Suami Suka Tengok Video Lucah, Ketahui Sebab Dan Kesan Terhadap Hubungan Dengan Pasangan

Kenapa suami suka tengok video lucah adalah antara persoalan yang mungkin ditakuti oleh seorang isteri. Jika suami tonton video lucah, bantu dia atasi masalah itu.

Kenapa suami suka tengok video lucah, itu antara persoalan isteri yang sering dikatakan di media sosial. Mungkin ada yang kata memang lumrah lelaki tapi apapun alasannya, ia tetap menyakitkan. Artikel kali ini kami kongsikan kenapa suami suka tengok video lucah dan kesannya terhadap mereka.

Apa Itu Video Lucah?

Video lucah adalah video yang memaparkan adegan seksual yang bertujuan untuk merangsang seseorang secara seksual. Ia dikategorikan sebagai pornografi dan biasanya dikawal atau dilarang oleh undang-undang di banyak negara. Di Malaysia, kita memang melarang sebarang penghasilan, pengedaran dan menonton video lucah.

Video ini sering kali mengandungi kandungan yang tidak sesuai untuk umum, terutama golongan bawah umur, dan boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif sosial dan psikologi. Kandungan video lucah dianggap tidak bermoral oleh banyak budaya dan agama.

Jika seseorang terlibat dalam penghasilan atau pengedaran video lucah tanpa persetujuan pihak yang terlibat adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

kenapa suami suka tengok video lucah, video lucah, ketagihan pornografi, telefon, suami

Kenapa Suami Suka Tengok Video Lucah?

Terdapat beberapa sebab suami suka tengok video lucah bermula dari pemikiran ia tidak berbahaya sehinggalah mereka menjadi ketagih terhadap pornografi. Lagi-lagi sekarang semua perkara berada di hujung jari dengan kehadiran internet dan telefon pintar. Ini menyebabkan suami lebih mudah mengakses video lucah bila-bila masa dan di mana juga.

1. Suami Sukakan Rangsangan Seksual

Suami anda mungkin menikmati rangsangan seksual dan kepuasan yang mereka rasakan selepas itu. Menonton video lucah boleh memenuhi kemahuan mereka yang itu. Pornografi menyediakan bahan yang boleh merangsang mereka secara seksual dan memberi kepuasan atau pelepasan seksual yang mereka cari. Dalam konteks ini, pornografi berfungsi sebagai alat untuk mencapai pengalaman tersebut dengan mudah dan cepat.

2. Lelaki Sukakan Kepelbagaian Dalam Seks

Video lucah yang ditonton di internet menawarkan pelbagai pilihan, oleh itu mereka memilih untuk menonton pornografi. Pornografi menyediakan banyak jenis dan bentuk kandungan seksual yang berbeza dan mungkin dapat memenuhi keinginan mereka yang pelbagai. Dengan kata lain, pornografi menawarkan banyak pilihan adegan, gaya, dan situasi seksual yang berbeza, membolehkan mereka memenuhi fantasi dan keinginan yang mungkin tidak dapat dilakukan di dunia sebenar.

3. Keinginan Berbeza Dari Pasangan

Dalam kehidupan sebenar, mungkin anda mempunyai keinginan seksual berbeza dari suami. Namun, dalam dunia pornografi, suami anda boleh menonton apa sahaja kelakuan seks yang mereka inginkan. Apabila anda menolak untuk melakukan keinginan seksual suami anda, mereka akan memenuhi kemahuan itu menggunakan video lucah. Bukan sahaja suami tidak akan berasa penat untuk menonton, malahan pornografi juga akan menawarkan lebih banyak variasi kandungan seksual.

4. Dunia Pornografi Boleh Diramal Dan Dikawal

Kebanyakan lelaki sukakan sesuatu yang mudah diramal dan dikawal. Sama seperti video lucah dalam dunia pornografi, mereka tahu apa pengakhirannya. Namun sebaliknya pula bagi dunia nyata kerana ia susah untuk diramal dan ini membuatkan mereka sukar untuk mengawal pengakhirannya.

Video lucah menawarkan persekitaran yang boleh diramal dan dikawal, yang mana kandungan dan hasilnya adalah konsisten disamping dapat memenuhi kemahuan penonton. Ia juga memberikan ketenangan dan kepuasan kepada individu kerana dapat mereka berada dalam situasi yang stabil yang mungkin tidak dapat dicapai di dunia nyata.

5. Pasangan Berasa Penat

Mungkin anda mampu memenuhi kepuasan suami namun ada masanya anda mungkin berasa penat dan tiada tenaga tapi si dia pula sedang ghairah. Disebabkan itu, anda menolak untuk bersama mereka. Bagi memuaskan keghairahan mereka, suami akan menonton video lucah ketika dia bersendirian.

6. Seks Biasa Dengan Isteri, Seks Liar Dengan Video Lucah

Bagi lelaki, mudah untuk mereka melakukan ‘seks biasa’ dengan isteri tapi apabila menonton video lucah, mereka akan membayangkan perkara-perkara yang mereka mahu lakukan jika sedang melakukan ‘seks liar’.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, video lucah menawarkan pelbagai jenis kandungan. Mungkin suami anda lebih menyukai seks yang ditawarkan dalam video lucah namun tidak mahu untuk melakukannya dalam dunia nyata.

7. Kesibukan Pasangan

Sebagai pasangan yang bekerja, anda mengalami kesibukan di tempat kerja, sibuk menguruskan rumah tangga disamping turut menjaga keluarga anda. Disebabkan ini, mungkin suami anda berasa kesepian kerana anda tidak dapat memenuhi kemahuan seksualnya disebabkan kesibukan bekerja.

Suami anda mungkin berasa terasing dan mungkin tidak mempunyai masa atau peluang untuk membina hubungan seperti persahabatan secara mendalam dengan orang lain. Oleh kerana itu, mereka mengambil keputusan untuk menonton video lucah.

Sesetengah orang rasa puas dan selesa jika dapat melarikan diri daripada dunia realiti walaupun hanya sekejap. Video lucah menawarkan kepuasan yang cepat yang mungkin tidak dapat diperoleh di dunia sebenar.

8. ‘Instant Gratification’ Tidak Cukup Cepat

‘Instant gratification’ bermaksud keinginan untuk berasa puas. Dalam dunia yang serba moden sekarang, semua individu mahukan instant gratification. Pornografi menawarkan instant gratification bukan sahaja kerana mudah untuk diakses namun juga ia memberikan kepuasan yang cepat.

Dalam dunia yang mana kita mahukan sesuatu dengan cepat dan pantas, pornografi menawarkan perkara itu dan boleh dilihat sebagai penyelesaian apabila instant gratification tidak dipenuhi dengan cepat kerana semua individu dapat mengaksesnya tanpa memerlukan usaha atau menunggu lama.

Kesan Menonton Video Lucah

Ramai yang berpendapat semua lelaki menonton video lucah, oleh kerana itu kita perlu menerima hakikat itu. Untuk pengetahuan semua, perkara ini adalah tidak benar.

Menonton video lucah bukan sahaja boleh memberikan kesan negatif kepada suami anda, namun ia turut akan menjejaskan hubungan anda sebagai suami isteri. Sebenarnya, mengetahui kenapa suami suka tengok video lucah tidak sepenting mengetahui kesannya terhadap penonton.

1. Jika suami anda menonton video lucah, mereka boleh merosakkan hubungan dan keintiman emosi yang diperlukan untuk memastikan hubungan yang sihat dengan pasangan.

2. Sebagai isteri, sudah pastinya anda akan berasa seperti tidak ‘cukup’ buat suami apabila anda mendapati suami menonton video lucah. Wanita mana yang sanggup membiarkan suaminya menonton wanita lain?

3. Menonton video lucah juga boleh menurunkan keyakinan diri isteri untuk berkurang, sekaligus membuatkan mereka menolak untuk melakukan hubungan intim.

Walaupun menurut kajian lelaki lebih kerap menonton video lucah, namun ada juga wanita yang menikmati kandungan ini. Jenis video lucah yang ditonton mungkin berbeza namun kesannya terhadap hubungan dan pasangan tetap buruk.

Apa Anda Boleh Lakukan Jika Suami Menonton Video Lucah

Ketagihan menonton video lucah bukan salah pasangan. Malah kajian barat membuktikan ketagihan porno membawa kepada perbuatan menyalahkan pasangan atas ketidakpuasan seksual kerana tidak sama seperti yang diimaginasikan berdasarkan tontonan pornonya.

Dan ketahuilah porno tidak ditonton oleh mereka yang bohsia dan playboy sahaja. Porno diakses oleh semua pihak kerana porno bukan melihat kejadian berdarah. Antara usaha yang anda boleh lakukan untuk membantu suami adalah:

1. Jujur Dengan Suami

Beritahu suami anda yang anda mengetahui mereka menonton video lucah. Beritahu juga mereka yang tindakannya itu telah memberi kesan kepada hubungan anda dan juga meninggalkan kesan ke atas diri anda sebagai isteri mereka. 

2. Beritahu Secara Berkala Video Lucah Haram

Haram di sini bukan sahaja dosa antara pelaku dengan Allah yang boleh dimohon ampun bila-bila masa, tetapi turut melibatkan dosa pelaku dengan pasangan. Kekecewaan pasangan atas pengkhianatan tidak memerlukan waktu terakhir zina telah berlaku, tetapi dimulai oleh melihat tubuh telanjang perempuan/lelaki lain, imaginasi terhadap perempuan/lelaki lain dan paling buruk perbuatan membandingkan tubuh atau aksi pasangan dengan perempuan/lelaki lain.

3. Pantau Gajet Suami Secara Berkala

Lakukan pemantauan secara berkala terhadap gajet yang boleh diakses internet sama ada komputer, laptop dan telefon pintar. Alam maya dan gajet adalah sebahagian dari kehidupan manusia. Apa yang diakses, apa yang disimpan dan sebagainya adalah sebahagian dari perjalanan kehidupan.

4. Membina Semula Kepercayaan Dengan Pasangan

Langkah lain yang anda boleh ambil adalah sama-sama berusaha membina semula percaya dan kasih. Penting untuk pelaku yang telah bertaubat merasakan dia dipercayai semula kerana kepercayaan adalah kekuatan untuk pelaku menjadi lebih baik dan terus bermujahadah.

Jika anda dapat tahu suami menonton video lucah, beri peluang kepadanya untuk menebus kesalahan. Siapa tahu, suami anda boleh berubah demi menyelamatkan hubungan bersama anda. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Sebab Suami Selalu Tidak Jumpa Bila Cari Barang, Walaupun Ada Di Depan Mata!

Baca juga: 15 Topik Borak Dengan Pasangan Untuk Lebih Mengenali Dan Mesra, Hubungan Jadi Lebih Utuh

Baca juga: 50 Nama Panggilan Tersayang Unik, Buat Hubungan Suami Isteri Makin Romantis, Sayang Sentiasa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!