X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Rumah Kemas & Berkilat Di Pagi Raya, Ini 7 Rahsia Kemas Rumah Dengan Mudah

3 min bacaan
Rumah Kemas & Berkilat Di Pagi Raya, Ini 7 Rahsia Kemas Rumah Dengan Mudah

Rumah kemas, raya Aidilfitri tak lama lagi. Ikuti 7 cara ini mudahkan proses mengemas anda dan bersedia untuk menerima kedatangan tetamu

Selain pakaian dan makanan, persiapan menyambut hari raya yang dititik beratkan ialah kebersihan dan kekemasan rumah. Setiap kali menyambut perayaan, ketika itulah kita sekeluarga membersihkan dan mengemas rumah malah, kadangkala mengambil masa berhari-hari. Disebabkan banyaknya sudut dan ruang mahu dibersihkan, kita lakukan cara kemas rumah untuk jimat tenaga dengan kaedah ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 7 cara pastikan rumah kemas nak sambut raya

Bahkan dalam Islam juga sangat mengambil berat soal kebersihan persekitaran. Justeru dengan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, sudah tentu kita juga mahu rumah dalam keadaan kemas dan bersih. Kediaman kecil atau luas tidak penting kerana apabila ia sentiasa kemas dan bersih, barulah rasa selesa semasa tetamu datang ke rumah.

Cara pastikan rumah kemas nak sambut raya

1- Buang dulu, kemudian baru susun dan kemas

rumah kemas

Di rumah anda ada ruangan sempit disebabkan masih tersimpan barangan tidak diperlukan? Jika ada, sudah tiba masanya anda buang barangan yang sudah tidak digunakan.

Jika barangan tersebut boleh dikitar semula, boleh hantar ke pusat yang melaksanakan perkhidmatan kitar semula. Sekiranya masih boleh digunakan tetapi anda tidak mahukannya lagi, mungkin boleh diberikan kepada sesiapa atau jual saja dengan harga yang murah.

Selepas itu, barangan yang bersepah serta masih boleh digunakan pula disusun dan dikemas di tempat penyimpanan sepatutnya.

2- Jangan bertangguh

Apabila sudah memutuskan untuk mengemas rumah, pastikan semua kerja-kerja tersebut dilakukan sehingga habis.

Jangan bertangguh dengan melakukan kerja lain kerana perbuatan ini hanya akan membuatkan anda berasa malas untuk menyambut semula tugasan yang terbengkalai.

3- Fokus kawasan penting

rumah kemas

Boleh mulakan di kawasan menjadi tumpuan tetamu di hari raya. Misalnya, kemas ruang tamu dan kawasan meja makan terlebih dahulu sebelum mengemas di ruangan lain.

Jangan lupa untuk membersihkan dan sental bilik air. Ia juga tempat sering digunakan tetamu jika berkujung ke rumah. Segan jika tetamu menggunakan tandas dan bilik air dalam keadaan berlumut.

4- Mulakan di tingkat atas

Jika rumah anda bertingkat, sebaik-baiknya mengemas di tingkat paling atas terlebih dahulu supaya tidak perlu membersihkan habuk yang jatuh ke lantai.

Gunakan pengelap pakai buang untuk membersihkan meja, kerusi dan permukaan berkaca.

5- Minta tolong anak-anak

rumah kemas

Untuk mereka yang memiliki anak ramai, ini bonus kerana boleh lakukan ‘kerahan tenaga’ mereka bersama-sama membantu mengemas rumah.

Agihkan tugas kepada anak-anak mengikut kesesuaian umur jadi, kerja-kerja mengemas boleh diselesaikan segera dengan adanya kerjasama.

6- Bersihkan permaidani

kelima

Sewaktu sambutan hari raya, ketika inilah kita akan menggunakan karpet disimpan di dalam stor. Hanya digunakan untuk hari perayaan sahaja.

Biarpun tersimpan rapi, ia tetap perlu dibersihkan daripada habuk dan debu. Jika ada peruntukan lebih, boleh dihantar kepada perkhidmatan membersihkan karpet. Sekiranya mahu berjimat, bersihkan menggunakan mesin vakum sendiri juga boleh asalkan segala habuk dan debu dibuang.

7- Ikut kategori

Selepas kediaman hampir siap dikemas, tiba pula masanya anda menyusun perkakas mengikut kategori supaya mudah dicapai. Kaedah ini juga akan menjimatkan masa kerana anda pasti sibuk melayan tetamu yang datang pada hari raya nanti.

Jadi bolehlah anda bersama keluarga mengemas dengan cara ini sekali gus menjimatkan tenaga dan memudahkan kerja-kerja di rumah. Selamat mencuba.

Mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Tips Kemas Rumah Dengan Anak Dari Marie Kondo Untuk Ibu Bapa Yang Selalu Penat

Baca juga: Jom Bongkar 5 Rahsia Bagaimana Cara Kemas Rumah Agar Selalu Nampak Teratur Saja!

Baca juga: Tips Kemas Rumah Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Rumah Kemas & Berkilat Di Pagi Raya, Ini 7 Rahsia Kemas Rumah Dengan Mudah
Kongsikan:
  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.