Mencari Kereta Besar Untuk Anak Ramai? Jom Survey 8 MPV Terbaik Malaysia Ini
Sudah tiba masa nak tukar kereta untuk keluarga? Jom semak artikel ini.
Apabila berkeluarga, salah satu perkara yang akan difikirkan oleh ibu ayah tentunya mendapatkan kereta baru yang lebih selesa. Hal ini mungkin tidak terkesan kepada yang mempunyai seorang anak, namun bagi yang mempunyai lebih daripada dua anak, sudah pasti akan terlintas untuk membeli kereta besar untuk keselesaan keluarga.
Apabila berbicara tentang keselesaan, ini bukan bermaksud si anak boleh berbaring atau berdiri di dalam kenderaan ya. Ini bermakna ibu ayah perlu ikhtiar untuk menempatkan kerusi bayi dengan muat di dalam kenderaan terutama bagi anak-anak yang masih kecil!
Nah, kereta apa yang sesuai ya?
Isi Kandungan
Kenali Perbezaan SUV dan MPV
Sebuah kenderaan MPV adalah direka untuk memuatkan sebuah keluarga besar. MPV boleh memuatkan di antara lima ke tujuh orang penumpang dengan selesa, sementara juga mempunyai lebih ruang untuk penyimpanan bagasi.
Jadi, pada asasnya, ia merupakan sebuat minivan yang sesuai untuk keluarga yang membesar kerana ia adalah terbaik dalam konsep praktikal, keselamatan dan pergerakan setiap hari.
Manakala sebuah SUV adalah dicipta untuk permukaan jalan yang mencabar. Ia selalunya mempunyai ruang penyimpanan yang luas berbanding kereta biasa tetapi dengan lebih look yang perkasa dan sporty dengan enjin memandu yang mudah.
SUV sesuai untuk keluarga yang selalu mengembara di kawasan jalan yang kasar atau mencabar atau situasi off-road kerana kenderaan ini bercirikan dengan ciri-ciri yang memastikan keselesaan sepanjang perjalanan anda.
Berikut adalah perbezaan antara SUV vs MPV yang mungkin ibu ayah boleh pertimbangkan sebelum memutuskan untuk membeli. Paling penting, bawa seisi keluarga untuk pandu uji agar anda lebih jelas dengan keselesaan dan keselamatan yang ditawarkan.
Perbezaan SUV dan MPV | SUV | MPV |
Kapasiti penumpang | Mempunyai 7 tempat duduk penumpang | Boleh membawa lebih jumlah penumpang |
Ruang storan | Terhad | Besar dan Praktikal |
Keselesaan | Sesuai untuk pemanduan jauh seisi keluarga dengan lebih banyak fungsi untuk keluarga | Sesuai untuk keluarga yang suka menggembara kerana bersifat ladder frame lasak |
Pemanduan | Praktikal di bandar kerana mudah parkir dan tahan lasak | Mudah keluar masuk kerana lantainya yang cecah ke bumi dengan kemudahan sliding door |
Penjimatan | Jimat api kerana reka bentuk seakan kereta | Menggunakan banyak tenaga kerana seperti rumah bergerak |
Memilih Kereta Besar Yang Ideal Untuk Keluarga
Apa yang menjadikan kereta keluarga ideal? Jika parents tidak pasti di mana memulakan carian, berikut senarai semak perkara yang perlu dicari ketika memutuskan model yang sempurna untuk kegunaan keluarga:
- Ruang -Ruang dalam kereta keluarga adalah sangat penting ya, jadi tengok dahulu jika boleh memuatkan kesemua kerusi keselamatan anak-anak.
- Keselamatan– Sebilangan besar kereta moden mempunyai spesifikasi keselamatan yang baik, jadi anda tidak perlu terlalu banyak kesulitan mencari kenderaan yang memenuhi keperluan anda.
- Harga berpatutan dan ekonomikal – Kereta yang direka untuk keluarga cenderung lebih mahal daripada kereta bandar yang lebih kecil. Namun ada juga yang tidak. Pastikan harga kereta berbaloi dan bersesuaian dengan kemampuan anda.
Ingat ya, sebelum membuat keputusan muktamad, tanya dahulu adakah pembelian ini berbaloi? Selamat membeli!
8 Kereta Besar MPV Terbaik Malaysia
Ibu ayah boleh sahaja mendapatkan kenderaan secondhand tetapi kereta yang lebih baru akan memberi anda lebih banyak kebolehpercayaan, dan pastinya tidak pernah terlibat dengan kemalangan dan sebagainya.
Apa yang penting, pilih dengan teliti. Berikut merupakan jenis jenis kereta yang sesuai untuk keluarga pilihan kami:
Mitsubishi Expander
Kereta Besar Terbaik Banyak Ruang Dan Selesa
Mitsubishi Expander antara kereta besar MPV terbaik dengan kereta 7 seater yang boleh memuatkan 7 ahli keluarga dengan selesa! Expander adalah kereta praktikal dengan banyak ruang untuk mengatur barang seperti kotak kargo, konsol tengah besar, ventilasi udara belakang dan lantai but dua tingkat.
Pilihan warna kereta MPV yang ada adalah Quartz White Pearl, Diamond Black, Titanium Grey, Red Metallic.
Apa yang kami suka?
- Banyak ruang untuk penumpang, ruang but maksimum 1.630 liter
- Menyokong Android Auto dan Apple CarPlay
- Kereta 7 seater yang selesa, dengan ruang kepala dan kaki yang mencukupi.
- Smart Storage (boot belakang) dengan cargo floor box beserta penutup
Keselamatan
- Beg udara SRS Pemandu & Penumpang
- Kawalan Kestabilan Aktif dengan Traction Control (ASTC)
- Bantuan Permulaan Bukit (HSA)
- Peringatan Rehat
- Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
- Sistem Brek Over-ride (BOS)
- Perakam Video Memandu *
- Monitor dengan Garis Panduan *
Harga
- Bermula RM 100,980*
Toyota Innova
Kereta Besar Terbaik Ciri-ciri Dalaman Mewah
Kenderaan ini popular kerana ciri-cirinya seperti utiliti penghantaran, prestasi, dan keselesaan. Toyota Innova mempunyai bahagian dalaman yang mewah dengan susun atur yang halus dan ciri-ciri berkualiti seperti lampu depan automatik.
Kereta MPV ini bukan sahaja menawarkan kemewahan tetapi juga menyediakan sejumlah besar ruang yang memastikan perjalanan yang selesa. Ciri keselamatan kenderaan ini juga termasuk dalam kategori terbaik termasuk beg udara dan sistem brek Anti-kunci.
Apa yang kami suka?
- Boleh memuatkan 8 orang penumpang
- 7 beg udara dan kawalan kestabilan untuk semua varian
- Sokongan Android Auto dan Apple CarPlay
- Casis bingkai tangga kasar
- 2.0X dengan lampu LED mewah dan tempat duduk kapten
Keselamatan
- Dilengkapi dengan tujuh beg udara (termasuk satu untuk lutut pemandu)
- ABS dengan EBD dan bantuan brek
- Hill-Start Assist Control (HAC)
- Vehicle Stability Control (VSC)
- Traction Control (TRC)
- Kamera belakang
- ISOFIX
Harga:
- Bermula RM 138, 880
Proton Exora
Kereta Besar Terbaik Harga Berpatutan
Lebih minat kereta buatan Malaysia? Proton Exora pasti memenuhi kehendak anda. Walau bagaimana pun, jika mahu memasang tempat duduk bayi, harus diingat yang kereta ini tidak dilengkapi Isofix ya!
Tempat duduk kereta MPV ini menawarkan sokongan yang baik, juga dilengkapi dengan berbagai penyesuaian dan konfigurasi yang menjadikan Proton Exora sangat serbaguna dan praktikal. Pilihan warna yang ada adalah Cocoa Grey, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red dan Snow White.
Apa yang kami suka?
- Kereta 7 seater, boleh memuatkan 7 penumpang
- Harga berpatutan
- MPV turbocharged termurah di Malaysia
- Penyaman udara belakang untuk penumpang baris kedua dan ketiga
Keselamatan
- Penarafan NCAP Euro/NCAP ASEAN
- Beg udara tempat duduk penumpang / pemandu hadapan
- Peringatan tali pinggang keledar
- Brek Kecemasan Autonomi
- Sistem Maklumat Titik Buta
- Amaran Perlanggaran
- ABS / EBD
Harga:
- RM 69,800
Kia Carnival
Kereta Besar Terbaik Boleh Muat 11 Orang
Sama seperti di bahagian luar, kabin dalaman Kia Grand Carnival menyambut anda dengan tema XXL, dengan keseluruhan kabin terasa sangat luas. Tempat duduk yang besar, tema warna hitam dan kuning dwi dan tingkap sisi yang besar menjadikan kabin terasa lapang.
Grand Carnival boleh didapati dalam 8 warna yang berbeza – Clear White, Silver Bright, Formal Deep Blue, Snow White Pearl, Silky Silver, Aurora Black Pearl, Titanium Brown dan Platinum Graphite.
Apa yang kami suka?
- Boleh memuatkan 11 orang penumpang
- Bahagian dalaman yang elegan
- Ruang kabin yang besar
- Kualiti perjalanan yang selesa
Keselamatan
- Beg udara pemandu/penumpang
- Kunci keselamatan kanak-kanak
- Sistem brek anti-kunci
- Ebd
- Sistem kawalan kestabilan kenderaan
- Tali pinggang keledar belakang
- Amaran tali pinggang keledar
- Cermin pandangan belakang siang & malam
- Kamera belakang
- Sensor parkir
- Kerosakan Sensor
- Amaran Pemeriksaan Enjin
- Amaran Pintu terbuka
Harga:
- RM 213,888
Proton X70
Kereta Besar Terbaik Tempatan Bercirikan Mewah
Sekiranya anda mencari jenis jenis kereta yang mempunyai dimensi terbesar , Proton X70 terasa sangat luas di dalamnya. Ruang kaki, ruang lutut dan ruang kepala di belakang setanding dengan sedan premium juga!
Proton X70 adalah yang terpanjang di kelasnya, memberikan Proton X70 kelihatan lebih mahal di luar.
Apa yang kami suka?
- Boleh memuatkan 5 orang penumpang
- Nilai wang yang baik
- Tenang dan selesa
- Ciri keselamatan tahap tinggi
Keselamatan
- 6 beg udara, ESC, TCS (semua varian)
- AEB, FCW, ACC, LDW, BLIS, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (varian Premium dan Premium X sahaja)
- Kamera 360 (Varian eksekutif dan seterusnya)
- Tempat duduk depan berventilasi
- Airvents belakang
Harga:
- RM 98,800 – RM128,800
Perodua Aruz
Kereta Besar Terbaik Tahan Lasak Dan Sangat Moden
Untuk kereta keluarga kompak dengan kereta 7 seater yang biasanya digayakan secara konservatif, Perodua Aruz kelihatan sangat menarik. Pelbagai corak gaya yang jelas terinspirasi oleh SUV kompak moden, yang menjadikannya kelihatan agak lasak dan sangat moden pada masa yang sama.
Perodua Aruz adalah salah satu jenis jenis kereta SUV atau kereta besar paling popular di pasaran Malaysia!
Apa yang kami suka?
- Boleh memuatkan 7 orang penumpang
- 6 beg udara dan kawalan kestabilan untuk semua varian
- Tempat duduk di barisan ketiga menawarkan keselesaan yang baik
- Spesifikasi teratas mendapat ASA 2.0
Keselamatan
- Gabungkan Advanced Safety Assist 2.0 (ASA 2.0) syarikat
- Pengesanan pejalan kaki (hingga 50 km / jam), sementara kecepatan operasi Peringatan Pra
- Perlanggaran telah ditingkatkan menjadi 100 km / jam dan Pra-Perlanggaran Braking menjadi 80 km / jam.
- Kawalan Salah Laku Pedal dan Makluman Berlepas Depan.
- Dilengkapi dengan 6 beg udara
- Kawalan kestabilan
- Kawalan daya tarikan.
Harga:
- RM 72, 900 – RM 77, 900
Toyota Avanza
Kereta Besar Terbaik Jimat Minyak
Toyota Avanza boleh memuatkan 7 orang penumpang, namun untuk baris terakhir sesuai disediakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak tinggi. 4 warna ditawarkan yang termasuk Metallic Black Metallic, White, Dark Red Mica dan Silver Mica Metallic
Apa yang kami suka?
- Boleh memuatkan 7 orang penumpang
- Rupa moden
- Bahagian dalaman yang diperbaiki
- Jimat minyak
Keselamatan
- Beg udara pemandu
- Beg udara penumpang
- Kunci keselamatan kanak-kanak
- Sistem brek anti-kunci
- Ebd
- Tali pinggang keledar belakang
- Amaran tali pinggang keledar
- Kamera belakang, Sensor tempat letak kereta
- Sensor kerosakan, Amaran pemeriksaan enjin
- Amaran pintu terbuka
- Amaran Titik Buta
- Sistem Perakam Video Digital (DVR)
Harga:
- RM80, 888- RM 97, 888
Proton X90
Kereta Besar Terbaik Dengan Rekaan Tempatan
Berbeza dengan kereta besar yang lain, Proton X90 tampil dengan rekaan moden dan mewah iaitu fokus kepada ketersambungan, gaya ergonomik dengan semua butang praktikal.
Ia menawarkan pelbagai pilihan warna menarik untuk anda. Antaranya ialah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Ruby Red & Marine Blue.
Tersedia dalam 4 varian dari Standard hingga Flagship, Proton X90 menjanjikan ruang dan boleh memilih ingin konfiguransi dengan 7 tempat duduk atau 6 tempat duduk mengikut jumlah ahli keluarga. Ia hadir dengan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Comfort dan Sport.
Proton X90 dikatakan setara dengan pesaingnya seperti Kia Sorento, Mazda CX-8 dan Hyundai Santa FE tetapi jauh lebih murah.
Apa yang kami suka?
- Empat varian tersedia
- Memuatkan 6 atau 7 orang penumpang
- Reka bentuk premium
- Pelbagai pilihan warna eksklusif
- Jimat minyak
- Memenangi anugerah sistem sinergi motor elektrik 48V
Keselamatan
- Brek parkir elektronik dengan fungsi ‘auto hold’
- Pengesanan amaran pelanggaran belakang dan lintasan trafik belakang.
- 2 cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix di belakang
- Bantuan parkir automatik
- Kamera 360 darjah dengan imej 3D
- Sistem pemantau tekanan angin tayar (TPMS)
Harga:
- RM123,800-RM 152,800
Perbandingan Harga Kereta Besar Terbaik
Jenis-jenis kereta | Tempat duduk | Harga (RM) |
Mitsubishi Expander | 7 | RM100,980 |
Toyota Innova | 8 | RM 138, 880 |
Proton Exora | 7 | RM 69,800 |
Kia Carnival | 11 | RM 213,888 |
Proton X70 | 5 | RM98,800 – RM128,800 |
Perodua Aruz | 7 | RM 72, 900 – RM 77, 900 |
Toyota Avanza | 7 | RM80, 888- RM 97, 888 |
Proton X90 | 7 | RM123,800 – RM 152,800 |
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Cara Penjagaan Asas Kereta
Kalau tahu memandu, pastikan anda juga tahu cara penjagaan asas kereta bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada kereta. Ia juga bertujuan supaya pemanduan anda kekal lancar tanpa berdepan dengan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.
Ikuti tips penjagaan asas kereta yang betul walaupun ia kedengaran remeh tetapi sangat membantu dalam pemanduan seharian, apatah lagi jika ingin berjalan jauh.
1. Minyak enjin
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan periksa keadaan minyak enjin anda terlebih dahulu. Tarik dipstick dan lap menggunakan tisu atau kain sehingga kering. Masukkan dan keluarkan semula untuk menyukat kuantiti minyak enjin.
Cara ini lebih tepat kerana tidak akan menyebabkan anda keliru dengan percikan minyak pada dipstick yang menyukarkan lagi bacaan minyak enjin.
2. Penyejuk (Coolant)
Penyejuk udara berfungsi untuk melindungi enjin dari mengalami panas melampau atau overheat ketika cuaca panas dan membeku ketika cuaca sejuk. Cara periksa coolant adalah dengan buka penutup radiator dan lihat jika terdapat bendalir cololant.
Awas, jangan sesekali buka penutup radiator ketika enjin masih panas atau semasa enjin sedang dihidupkan. Tekanan yang kuat didalamnya akan menyebabkan air tersembur keluar.
3. Minyak brek
Bendalir brek penting supaya brek dapat berfungsi dengan baik terutamanya ketika kecemasan. Cara untuk periksa minyak brek adalah dengan memastikan minyak dalam keadaan penuh dan jernih. Jika kurang, anda boleh tambah.
Sekiranya minyak sudah kotor, perlu gantikan dengan minyak baru supaya tidak menganggu sistem brek berfungsi.
4. Bateri
Untuk memeriksa keadaan bateri kereta, cuba hidupkan enjin kereta anda. Jika ia mengambil masa 3-5 saat itu normal, melainkan jika melebihi tempoh waktu ini. Ia menandakan sudah tiba masanya untuk anda menukar bateri kereta yang baru.
Sekiranya bunyi penggera kereta tiba-tiba berbunyi juga salah satu tanda bateri kereta anda sudah rosak dan perlu diganti dengan yang baru.
5. Tekanan tayar
Tekanan tayar merupakan elemen yang sangat penting dalam pemanduan. Jika tekanan tayar kurang, ia boleh menyebabkan bunga tayar tidak seimbang dan mendatangkan bahaya. Semak info pada pelekat di bahagian pintu tentang paras tekanan tayar yang sesuai untuk kereta anda.
Tips Perjalanan Jauh Dengan Kanak-kanak
Roadtrip tidak kira sama ada pulang ke kampung halaman atau pun pengembaraan ke destinasi percutian dengan kereta pastinya satu pengalaman yang setiap keluarga impikan dalam meluangkan masa bersama tetapi pastinya kita tidak mahu ia bertukar menjadi satu perjalanan yang membosankan atau penuh tekanan bukan?
Apatah lagi dengan membawa anak kecil, semestinya ibu ayah mahukan memori yang terindah ketika pengembaraan.
Jadi di sini kami kongsikan beberapa tips perjalanan jarak jauh dengan kanak-kanak, agar mereka sentiasa kekal selesa dan teruja dengan pengembaraan kalian satu keluarga.
1. Mengemas beg pengembaraan
Beg lembut adalah mudah untuk diselitkan ke dalam sebuah kereta yang padat. Apa yang ibu ayah perlu pastikan adalah apa yang disediakan di destinasi penginapan sebelum mengemas beg pengembaraan dan hanya bawa yang penting.
Tetapi jangan lupa stroller bayi ok! Ia amat berguna jika anak anda penat berjalan, sekaligus tidak memenatkan anda sebagai ibu ayah untuk mendukung pula.
2. Tisu basah
Dengan norma kehidupan baru kita masa kini memerlukan tisu basah antibakteria di dalam setiap beg kita, apatah lagi jika ke destinasi jauh dari kediaman kita.
Semestinya tisu basah adalah sangat berguna untuk mengelap tangan yang melekit atau kotor sebelum dan selepas atau boleh juga membersihkan kotak jus epal yang bocor.
3. Muzik
Audio menambah satu dimensi berbeza ke dalam hiburan di dalam kereta. Tetapi hati-hati, pilih sesuatu yang menarik untuk seisi keluarga, melainkan anda menggunakan headphone, pemandu boleh pada akhirnya jadi sakit kepala jika muzik tidak kena suasana.
Kita mainkan muzik yang kita semua boleh nikmati dan teruja untuk pengembaraan.
4. Elektronik
Tak dinafikan yang ramai ibu bapa sebenarnya love hate akan relationship anak dengan teknologi tetapi kali ini untuk pengembaraan jarak jauh khususnya boleh jadi satu pengecualian.
5. Snek
Tak sah kalau roadtrip tanpa makanan. Masalahnya adalah ia boleh membuatkan kereta anda jadi bersepah. Pek snek yang sihat seperti bijirin penuh, biskut, buahan seperti anggur di dalam beg kekunci zip, dan pastikan yang anda bawa sekali plastik sampah untuk membuang semua sampah.
6. Stopover
Si kecil juga perlu bergerak. Lumrahnya kita tahu bahawa kanak-kanak sememangnya aktif bergerak, jadi lakukan beberapa sesi berhenti di kawasan rawat dan rehat ketika dalam perjalanan jauh.
Ambil peluang itu juga untuk berhenti berehat serta meregangkan badan yang penat memandu atau bagi si ibu yang penat duduk terlalu lama ketika roadtrip.
Kami harapkan yang artikel ini cukup bermanfaat buat ibu ayah yang sedang merancang untuk upgrade kenderaan kalian seiring dengan rancangan untuk membesarkan keluarga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Tips Untuk Perjalanan Jauh Dengan Kereta Bersama Kanak-Kanak
Baca juga: 6 Kelebihan Kereta Mainan Pada Anak Lelaki, Ibu Ayah Kena Terus Sokong Minat Mereka