X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Variasi Kek Sedap & Mudah Untuk Santapan Di Hari Raya, Buat Last Minute Pun Sempat!

5 min bacaan
Variasi Kek Sedap & Mudah Untuk Santapan Di Hari Raya, Buat Last Minute Pun Sempat!

Bulan Syawal bakal menjelma. Bagaimana persiapan anda sekeluarga Aidilfitri 2021? Jangan sedih tidak dapat pulang kampung, jom cuba resepi kek terkini!

Sudah hampir sebulan anda menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Kini, hari raya Aidilfitiri bakal menjelma tidak lama lagi. Biarpun kerajaan tidak membenarkan seluruh masyarakat pulang ke kampung, jangan sedih kerana hikmahnya anda dan pasangan dapat sama-sama menyediakan pelbagai juadah enak termasuklah mencuba resepi kek terkini!

Bagi mereka yang hilang mood beraya, ayuh bangkit kerana kalau bukan anda yang menjadikan Syawal kali ini tetap meriah, siapa lagi kan?

Resepi kek terkini untuk hidangan hari raya

Meskipun raya tahun ini membataskan kunjungan dari para tetamu, tidak ada salahnya anda dan pasangan bekerjasama menjadikan raya ketika pandemik Covid-19 ini lebih bermakna. Anda boleh memberi sedekah makanan kepada jiran tetangga.

Selain memasak juadah hidangan berat, anda mungkin ingin melengkapkan hidangan dengan pencuci mulut yang mudah dan tidak leceh untuk dibuat. Kami telah menyediakan aneka resepi kek terkini serta amat senang dibuat walaupun last minute!

#1. Kek sarang semut/ gula hangus

resepi kek terkini

Kredit: Facebook Loyang & Acuan

Bahan A:

  • 2 cawan gula dihanguskan
  • 2 cawan air panas

Apabila gula sudah hancur dan perang, masukkan air panas. Tambahkan 4 sudu makan mentega. Tutup api dan biarkannya sejuk.

Bahan B:

  • 6 biji telur
  • 1 sudu makan esen vanila
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 3/4 cawan tepung gandum-diayak
  • 2 sudu makan soda bikarbonat-diayak

Cara penyediaan

  1. Pukul telur, esen vanila dan susu pekat sehingga sebati. Masukkan bahan yang diayak dan kacau-kacaukan.
  2. Tambah bahan A. Gaul sebati dan tapiskan dahulu sebelum masuk ke dalam loyang.
  3. Perap sehingga 4 jam. Kemudian bakar dengan suhu 160 darjah celsius selama satu jam atau sehingga masak.

#2. Kek gulung berintikan buah strawberi

resepi kek terkini

Kredit: Tatyanas Everyday Food

Bahan-bahan:

  • 120g tepung kek
  • 20g tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 20g ovalatte
  • 120g gula kastor
  • 50ml minyak jagung
  • 6 biji telur
  • Jem strawberi

Cara penyediaan:

  1. Putar telur dan gula kastor sehingga kembang
  2. Masukkan esen vanila dan ovalatte, diikuti dengan tepung kek dan tepung jagung. Pukul seketika sehingga kembang.
  3. Masukkan minyak jagung dan gaul sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 18 minit.
  5. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Kemudian, sapukan dengan jem buah strawberi dan gulung sehingga padat. Sedia untuk dinikmati!

#3. Kek coklat moist

resepi kek terkini

Kredit: KeepRecipes

Bahan A

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan B

  • 1 1/2 cawan tepung gandum-diayak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat-diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik-diayak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur
  • Coklat masakan-untuk topping

Cara penyediaan

  1. Masak bahan A dalam periuk dengan api kecil sampai sebati. Sejukkan.
  2. Pukul telur sehingga kembang lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan bahan A, esen vanila dan sebatikan.
  3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Kacau selama 5 minit.
  4. Tambah adunan ke dalam loyang. Pastikan ditutup menggunakan aluminium foil agar wap air tidak menitik ke dalam adunan.
  5. Biarkan air dalam periuk pengukus mendidih dahulu. Barulah masukkan loyang selama 1 jam 10 minit. Jangan buka tutup pengukus sampai cukup masa.
  6. Setelah kek sejuk, anda boleh cairkan coklat dan tuangkannya ke atas kek. Siap!

#4. Kek carrot walnut cheese

aneka resepi kek mudah, resepi kek terkini

Bahan-bahan

  • 300g tepung gandum
  • 10g serbuk penaik
  • 250g mentega
  • 300g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 300g lobak merah (diparut)
  • 100g walnut (dicincang)

Bahan topping

  • 250g krim keju
  • 125g mentega
  • 125 gula aising

Cara penyediaan

Stories Rakan Kongsi
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji berserta esen vanila.
  2. Tambah tepung gandum, serbuk penaik, garam, soda bikarbonat dan serbuk kayu manis. Sebatikan adunan.
  3. Masukkan lobak merah dan walnut. Kacau rata adunan.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang, bakar pada suhu 150 darjah Celsius sehingga 1 jam.
  5. Topping: Pukul semua bahan sehingga sebati dan ketepikan.
  6. Setelah kek masak dan disejukkan, boleh letakkan topping mengikut kreativiti anda.

#5. Kek buah kurang manis

Variasi Kek Sedap & Mudah Untuk Santapan Di Hari Raya, Buat Last Minute Pun Sempat!

Kredit: Simply Recipes

Bahan-bahan

  • 250g mentega
  • 170g gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu makan orange sunquick
  • 4 biji telur
  • 230g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam
  • 250g buah-buahan campur + 2 sudu makan tepung gandum (digaul bersama)

Cara penyediaan

  1. Satukan 2 sudu makan tepung gandum dan buah-buahan kering campuran agar ia tidak mendap ke bawah kek.
  2. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan 2 sudu makan sunquick dan esen vanila.
  4. Dalam mangkuk lain, satukan soda bikarbonat, garam dan serbuk penaik bersama tepung gandum.
  5. Masukkannya sedikit demi sediki ke dalam adunan mentega sambil putar secara perlahan.
  6. Akhir sekali, masukkan buah-buahan campuran menggunakan kaedah kaup balik. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 45 minit. Siap!

Selamat mencuba dan selamat hari raya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bercadang Nak Buat Biskut Raya? Ini 7 Jenis Coklat Masakan Yang Biasa Jual Di Pasaran

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Makan tengahari
  • /
  • Variasi Kek Sedap & Mudah Untuk Santapan Di Hari Raya, Buat Last Minute Pun Sempat!
Kongsikan:
  • Sayang Pula Nak Makan! Kek Inspirasi Muskat, Tengkolok Diraja Dapat Pujian Di Media Sosial

    Sayang Pula Nak Makan! Kek Inspirasi Muskat, Tengkolok Diraja Dapat Pujian Di Media Sosial

  • Resepi Roti Bakar Meleleh, Confirm Anak Makan Tak Cukup Satu! Ibu Boleh Cuba, Senang Je!

    Resepi Roti Bakar Meleleh, Confirm Anak Makan Tak Cukup Satu! Ibu Boleh Cuba, Senang Je!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Sayang Pula Nak Makan! Kek Inspirasi Muskat, Tengkolok Diraja Dapat Pujian Di Media Sosial

    Sayang Pula Nak Makan! Kek Inspirasi Muskat, Tengkolok Diraja Dapat Pujian Di Media Sosial

  • Resepi Roti Bakar Meleleh, Confirm Anak Makan Tak Cukup Satu! Ibu Boleh Cuba, Senang Je!

    Resepi Roti Bakar Meleleh, Confirm Anak Makan Tak Cukup Satu! Ibu Boleh Cuba, Senang Je!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.