Vagina Keluar Darah Selepas Seks Semasa Hamil, Adakah Ibu Alami Keguguran?
Ramai ibu hamil yang risau, adakah normal jika vagina mereka mengeluarkan darah selepas hubungan seks dengan suami? Mari selami mengapa darah ini keluar dan adakah ia selamat.
Walaupun ramai wanita hamil kurang berkeyakinan diri untuk melakukan seks ketika hamil, namun sebenarnya hubungan seks ketika hamil adalah selamat malah ia lebih seksi! Ada yang risau keluar darah selepas seks semasa hamil.
Sebenarnya, ada beberapa keadaan yang boleh mencetuskan panik pada ibu hamil ketika bersenggama dengan pasangan.
Antaranya apabila ada keluar darah dari vagina selepas berintiman. Alamak! Adakah ia berbahaya. Adakah ini keguguran?
Kalau anda nak tahu apa posisi seks ketika hamil yang beri “umph” pada anda dan pasangan, cuba baca artikel ini.
Jangan risau. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang topik ini menerusi perkongsian berikut.
Vagina keluar darah selepas seks semasa hamil – normal atau tak?
Berita baiknya, pendarahan atau keluar darah selepas hubungan seks ketika hamil adalah normal, jika ia berlaku pada 20 minggu pertama kehamilan.
Ia mungkin disebabkan perubahan hormon, jangkitan dan sebagainya. Namun, tak semua pendarahan selepas seks ketika hamil adalah normal.
Jika vagina anda keluar darah selepas hubungan seks, ketika usia kehamilan mencecah minggu ke-20, ia tidak normal!
Anda perlu segera berjumpa dengan doktor pakar dan mengelak hubungan seks sehingga doktor mengatakan selanjutnya.
Mengapa keluar darah selepas seks semasa hamil?
Rahim dan servik yang sensitif ketika hamil adalah punca mengapa vagina anda mengeluarkan darah selepas bersenggama.
Antara sebab lain mengapa servik menjadi terlalu sensitif adalah kerana:
1. Bekalan darah meningkat
Bekalan darah ke vagina dan servik meningkat selepas anda hamil. Ketika melakukan seks, tekanan akan diberi pada kawasan servik, hingga pendarahan boleh terjadi.
2. Pembentukan saluran darah kecil meningkat
Beberapa saluran darah kecil akan terbentuk semasa anda hamil. Ia untuk memenuhi tuntutan oksigen yang mencukupi buat ibu dan janin dalam kandungan.
Kebanyakan saluran darah kecil itu terbentuk di kawasan vagina dan servik. Oleh sebab ia kecil dan halus, saluran darah ia boleh mudah pecah semasa persetubuhan.
3. Polip serviks
Polip servik adalah satu pertumbuhan yang tidak berbahaya. Ia biasanya terjadi pada servik kerana hormon estrogen yang tinggi.
Polip mengandungi saluran darah kecil yang rapuh dan mudah pecah, punca mengapa terdapat pendarahan ketika bersenggama.
Adakah ini bermaksud keguguran?
Keguguran akibat melakukan seks adalah jarang sekali berlaku. Ini sebab janin selamat dalam cecair kantung amniotik. Kantung ini akan memelihara bayi dan menyerap sebarang kejutan.
Lagipun, bayi anda terletak jauh daripada kawasan “bersenggama”.
Namun, jika anda mempunyai dinding rahim yang lemah, doktor mungkin akan menyarankan anda menjauhi hubungan seks untuk mengelak keguguran.
Bagaimana nak elak pendarahan ketika berhubungan seks?
Anda boleh mengurangkan risiko pendarahan ketika berhubungan seks dengan mengikut peraturan ini:
- Cuba posisi seks yang lebih selamat – Antaranya seperti posisi missionary tapi dari tepi dan sebagainya.
- Seks oral
- Cuba berlembut ketika berhubungan seks sewaktu hamil
- Guna minyak pelincir
- Guna kondom
Bila anda patut berjumpa doktor?
Anda boleh berjumpa dan memberitahu doktor tentang pendarahan yang terjadi jika anda risau.
Pakai pad untuk melihat pendarahan jenis apa yang berlaku dan anda boleh memberitahu maklumat ini pada doktor.
Antara tanda-tanda serius yang tak patut anda hiraukan jika ada darah keluar selepas berhubungan seks ketika hamil adalah:
- Kekejangan atau cramp yang teruk di bahagian bawah abdomen dan di kawasan pelvik
- Pendarahan dari vagina yang banyak dan kerap
- Keluar lendir dari vagina yang kelihatan seperti ketulan dan tisu
- Pening dan rasa ingin pengsan
- Demam panas
- Sakit ketika ingin buang air kecil, selepas atau sebelum berhubungan seks
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda. Sama-sama kita jaga kesihatan diri demi bayi tercinta, ya!
Sumber rujukan: Mom Junction
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Tembak luar untuk merancang keluarga, adakah ia benar-benar berkesan?