X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Pasangan Ada Rupa Tinggal Menyewa, Tuan Rumah Istighfar Tengok Keadaan Rumah

3 min bacaan
Pasangan Ada Rupa Tinggal Menyewa, Tuan Rumah Istighfar Tengok Keadaan RumahPasangan Ada Rupa Tinggal Menyewa, Tuan Rumah Istighfar Tengok Keadaan Rumah

Rumah sewa kotor selepas didiami oleh pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Pemilik rumah kecewa lihat keadaan rumah begitu teruk

Rumah sewa macam pusat pelupusan sampah bahkan, kandang lembu mungkin lagi kemas dan bersih. Itu yang dapat digambarkan menerusi perkongsian sebuah video di TikTok memperlihatkan sebuah rumah yang kotor dipenuhi sampah-sarap.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Rumah sewa kotor disewa suami isteri baru berkahwin
  • Ada makanan berulat, lipas sana sini

Berdasarkan video dikongsikan pemilik akaun kamarina85, semua sudut rumahnya dari ruang tamu hingga ke bilik tidur serta bahagian dapur sangat kotor serta tidak dibersihkan dan dikemaskan. Seluruh lantai juga dipenuhi sampah-sarap, tidak nampak seperti sebuah kediaman.

Pada singki juga terdapat bekas makanan bungkus yang tidak dibuang selain periuk tidak dibasuh.

Rumah sewa kotor disewa suami isteri baru berkahwin

rumah kotor

Menurut laporan Mstar, tuan rumah tersebut ialah Kamarina Komeng, 37, menyewakan rumahnya di perumahan flat di Pasir Gudang, Johor kepada pasangan suami isteri.

Wanita itu memberitahu, pasangan tersebut baru berkahwin serta menyewa rumahnya sejak pertengahan tahun lalu. Pada asalnya, mereka menyewa bilik di tempat lain yang bercampur penghuni lelaki di dalam rumah tersebut sebelum meminta sewa rumahnya.

Laporan itu menyebut, Kamarina dipetik berkata, isteri penyewa tidak bekerja ketika itu dan dia kasihan dengan mereka serta memberi peluang menyewa rumahnya.

Sewa yang dikenakan sebanyak RM500 untuk tiga bilik tidur namun, Kamarina berdepan pelbagai dugaan untuk mendapatkan bayaran tersebut daripada pasangan itu.

"Mereka selalu lambat bayar atau ada saja tunggakan. Jadi saya datang buat spot check. Saya tergerak hati untuk datang pada Januari lalu.

"Tapi kedua-duanya tiada di rumah. Saya masuk guna kunci pendua dan sebaik melangkah masuk, saya hanya mampu mengucap sebab keadaan dalam rumah sangat teruk," katanya dalam laporan itu.

Ada makanan berulat, lipas sana sini

rumah kotor

Dalam laporan itu, Kamarina menceritakan, terdapat makanan yang berulat bukan setakat di rumah tamu dan dapur malah, di dalam bilik tidur selain lipas kelihatan di sana sini.

"Di tandas pula ada seluar dalam lelaki dibiarkan di atas lantai. Tak dapat nak bayangkan macam mana suami isteri ini boleh duduk dalam rumah sekotor itu," katanya dalam laporan tersebut.

Wanita itu yang bekerja sebagai guru kemudian menghubungi pasangan tersebut serta berpura-pura tidak tahu dengan keadaan rumah yang kotor.

"Saya tanya jika masih tak boleh bayar sewa, saya minta mereka keluar rumah secara baik.

"Mereka bersetuju untuk keluar dari rumah dan beberapa hari kemudian rumah ditinggalkan dalam keadaan yang telah dikemaskan, cuma kotor sikit-sikit tidak seteruk hari tu," katanya.

Ujarnya lagi, dia tidak serik untuk menyewakan rumahnya lagi cuma wanita itu terkejut kerana pasangan suami isteri itu lemah lembut peribadi mereka.

"Suaminya handsome, isteri cantik dan mereka sentiasa berpakaian kemas. Mungkin sikap pengotor mereka tak dapat dijangka," katanya.

Mstar, TikTok

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Rumah Kemas & Berkilat Di Pagi Raya, Ini 7 Rahsia Kemas Rumah Dengan Mudah

Baca juga:  6 Tips Kemas Rumah Dengan Anak Dari Marie Kondo Untuk Ibu Bapa Yang Selalu Penat

Baca juga: Jom Bongkar 5 Rahsia Bagaimana Cara Kemas Rumah Agar Selalu Nampak Teratur Saja!

Stories Rakan Kongsi
Learning through play keeps boredom at bay!
Learning through play keeps boredom at bay!
7 Kebaikan Susu Kambing Berbanding Susu Lain, Ibu Galakkan Anak Minum Setiap Hari!
7 Kebaikan Susu Kambing Berbanding Susu Lain, Ibu Galakkan Anak Minum Setiap Hari!
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
6 Causes of Body Aches and Pains. Here’s How To Treat Them!
6 Causes of Body Aches and Pains. Here’s How To Treat Them!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Pasangan Ada Rupa Tinggal Menyewa, Tuan Rumah Istighfar Tengok Keadaan Rumah
Kongsikan:
  • Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

    Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

  • Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

    Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

  • Suami Jangan Berkira Bila Kena Jaga Anak, Sama-Samalah Penat Agar Isteri Tidak Terbeban

    Suami Jangan Berkira Bila Kena Jaga Anak, Sama-Samalah Penat Agar Isteri Tidak Terbeban

app info
get app banner
  • Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

    Malu Nak Pujuk Suami Depan-Depan, Ini 15 Cara ROMANTIK Pujuk Lelaki Melalui SMS

  • Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

    Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

  • Suami Jangan Berkira Bila Kena Jaga Anak, Sama-Samalah Penat Agar Isteri Tidak Terbeban

    Suami Jangan Berkira Bila Kena Jaga Anak, Sama-Samalah Penat Agar Isteri Tidak Terbeban

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.