Menurut Tribun Manado, pada tahun 2017, hospital di Kota Huzhou, China ada tiga kes kanak-kanak mengalami ulser perut kerana melakukan perbuatan yang sering kita lakukan pada anak kita semasa waktu makan ini.
Sebab itu hari ini, theAsianparent Malaysia akan mendedahkan satu perbuatan bahaya ibu yang menyebabkan ulser perut pada anak.
Apa itu ulser perut?
Ulser perut juga dikenali sebagai ulser peptik dan biasanya terjadi apabila bahagian selaput dalaman perut mengalami luka.
Selain di perut, ia juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (ulser duodenal).
Menurut Dr. Ahmad Shukri Md Salleh, Pakar Perunding Perubatan di Hospital Kuala Terengganu, punca yang menyebabkan perut luka adalah kerana bakteria Helicobacter Pylori.
Menurutnya, bakteria ini mengeluarkan beberapa jenis bahan seperti ammonia, protease dan cytotoxin yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat.
Apabila kandungan asid dalam perut meningkat, lapisan dalaman perut akan luka.
Bagaimana kanak-kanak boleh mengalami ulser perut kerana perbuatan ibu bapa?
Penyakit ini biasanya dihidapi oleh orang dewasa. Jadi, apabila kanak-kanak mengalami ulser perut, ia boleh membawa maut.
Salah seorang ibu yang anaknya mengalami ulser duodenal ini menceritakan pengalamannya.
Anaknya, Mina mengadu perutnya sakit. Pada awalnya, ibu ini menganggap anaknya hanya sakit perut biasa. Tapi pada pukul 12 malam, muka anaknya berubah menjadi hitam! Ibunya terus kejarkannya ke hospital.
Selepas doktor melakukan pemeriksaan laparoskopi (pemeriksaan dalam perut tanpa pembedahan), doktor mendapati yang Mina menghidapi ulser duodenal dan perutnya penuh nanah.
Doktor menyarankan agar Mina segera dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.
Kata doktor yang merawatnya “mungkin ibu bapa Mina mengunyah atau meniupkan makanan untuk anak mereka. Perbuatan seperti ini boleh menyebabkan anak mengalami penyakit usus.”
Perbuatan mengunyah atau meniup makanan anak dapat menyebarkan bakteria Helicobacter Pylori pada anak.
Menurut kajian, bakteria ini dapat dijangkiti melalui plak pada gigi dan air liur. Oleh itu, bahaya jika anda kunyah atau tiupkan makanan anak anda.
Anak anda mempunyai sistem imunisasi yang lemah, jadi mereka lebih berisiko untuk dijangkiti bakteria berbahaya dan mulut adalah antara kawasan yang mempunyai banyak bakteria.
Tip untuk ibu bapa
Ini adalah beberapa tip untuk anda elak anak dari dijangkiti bakteria dan penyakit berbahaya:
- Gunakan pinggan, mangkuk, sudu, garfu serta cawan yang berasingan untuk anak anda.
- Gunakan blender untuk anak yang belum boleh mengunyah.
- Biarkan makanan sejuk dengan sendiri sebelum hidangkan pada anak.
- Jangan mencium mulut anak anda, kerana ciuman mulut ke mulut juga boleh menyebarkan bakteria.
Jadi lepas ini elakkan dari kunyah atau tiupkan makanan anak ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Tribun Manado, Utusan
Baca juga:
https://my.theasianparent.commakanan-tidak-berkhasiat
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!