X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!

5 min bacaan
Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!

Pengambilan sebiji epal boleh menghindarkan diri dari serangan penyakit. Namun tahukah anda khasiat epal untuk si manja? Ia baik untuk kesihatan tulang!

Tidak dinafikan, ada begitu banyak kebaikan epal hijau dan epal merah ini. Malah, disebabkan oleh ia bukanlah sejenis buah yang bermusim, ibu ayah boleh mendapatkan buah epal hijau atau merah di pasaraya dengan mudah!

Bukan itu sahaja, ia merupakan buah yang popular di seluruh dunia dan antara tiga buah yang paling banyak di dunia.

Buah epal merah sering dijadikan buah rutin baik dijadikan sebagai snek atau buah ketika bersarapan. Manakala buah epal hijau pula sering dijadikan jus. Tapi apa beza kebaikan epal hijau dan merah ini?

Kebaikan epal hijau 

kebaikan epal hijau

Foto: Everypixel

Selama berabad-abad yang lalu, buah epal sering dianggap makanan yang memiliki kuasa ajaib kerana ia boleh menjauhkan diri anak-anak dari berjumpa doktor. 

Namun, kebanyakan ibu ayah sering dilanda persoalan adakah ia benar atau hanya sekadar kata-kata sahaja.

Bagi anda yang sering menyimpan bekalan buah epal dalam peti sejuk dan memotong kepada beberapa bahagian kecil sebelum diberikan kepada si manja, sebenarnya anda telah membekalkan pelbagai nutrisi yang baik kepada tubuh badan anak-anak.

Bukan itu sahaja, anda disarankan agar tidak membuang kulit epal sebelum makan kerana ia mengandungi beberapa nutrisi penting dan sebatian bioaktif yang baik untuk perkembangan mereka.

Khasiat epal terdiri daripada sebatian serat dan bioaktif seperti quercetin, catechin, phloridzin dan asid klorogenik yang terkandung di dalamnya secara semula jadi.

Menurut kajian,  pakar nutrisi ada menyatakan bahawa buah epal memiliki pelbagai manfaat kesihatan kerana ia mengandungi antioksidan dan flavonoid di samping kandungan potassium, fosforus, kalsium, magnesium, besi, zink serta kaya dengan vitamin A, E, B1, B2, and B6!

Epal hijau dikatakan sangat bagus untuk anda yang ingin menurunkan berat dek kerana kandungan serat yang tinggi dan kadar gula yang sedikit berbanding epal merah.

Kebaikan sebiji buah ajaib ini adalah:

#1. Kebaikan epal hijau: Memudahkan proses pencernaan

Epal adalah sumber kedua-dua serat larut dan tidak larut. Serat yang tidak larut dalam kulit epal membekalkan air yang diperlukan semasa proses mencerna makanan.

Hal ini sekaligus membolehkan kelancaran pergerakan makanan dalam usus kecil si manja. Selain itu, ia turut membantu pembersihan usus secara semula jadi.

#2. Mengekalkan kesihatan tulang

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa tabiat pengambilan buah epal dalam menu harian untuk jangka panjang dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang.

Hal ini kerana kebaikan sebiji epal hijau terdiri kandungan mineral seperti kalsium dan magnesium.

#3. Sokongan prebiotik

manfaat epal

foto: freepik

Menurut Perunding Pediatrik Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr Azam Mohd Nor berkata prebiotik ialah makanan bagi bakteria baik.

Ia adalah serat yang tidak boleh dicerna melalui usus kecil dan ditapai oleh bakteria dalam usus manusia.

Prebiotik boleh didapati dalam makanan yang tinggi kandungan serat seperti pisang, epal, bawang putih, bawang besar, bawang merah, asparagus dan bijirin penuh mil.

Dalam hal ini, khasiat epal memiliki serat yang tidak larut seperti selulosa dan hemiselulosa berfungsi sebagai prebiotik baik untuk kesihatan.

#4. Keseimbangan berat badan

Stories Rakan Kongsi
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!

100 gram epal mengandungi sebanyak 85 gram air. Ini menjadikan epal sebagai buah yang rendah kalori.

Ia boleh diambil bagi mengekalkan berat badan anak-anak dan mencegah daripada menghidapi masalah berat badan berlebihan.

Kesannya, si manja anda dapat membesar secara sihat dan mampu terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal.

#5. Kesihatan kognitif

Buah epal juga mengandungi sebatian fenolik yang berkesan untuk melawan sebarang serangan radikal bebas.

Bukan itu sahaja, beberapa kajian turut dijalankan ke atas potensi epal untuk mengekalkan dan memperbaiki kesihatan otak.

#6. Kesihatan kardiovaskular

kepentingan buah epal

foto: reader’s digest

Epal mempunyai sejumlah besar serat larut seperti Pectin yang dianggap berkesan untuk mencegah pengumpulan kolesterol dalam saluran darah.

Ia sekaligus dapat mengurangkan penyakit kardiovaskular yang berkait dengan sistem peredaran seperti jantung dan pembuluh darah.

Selain serat, epal turut kaya dengan sebatian bioaktif seperti flavonoid yang dapat mengurangkan risiko penyakit ini.

# 7. Agen antioksidan

Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam sebiji epal yang belum masak lebih tinggi daripada epal sudah masak.

Walau bagaimanapun, epal masak mempunyai fenolik bebas yang lebih mudah diserap oleh badan. 

Jumlah kandungan antioksidan yang tinggi sangat penting untuk mencegah penyakit kronik seperti kanser. Namun, kandungannya adalah berbeza mengikut jenis epal.

Bukan itu sahaja, aktiviti antioksidan lebih tinggi berlaku di dalam kulit epal berbanding kepingan isi epal.

Kesimpulannya, buah epal hijau memang kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat untuk badan.

Bagi anda yang menitikberatkan kandungan karbohidrat dan gula, sekali lagi kami sarankan untuk mengambil buah epal hijau kerana kebaikan epal hijau ini memiliki lebih serat dan kurang gula.

Manakala, buah epal merah tinggi dengan antioksidan pada bahagian kulitnya yang berwarna merah.

Walau bagaimanapun, perbezaan kandungan nutrisi antara epal hijau dan merah tidaklah begitu ketara, jadi kedua-duanya pun dapat memberi manfaat pada tubuh anda! Jangan lupa makan epal hari ini!

Sumber: Mom Junction

Kredit foto: Shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!

Baca juga: Khasiat Buah Mangga Untuk Seisi Keluarga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Snek
  • /
  • Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!
Kongsikan:
  • Lazatnya Epal Hijau, Bagus Untuk Sistem Pencernaan Si Manja - Ini Kelebihan Epal Hijau

    Lazatnya Epal Hijau, Bagus Untuk Sistem Pencernaan Si Manja - Ini Kelebihan Epal Hijau

  • Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

    Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Lazatnya Epal Hijau, Bagus Untuk Sistem Pencernaan Si Manja - Ini Kelebihan Epal Hijau

    Lazatnya Epal Hijau, Bagus Untuk Sistem Pencernaan Si Manja - Ini Kelebihan Epal Hijau

  • Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

    Cuka Epal Kaya Dengan Khasiat Untuk Kecantikan & Kesihatan - Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan, Ye Ke?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.