Kemas Rumah Boleh Buat Anda Rasa Gembira & Hilangkan Stres, Jadikan Tugas Ini Terapi Minda
Kemas rumah bukanlah tugas yang leceh dan memenatkan namun ia lebih daripada itu yang mana ia juga mempengaruhi kesihatan mental anda.
Mungkin ramai yang berpendapat kemas rumah satu tugas yang leceh dan memenatkan lagi-lagi bagi orang yang bekerja tapi sebenarnya ia lebih daripada itu.
Isi Kandungan
Kemas Rumah Boleh Buat Anda Rasa Gembira
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan kepada 2,008 orang dewasa di seluruh Amerika Syarikat, 79 peratus mengalami tekanan manakala 72 peratus pula berasa sunyi.
Tapi, menurut kajian yang sama, dengan mengemas rumah sahaja, rasa tidak gembira dapat dikurangkan. Daripada 2,008 yang ditinjau, 72 peratus daripada dilaporkan tidur dengan lebih nyenyak di rumah yang bersih.
Selain itu, kajian itu turut mendapati 80 peratus berasa lebih santai dan 60 peratus berasa kurang tekanan di rumah yang kemas dan bersih.
Menerusi kajian ini, rumah yang kemas dan bersih bukan sahaja mempengaruhi mental dan emosi anda, tetapi ia juga mengurangkan tekanan disamping meningkatkan produktiviti anda.
Lebih kemas dan bersih rumah anda, maka lebih produktif lah anda.
Kemas Rumah Sebagai Terapi
Seperti yang disebut sebentar tadi, mengemas rumah mempengaruhi kesejahteraan kita. Ia bermanfaat kepada kesihatan mental anda seperti mediatsi yang memerlukan perhatian penuh daripada anda.
Mengemas rumah lebih daripada memastikan rumah kita sentiasa bersih dan sedap mata memandang, tapi ia juga merupakan sesuatu yang menenangkan dan memuaskan.
Apabila kita berjaya menyiapkan tugasas seperti mengelap meja, menyusun rak buku atau menyapu lantai, kita akan berasa puas kerana dengan hasil kerja kita sekaligus menghargai titik peluh kita.
Bagaimana Mengemas Rumah Jadi Terapi?
Rumah Yang Kotor Beri Kesan Negatif
Keadaan persekitaran kita mempunyai kaitan secara langsung dengan kesihatan mental. Tinggal di rumah yang kotor boleh menganggu kesihatan mental anda.
Satu kajian mendapati wanita yang tinggal di rumah yang bersepah atau penuh dengan projek yang belum selesai berisiko tinggi untuk mengalami kemurungan dan keletihan.
Terdapat hubungan langsung antara kesihatan mental dan kebersihan. Tinggal di rumah yang bersepah dan bersepah tidak sesuai untuk kesihatan mental. Kekurangan organisasi boleh memberi tekanan kepada anda dan membawa kepada isu yang lebih teruk selain menjejaskan kesihatan fizikal anda.
Satu kajian mendapati bahawa wanita yang tinggal di ruang bersepah atau penuh dengan projek yang belum selesai lebih berkemungkinan mengalami kemurungan dan keletihan.
Strategi Mengatasi Kebimbangan (Anxiety)
Pernah tak rasa nak mengemas bila kita rasa bimbang, terutamanya bila kita ada tugasan yang besar? Sebenarnya bila kita rasa cemas atau bergelut dengan perasaan bimbang, mengemas buat anda rasa tenang.
Menurut kajian, apabila anda berasa bimbang, anda mempunyai tenaga gelisah dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan tenaga itu.
Untuk mengawal tenaga itu, sesetengah orang akan mengemas rumah untuk mengalihkan perhatian daripada perkara yang membuat kita berasa gelisah.
Tips Kemas Rumah Yang Mudah Dan Efektif
Kemas Katil Selepas Bangun Tidur
Selepas bangun daripada tidur, biasanya kita akan ambil telefon pintar. Tapi, bermula dari sekarang, jom ubah rutin harian kita! Sebaik bangun tidur, kemas katil kita dan bersiap untuk hadap hari kita.
Ia bukan sahaja membantu kita mengemas bilik dengan cepat, ia boleh membuatkan kita berasa segar dan sedar daripada mamai. Satu tugas dah selesai!
Kemas Dapur Selepas Masak
Seperti yang kita tahu, aktiviti memasak boleh membuatkan keadaan dapur kita bersepah dengan barangan yang kita pakai lagi-lagi kalau juadah itu memerlukan banyak alat.
Jadi, sebaik sahaja selesai memasak, kemaslah dapur terus. Bila sedang menikmati juadah yang kita sediakan, kita tak perlu fikir bagaimana kita nak kemas dapur selepas makan.
Kemas dapur selepas memasak juga ia juga menghalang daripada sisa makanan dan minyak melekat di ruangan yang kita gunakan.
Basuh Pinggan Selepas Makan
Biasakan diri untuk basuh segala pinggan, cawan, sudu, garpu dan lain-lain selepas selesai makan dan jangan jadikan kebiasaan untuk melonggokkan alat-alat ini di dalam singki.
Alat-alat yang dilonggokkan ini bukan sahaja membuatkan anda merasa sakit mata untuk memandangnya, tapi ia juga membuatkan ruang dapur menjadi berbau. Jadi, untuk ibu bapa didik anak anda daripada kecil untuk basuh pinggan setiap kali selepas makana.
Bersihkan Tandas Selepas Guna
Selepas menggunakan tandas, bersihkan tandas supaya ia tidak meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Periksa tandas sekiranya terdapat sisa daripada ‘hajat’ selepas anda menggunakannya.
Buang Sampah Sebelum Penuh
Tak dapat dinafikan,mengumpul sampah dan membuangkan sekali sahaja dapat menjimatkan masa dan tenaga, tapi ia bukanlah amalan yang wajar dibiasakan.
ini kerana, amalan bukan sahaja mendatangkan bau busuk namun turut meningkatkan risiko untuk menjadi habitat kepada haiwan perosak seperti tikus, lipas dan sebagainya.
Jadi, jika anda mempunyai masalah kebimbangan melampau, mungkin boleh jadikan aktiviti kemas sebagai salah satu terapi anda.
Banyak sebenarnya kebaikan mengemas rumah seperti menjimatkan masa dan wang anda. Semoga artikel ini bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel
Baca juga: Keganasan Rumah Tangga: Punca Keganasan Rumah, Kesan & Langkah Mengatasi
Baca juga: Kerja Online Dari Rumah, 8 Jenis Kerjaya Freelancer Ini Sesuai Untuk Suri Rumah Jana Pendapatan
Baca juga: Pasangan Ada Rupa Tinggal Menyewa, Tuan Rumah Istighfar Tengok Keadaan Rumah