Cuka Epal Bukan Sekadar Baik Untuk Kesihatan Dalaman, Ini 10 Lagi Kegunaannya Yang Ramai Tak Tahu!

undefined

Sebenarnya, ada hampir 10 khasiat cuka epal sama ada untuk kecantikan dan kesihatan anda. Rugi kalau tak cuba semua khasiat ini!

Selalunya apabila mendengar perkataan cuka epal, ramai yang beranggapan ia sekadar salah satu bahan untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad. Tak ramai yang tahu tentang khasiat apple vinegar ini.

Tapi, sudah beratus tahun, cuka epal merupakan bahan yang wajib ada di setiap rumah. Khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan sungguh menakjubkan!

Khasiat cuka epal yang ramai tak tahu

Cuka Epal Bukan Sekadar Baik Untuk Kesihatan Dalaman, Ini 10 Lagi Kegunaannya Yang Ramai Tak Tahu!

Cuka epal diperbuat daripada proses penapaian Apfelmost (buah epal). Proses ini menyebabkan bakteria dan yis menukarkan gula kepada alkohol kemudian asid asetik.

Ia berwarna emas pucat. Cuka ini kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.

Sebagai peringatan, sekiranya anda mengambil sebarang ubatan, pastikan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang tip yang dikongsikan.

1. Mengawal diabetes Type 2

khasiat cuka epal

Kajian mencadangkan bahan aktif dalam cuka epal, asid asetik boleh mengurangkan penghadaman kanji dan mengimbangkan gula dalam darah. Sebagai hasilnya, khasiat cuka ini adalah dapat mengawal diabetes jenis 2.

Bagaimana: 

Tambah cuka epal ke dalam sos salad atau campurkan satu sudu di dalam air dan minum sebelum makan. 

2. Menghapus kelumumur dengan cuka epal

khasiat cuka epal

Gatal kepala akibat kelumumur sungguh menyakitkan hati. Tapi lepas ini, anda tidak perlu bergantung kepada syampu yang keras untuk menghapuskannya lagi. Pakar menerangkan apple vinegar membantu menstabilkan pH kulit kepala anda, menghalang yis, iaitu salah satu punca kelumumur.

Bagaimana:

Campurkan 2 sudu cuka epal dalam secawan air dan bilas rambut anda dengannya.

Untuk kelumumur yang lebih teruk, campurkan suku cawan apple vinegar dengan suku cawan air, sapu campuran ke kulit kepala dan biarkan selama sekurang-kurangnya sejam sebelum bilas.

3. Melegakan sakit tekak

khasiat cuka epal

Ingin menghilangkan rasa sakit tekak tanpa ubat? Percayalah dengan khasiat cuka epal yang satu ini! Campurkan cuka ini bersama madu dan serbuk lada cayenne. Ini adalah ubat batuk semulajadi. Ia mempunyai kandungan antibakterial dan capsaicin yang membantu mengurangkan sakit.

Bagaimana: 

Campurkan 1 sudu cuka epal, 1 sudu serbuk lada cayenne, dan 3 sudu madu ke dalam air suam dan minum.

Jika sakit tekak akibat alergi, cuka ini juga sangat berkesan kerana ia mampu membantu memecahkan mukus.

4. Rambut sihat dan berkilat

Cuka Epal Bukan Sekadar Baik Untuk Kesihatan Dalaman, Ini 10 Lagi Kegunaannya Yang Ramai Tak Tahu!

Tidak perlu membazir membeli syampu yang mahal bagi masalah rambut kusam dan tidak bermaya. Cuka apple boleh membantu anda mendapatkan rambut idaman ini.

Kata pakar,apple vinegar mengandungi asid asetik, apabila digunakan pada kulit kepala, ia membuang lebihan bahan yang digunakan seperti kesan minyak rambut atau syampu.

Bagaimana: 

2  kali sebulan selepas syampu, tuang satu cawan cuka epal di kulit kepala dan rambut, urut dan bilas selepas beberapa minit. Rambut anda akan kelihatan cantik dan lembut

5. Membuatkan rumah lebih bersih

khasiat cuka epal

Cuka epal merupakan pembersih rumah antibakterial yang sempurna. Dan kerananya ia dari bahan semulajadi, anda tidak perlu risau tentang kesan dan bau bahan kimia.

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan cuka ini untuk membersihkan rumah:

  • Campur cuka epal dan air dengan nisbah 1:1, letakkan dalam botol penyembur dan guna untuk membersihkan meja di dapur serta alatan di dapur.
  • Malah anda boleh gunakan campuran ini untuk membersihkan telefon bimbit, kerusi bagi anda. Dan untuk campuran yang lebih cair, ia boleh digunakan untuk membersihkan mainan anak.
  • Sekiranya anda ada kesan karat air pada sinki, penuhkan sinki dengan air panas, letak 2 cawan cuka apple dan rendam selama 2 jam.
  • Anda juga boleh meneutralkan bilik berbau dengan menuang apple vinegar ke dalam mangkuk dan letakkan ia di tempat paling berbau. Selalunya ia akan menghapuskan bauan terutamanya bau asap.

6. Membantu masalah penghadaman

Cuka Epal Bukan Sekadar Baik Untuk Kesihatan Dalaman, Ini 10 Lagi Kegunaannya Yang Ramai Tak Tahu!

Refluks asid dan pedih ulu hati bukanlah pengalaman yang menyenangkan. Ini berlaku akibat pH yang tidak seimbang di dalam perut dan kurangnya enzim dan probiotik. Menurut pakar cuka ini mempunyai enzim dan probiotik semulajadi boleh membantu masalah ini.

Bagaimana:

Tambah satu sudu cuka epal di dalam air suam dan minum lima minit sebelum waktu makan.

7. Menyahkan bau kaki dan ketiak dengan cuka epal

Cuka Epal Bukan Sekadar Baik Untuk Kesihatan Dalaman, Ini 10 Lagi Kegunaannya Yang Ramai Tak Tahu!

Tiada apa yang lebih memalukan dari mempunyai bau badan dan ketiak yang busuk. Cuka epal ialah penyelesaian yang efektif, murah dan semulajadi untuk kedua masalah kaki dan ketiak berbau. Asid dalam cuka ini menukarkan pH kulit anda dan membantu menghentikan pembentukan bakteria.

Bagaimana: 

Untuk kaki, rendamkan kain lap dalam secawan cuka epal dan bekas kedap udara sepanjang malam lalu simpan dalam peti sejuk dan gunakan ia untuk mengelap kaki bila perlu.

Juga boleh digunakan untuk mengelap ketiak. Hanya lap pada kulit yang kering dan bersih. Jangan risau dengan bau cuka kerana ia akan hilang setelah kering.

8. Menghalau kutu pada haiwan peliharaan

khasiat cuka epal

Buangkan bahan kimia yang anda gunakan untuk merawat masalah kutu pada binatang peliharaan anda. Gunakan cuka buah ini yang efektif dan semulajadi.

Bagaimana: 

Campurkan dengan nisbah 1:1 air dan cuka epal di dalam tub rendaman haiwan peliharaan anda. Buat ini sekali sehari untuk beberapa minggu dan selamat tinggal kutu!

9. Membersihkan berus make-up

Cuka Epal Bukan Sekadar Baik Untuk Kesihatan Dalaman, Ini 10 Lagi Kegunaannya Yang Ramai Tak Tahu!

Sangat penting untuk memastikan berus solekan anda bersih bagi mengelak terkumpulnya kekotoran yang akan memberi kesan kepada kulit anda. Khasiat cuka ini bukan setakat pada kesihatan anda saja. Ia juga adalah pembersih berus solekan yang bagus kerana kandungan asid malik yang antibakterial!

Bagaimana: 

Pakar kecantikan mencadangkan untuk mencampur secawan air suam dan sesudu kecil cuka epal.

Juga boleh tambah hirisan lemon dalam campuran ini. Kemudian rendam berus-berus anda di dalam campuran ini selama sejam dan bilas dengan air.

Keringkan sebelum menggunakan mereka lagi.

10. Membersihkan kulit dengan cuka epal

Cuka Epal Bukan Sekadar Baik Untuk Kesihatan Dalaman, Ini 10 Lagi Kegunaannya Yang Ramai Tak Tahu!

Jika anda mempunyai masalah pori besar, kulit kusam dan berminyak, cuka ini boleh membantu anda. 

Pakar kulit menerangkan yang kulit selalunya bersifat asid dan apabila menggunakan cuka buah ini sebagai toner, ia membantu menyeimbangkan tahap minyak kulit.

Bagaimana: Cairkan beberapa titik cuka epal di dalam air sebelum mgunakan pada kulit muka dengan kapas muka.

Buat tiga hingga empat kali seminggu. Jika anda mempunyai kulit sensitif, kurangkan kekerapan penggunaan dan cairkan lagi campuran.

Kelebihan Cuka Epal Pada Kesihatan

Cuka Epal Bukan Sekadar Baik Untuk Kesihatan Dalaman, Ini 10 Lagi Kegunaannya Yang Ramai Tak Tahu!

Cuka epal banyak kebaikan untuk kesihatan. Berikut adalah antara manfaatnya:

1. Kaya nutrisi

Cuka epal adalah sumber yang kaya dengan vitamin dan mineral penting. Ia mengandungi vitamin C, yang dapat meningkatkan sistem imun dan membantu dalam penghasilan kolagen. Ia juga menyediakan potasium, yang membantu melaraskan tekanan darah, dan vitamin A, penting untuk mengekalkan kesihatan kulit dan mata.

2. Bantuan untuk penghadaman

Salah satu manfaat paling terkenal akan cuka epal adalah ia berpotensi membantu penghadaman. Dengan kewujudan enzim dan probiotik dalam cuka epal yang tidak dipasteurisasi boleh menggalakkan mikrobiom usus yang sihat, membawa kepada penghadaman yang lebih baik, dan mengurangkan masalah angin.

3. Mengawal berat badan

Cuka epal sudah dikenali sebagai bantuan untuk menurunkan berat badan. Beberapa kajian menunjukkan yang ia boleh membantu untuk mengawal selera makan, mengurangkan pengambilan kalori, dan menggalakkan rasa kenyang, yang mana boleh menyumbang kepada pengurusan berat badan.

4. Mengawal gula darah

Cuka epal juga boleh membantu menstabilkan paras gula darah. Sesetengah kajian menunjukkan yang ia boleh memperbaiki tahap sensitiviti insulin dan menurunkan peningkatan gula darah selepas makan, menjadikannya berguna untuk individu yang mempunyai diabetes atau mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit itu.

5. Kandungan antioksidan

Epal kaya dengan kandungan antioksidan, dan kualiti ini turut membawa kepada cuka epal. Antioksidan membantu melindungi sel daripada oksidatif stress, mengurangkan keradangan, dan merendahkan risiko penyakit kronik, termasuklah penyakit jantung dan kanser.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Parenting Hacks Paling Berkesan Dan Berguna Untuk Ibu Bapa!

Baca juga: Waspada Tanda Gula Tinggi Dalam Badan, Ini Cara Berkesan Untuk Mengawalnya!

Baca juga: Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!