-sungguh hingga lewat malam semenjak dari sekolah menengah untuk mencapai impiannya ke universiti pilihan.

Malangnya, remaja ini juga telah menjadikan makan mee segera setiap malam sebagai tabiatnya. Apabila dia masuk ke universiti, remaja ini makan mee segera setiap malam selama bertahun-tahun.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/3473469612 9a2c3c4d9c o.jpg BAHAYA: Berhenti Beri Anak Anda Makan Mi Segera!

Akhirnya, remaja tersebut berhasil meraih cita-citanya masuk ke kampus impian. Akan tetapi, belum sempat dia menikmati momen menjadi mahasiswa, dia mengeluh sakit di bahagian perut.

Kerana kerja kerasnya, remaja ini diterima masuk ke universiti pilihannya – tapi tak lama kemudian dia mula rasa sakit dan sering mengalami simptom loya, perut kembung dan sakit perut.

Apabila keadaannya semakin parah, keluarga remaja ini buat keputusan untuk membawa dia ke hospital.

Keputusan pemeriksaan dari doktor sangat mengejutkan – remaja ini mengalami kanser perut tahap empat dan peluangnya untuk selamat adalah tipis.

Selepas setahun bergelut dengan penyakitnya, remaja lelaki yang mempunyai masa hadapan cerah ini kalah dengan penyakit yang menimpanya.

Kerana tragedi yang mendapat laporan meluas ini, pakar kanser di hospital tempat remaja ini dirawat, Dr Tan Jiarui menasihatkan warga Taiwan untuk mengurangkan pengambilan mee segera, makanan jeruk dan daging merah yang sering dikaitkan sebagai penyebab kanser.

keburukan mee segera, mi segera, mee segera, kesan makan mi segera, kesan mee segera, kesan makan maggi

Keburukan mee segera: Tanda kanser perut

Menurut  American Cancer Society, tanda kanser perut yang perlu diperhatikan adalah:
  • Kurang nafsu makan
  • Berat badan turun tanpa diet
  • Sakit di bahagian perut
  • Rasa tak selesa pada perut
  • Rasa kenyang walaupun makan sikit
  • Pedih ulu hati
  • Susah untuk buang air besar
  • Mual
  • Muntah
  • Darah pada najis

Keburukan mee segera yang perlu anda waspada

Mee segera adalah antara makanan yang paling banyak dimakan oleh negara-negara di Asia termasuklah Malaysia.

Keburukan mee segera telah menarik minat saintis untuk mengkaji hubungan mee segera dengan risiko penyakit jantung.

Kajian yang dilakukan di Korea Selatan ini mendapati wanita yang makan mee segera secara rutin mempunyai risiko sebanyak 68% lebih tinggi untuk mengalami masalah sindrom metabolisma.

Antaranya adalah obesiti, tekanan darah tinggi, kolestrol, kencing manis dan meningkatkan risiko sakit jantung. Sindrom metabolisma ini juga boleh menyebabkan strok.

Keburukan mee segera: Sukar dicerna

keburukan mee segera, mi segera, mee segera, kesan makan mi segera, kesan mee segera, kesan makan maggi

Satu kajian lain yang dijalankan oleh Dr. Braden Kuo dari Universiti Harvard pula mendapati, mee segera sukar untuk dicerna oleh tubuh badan.

Dr, Braden menjalankan kajian ini dengan menggunakan kamera kecil untuk melihat bagaimana mee segera dicerna di dalam perut manusia. Dia menemui, mee segera sukar dicerna kerana ia telah ditambah bahan pengawet.

Dr. Frank B. Hu, seorang profesor dalam bidang nutrisi di Harvard mengatakan yang pengambilan mee segera perlu dihadkan.

Anda boleh makan mee segera dua kali sebulan, tapi jika anda makan mee segera beberapa kali dalam seminggu, ia adalah sangat bahaya untuk kesihatan anda.

Jadi, mulakan pemakanan yang sihat untuk keluarga anda dan kurangkan pengambilan mee segera yang banyak bahan pengawet ini.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakan-maggi-semasa-mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!