X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Paling Asli Dan Rasa Sedap Menyelerakan

3 min bacaan
Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Paling Asli Dan Rasa Sedap Menyelerakan

Siput sedut sememangnya satu menu kampung yang sangat menyelerakan, apatah lagi apabila digandingkan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.

Boleh dikatakan yang salah satu menu masakan kampung yang disukai ramai masyarakat kita adalah siput sedut masak lemak cili api. Ia sememangnya satu hidangan yang cukup menyelerakan, biarpun bagi mereka yang tiada selera makan, pastinya ia membuka selera.

Namun begitu, tahukah anda cara untuk memasak resepi asli siput sedut masak lemak cili api ini? Caranya mudah sahaja, tetapi sebelum itu, anda perlu tahu cara untuk membersihkan siput ini terlebih dahulu sebelum memasaknya.

Hidangan siput sedut masak lemak cili api ini hanyalah salah satu cara untuk memasak siput ini. Terdapat banyak lagi cara lain untuk memasaknya, tetapi biasanya ia menu masak lemak cili api adalah cara masakan untuk siput ini yang paling digemari ramai kerana rasanya yang berlemak dan pedas lazat.

Resepi ini adalah dikongsikan oleh Che Nom, yang mana terkenal dengan menu masakan kegemaran rakyat Malaysia. 

Bahan-bahan:

  • 700g siput belitung
  • 4 cawan santan sederhana cair
  • ATAU 2 kotak kecil santan + air
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1-2 ketul kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 8-10 tangkai cili padi
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa, jika suka

Cara-cara penyediaan siput sedut:

1. Cara-cara membersihkan siput:

  1. Rendam siput sampai tenggelam dan gosok-gosok kulit supaya lumpur dapat dibersihkan.
  2. Tapis dan bilas dengan air. Ulang proses 2 hingga 3 kali sampai air jernih. Nak berus satu – satu juga boleh.
  3. Rendam siput dengan air garam dan tutup selama 30 minit (tujuan untuk siput muntahkan pasir dalam siput tersebut).
  4. Bilas dengan air sekali lagi.
  5. Potong buang hujung ekor cengkerang anggaran 3 ruas siput supaya ada ruang udara untuk kita sedut masa makan nanti. Boleh guna gunting atau pisau potong daging untuk memotong.
  6. Celur siput dengan air panas anggaran 30 saat dan kacau-kacau.
  7. Toskan air dan ketepikan dulu.

2. Cara-cara untuk memasak siput sedut masak lemak cili api:

  1. Potong kasar cili padi, bawang merah kecil, bawang putih, halia (opsyenal), kunyit hidup (kalau tiada boleh ganti dengan kunyit sebuk).
  2. Masukkan bahan potong kasar dan air separuh tenggelam. Kemudian kisar halus.
  3. Serai, trim hujung akar dan batang, buang lapisan yang keras kemudian titik atau tumbuk serai.
  4. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Masak sampai naik wap panas (tapi belum mendidih).
  5. Masukkan santan dan garam. Kacau sebati.
  6. Untuk masakan lebih berlemak, boleh kaut masuk kepala santan (bahagian santan yang pekat dan terapung).
  7. Masukkan asam keping, serai dan koyak masuk daun kunyit. Kerap kacau sampai mendidih.
  8. Masukkan siput sedut dan kacau anggaran 5 minit atau sampai mendidih (naik gelegak sekali sahaja), tidak perlu masak lama sebab siput sudah dicelur tadi.
  9. Tambah santan, serbuk perasa dan garam mengikut selera masing-masing.
  10. Bila sudah mendidih sekali boleh tutup api dan hidang.
  11. Selepas masak biarkan siput terendam anggaran 1/2 jam barulah makan barulah kuah bergaul sebati dengan siput.

Tip memasak siput sedut masak lemak cili api:

  • Untuk siput muntahkan pasir dalam siput tu rendam dengan air garam dan tutup selama 30 minit.
  • Petua untuk elak santan pecah minyak, boleh letak garam masa awal-awal masak.
  • Boleh kaut masuk kepala santan (bahagian santan yang pekat dan terapung) untuk masakkan lebih berlemak.
  • Bila santan dah mula mendidih, kerap kacau untuk elak santan pecah.
Resepi Che Nom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Paling Asli Dan Rasa Sedap Menyelerakan
Kongsikan:
  • Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

    Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

  • Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

    Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.