X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Melipat Baju 'Tuck In', Elak Bersepah Kalau Bayi Anda Suka Selongkar & Sepahkan Almari Pakaian

22 Sep, 2021
Cara Melipat Baju 'Tuck In', Elak Bersepah Kalau Bayi Anda Suka Selongkar & Sepahkan Almari Pakaian

Kali ini kami kongsikan cara melipat baju 'tuck in' yang sangat membantu anda jika anak anda sudah pandai menyelongkar almari bajunya!

Selongkar almari dan sepahkan baju di dalamnya antara kegemaran anak kecil terutama yang baru mula pandai meneroka. Jadi kali ini kami kongsikan cara melipat baju tuck in supaya ia sentiasa kemas dan ‘selamat’ walaupun di selongkar ganas.

Memang perkara biasa bagi bayi terutama yang baru berjalan, baru belajar untuk meneroka akan suka sangat melongkar almari baju mereka.

Kalau ibu tidak sibuk, tiadalah nak marah sangat, tetapi jika ibu sedang sibuk, mulalah rasa nak naik angin. Sudahlah penat melipat, ada pula yang ‘rajin’ sangat selongkar.

Cara melipat baju tuck in, elak baju bersepah teruk jika almari pakaian di selongkar bayi

Cara melipat baju

Kredit: ojie

Cara ini dikongsikan Ojie Ismail iaitu seorang ibu yang sudah pasti mempunyai pengalaman sama iaitu anaknya menyelongkar almari dan akhirnya bersepah!

Lipat baju baby cara saya..

Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju..

Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab, selongkar lah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.

Bila dah puas anak selongkar sampai laci kosong, ibu2 hanya perlu susunkan semula jer.. Dah tak payah penat2 lipat balik.. Cuma kemas2kan lipatan jika perlu..

Sesaja share, mungkin ada kawan2 yang mengalami masalah yang sama.. Kita lipat2, tak sampai 10minit dia dah selongkar balik..dah nak kena lipat lagi..rajin pulak aku update nih.. 

Cara lipat baju:

  1. Butangkan butang paling atas dan bawah..Kalau rajin butangkan semua pun boleh.
  2. Terbalikkan baju
  3. Letak seluar
  4. Lipatkan kaki seluar ikut panjang baju
  5. Lipat bahagian badan baju.. Pastikan bahagian bahu lurus.. Sbb nak create ‘pocket’
  6. Lipat lengan baju.
  7. Lipat lagi sebelah.
  8. Lipat 1/3 baju.
  9. Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.

Cara lipat tuala mandi:

  1. Lipat dua tuala. Cara ni juga boleh digunapakai untuk lipat kain lampin, kain bedung, selimut baby, sapu tangan, dan lain-lain

  2. Lipat 1/3 tuala
  3. Tuck in kan hujung tuala mcm ni

Kenapa bayi suka buat sepah? 

Cara melipat baju

Kredit: pa&ma

Apa yang perlu difahami, apabila anak membuat sepah ketika bermain, dia sebenarnya sedang merangsang sensori deria. Si kecil berpeluang untuk bereskperimen dengan deria sentuh, hidu, lihat dan dengar.

Selain itu, tangannya akan bergerak secara aktif dan secara langsung meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Secara semula jadinya, si kecil gemar bereksperimentasi kerana daya ingin tahu dan meneroka.

Fitrah kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap dunia persekitarannya. Pada peringkat umur ini, dia mula menguasai konsep yang dinamakan object permanence di mana dia memahami bahawa suatu objek itu wujud walaupun tidak kelihatan di hadapan mata.

Oleh itu, ini adalah sebab kenapa si kecil suka menyelongkar barang pada bahagian yang tersembunyi. Hakikatnya, dia sebenarnya sedang membuat eskplorasi dengan dunia kecilnya.

Tambahan pula bunyi pintu yang terhasil apabila membuka dan menutup laci atau peti sejuk itu memuaskan seperti suatu pencapaian baginya.

Dah sepah, kemas semula

Cara melipat baju

kredit: awal.my

Tidak terlalu awal untuk ibu bapa mendisiplinkan anak pada usia ini untuk menyimpan barang permainannya selepas bermain. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang akan mencorakkannya.

Anda sudah boleh mula mengajar si kecil untuk mengemaskan kembali barang permainan setiap kali sesi bermain tamat. Langkah ini bukan sahaja dapat memberi impak yang positif dalam rutin bermainnya, malah ia bagus untuk memupuk amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Pada masa yang sama, anda juga sebenarnya mendidik si manja untuk lebih bertanggungjawab terhadap barang kepunyaannya sambil merangsang kemahiran hidup.

Jika dalam keadana terlalu bersepah pun tidak okay juga kerana anak ada terlalu banyak benda untuk fokus akhirnya mereka langsung jadi tidak fokus. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit foto: ojieismail

Baca juga: Teknik Lipat Baju Dan Seluar Dengan Lebih Pantas Dan Efisien!

Baca juga: Cara Simpan Baju Bayi Yang Tidak Lagi Digunakan, No.3 Parents MESTI Buat

Baca juga: Cara Simpan Tudung Supaya Kemas & Mudah Gosok, Barulah Nanti Nampak Cantik!

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Cara Melipat Baju 'Tuck In', Elak Bersepah Kalau Bayi Anda Suka Selongkar & Sepahkan Almari Pakaian
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham