Isteri 'Pergi' Ketika Dalam Pantang, Suami Bawa Anak Sambut Anniversary Di Pusara

undefined

Kematian isteri amat memberikan kesan yang mendalam terhadap suami dan anak-anak. Meskipun agak sukar untuk diterima, inilah takdir yang telah tertulis

Setiap hubungan rumah tangga yang dibina amat diharapkan berkekalan sehingga ke hujung usia. Namun tiada siapa tahu bilakah ajal datang menjemput, ada yang berdepan kematian isteri pada usia perkahwinan begitu singkat.

Lebih menyedihkan lagi, pemergian pasangan ini meninggalkan banyak kenangan bersama yang mungkin tidak akan dilupakan. Malah mungkin ambil masa bertahun untuk menerima takdir dengan hati terbuka.

Lelaki kematian isteri bawa anak ke pusara bagi menyambut ulang tahun perkahwinan bersama

isteri meninggal ketika dalam pantang

Pada tahun lalu, tular mengenai seorang suami berdepan kematian isteri tersayang, Norehan Zainal ketika dia masih menjalani tempoh berpantang selepas selamat melahirkan anak pertama mereka.

Menurut perkongsian Facebook, Izrul Mat Taib, isterinya tidak sempat melihat anak sulung mereka, Annur Ayesha membesar kerana telah dijemput Ilahi selepas 40 hari bersalin.

Difahamkan Norehan meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi darah beku pada bahagian jantung. Bermula detik itu, segala urusan mengurus dan membesarkan Ayesha dipikul olehnya sebagai bapa tunggal sehingga ke hari ini.

Selepas beberapa bulan pemergian Norehan, Izrul telah membawa anak mereka ke tanah perkuburan isterinya kerana mahu menyambut ulang tahun perkahwinan bersama-sama.

Dalam postingnya juga, Izrul sempat memaklumkan bahawa dia baru mendapat cuti untuk ke pusara Norehan demi menyambut ulang tahun perkahwinan.

Kematian isteri, suami luah rindu yang tiada penghujung

meninggal ketika berpantang

Selain itu dia turut menitipkan doa supaya roh isteri tersayang tenang di alam sana dan berharap suatu hari nanti mereka bertiga dapat ditemukan semula dalam syurga kelak.

Hari ini ulang tahun perkahwinan kita sayang yang ke-2 tahun. Sedih tak dapat sambut dengan awak.

Tahun lepas pun kita sambut biasa-biasa saja awak cakap takpa tahun depan kita sambut bertiga meriah sikit sebab ada anak. Tapi tahun ini kita sambut kat sini saja, cuma alam kita berbeza.

Kadang hati ini rasa redha, kadang tak. Saya sayang awak sangat-sangat. Terbayang-bayang awak ada lagi dengan saya. Dah lama nak melawat awak. Tapi hari ini saya ambil cuti nak bawa Ayesha jumpa awak sebab hari ini ulang tahun perkahwinan kita.

Kadang saya rasa down sangat-sangat tapi hidup perlu diteruskan, harap awak damailah di sana dan semoga awak ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Semoga suatu hari nanti kita dapat berkumpul keluarga kecil kita nanti di syurga. Saya dengan Ayesha sayang awak sangat-sangat. Awak sentiasa di hati saya. Love you sayang…

Melihat beberapa keping gambar yang dimuat naik olehnya, rata-rata warganet mengakui berasa sebak dengan ujian dihadapi oleh dua beranak ini.

Mereka juga berdoa agar lelaki berkenaan sentiasa tabah dalam membesarkan anak seorang diri dan berharap agar roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kematian isteri kerana melahirkan anak adalah syahid

meninggal kerana bersalin

credit to sources

Menggalas status sebagai seorang ibu sememangnya agak berat, namun Allah telah menjanjikan seribu satu nikmat buat golongan ini. Taraf anda dinaikkan sebagai seorang yang memegang status doa boleh dimakbulkan.

Disebabkan itulah anak-anak amat memerlukan keberkatan doa dari ibunya. Walau bagaimanapun perjalan menjadi ibu bukan mudah, proses melahirkan yang menyakitkan boleh mengorbankan nyawa diri sendiri.

Justeru wanita yang meninggal dunia kerana bersalin diberikan ganjaran status syahid. Syahid yang dimaksudkan bukannya seperti syahid tokoh Islam yang berperang dan mayat mereka tidak perlu dimandikan kerana menjadi saksi perjuangan mereka.

Namun syahid seorang ibu adalah disebabkan oleh ganjaran mereka di atas setiap pengorbanan, maka mereka mendapat status syahid di akhirat.

Ibnu Hajar ada menyebut bahawa syahid ialah apabila malaikat telah menyaksikan mereka meninggal dalam keadaan husnul khatimah (kematian yang baik).

Daripada Miqdam bin Ma’dikarib, Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: ”Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan, iaitu diampuni dosa darahnya mula keluar, melihat tempatnya di dalam syurga, dilindungi dari azab kubur, terjamin keamanannya dari malapetaka besar, dikahwinkan dengan bidadari dan diperkenankan memberi syafaat bagi 70 orang kerabatnya.” (HR Tirmizi, no.1663)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain- Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!