Nafsu Untuk Bersetubuh Meningkat, Adakah Selamat Beronani Ketika Hamil?
Kerap bersama suami ketika hamil dikatakan dapat memudahkan proses bersalin. Namun bagaimana jika berjauhan dari suami? Kesan melancap ini mungkin membantu!
Keinginan untuk melakukan persetubuhan pasti akan terhalang sekiranya anda dan pasangan berada berjauhan. Namun, bagaimana pula jika anda sedang hamil ingin melepaskan desakan nafsu ini? Tentu sahaja kesan melancap dapat membantu!
Bagi kebanyakan orang, ia adalah topik yang tidak sesuai untuk dibincangkan secara terbuka. Tetapi tidak ada salahnya jika untuk menambah pengetahuan setiap individu.
Kesan melancap ketika hamil
Tidak dinafikan bahawa ramai individu termasuk pakar mengatakan beronani adalah sesuatu perbuatan yang normal. Hakikatnya ia dilakukan oleh kebanyakan lelaki mahupun wanita bagi tujuan kepuasan.
Persoalannya, bagaimana pula sekiranya anda sedang hamil? Adakah selamat untuk melakukannya atas beberapa alasan sukar untuk bersama pasangan?
Tempoh kehamilan adalah sesuatu yang mencabar kerana ia mampu mengubah segala-galanya. Ketika perut anda semakin membesar, kebanyakan ibu akan mengalami perubahan fizikal serta mental.
Tidak hanya berdepan keadaan seperti morning sickness, mood tidak menentu atau keletihan, sesetengah ibu turut mengalami peningkatkan hormon progesterone dan estrogen iaitu keinginan untuk bercinta.
Sekiranya suami tidak larat melayan, tidak bersama dengan anda kerana tuntutan kerja atau hubungan jarak jauh, mungkin ibu cenderung untuk beronani.
Walaupun perbuatan ini adalah dilarang di sisi agama, namun tidak dinafikan bahawa sememangnya ramai individu gemar melakukannya. Menurut pakar, kesan melancap semasa mengandung adalah normal dan memberikan pelbagai manfaat. Antaranya:
#1. Membantu mengurangkan stres
Apabila anda orgasme selepas melancap, hormon oxytocin akan dilepaskan ke dalam badan. Hal ini menjadi sebagai pelega tekanan secara semula jadi.
#2. Meningkatkan kualiti tidur
Apabila perut ibu semakin membesar, anda mungkin boleh bergantung kepada melancap sebagai cara menurunkan tekanan darah dan melepaskan hormon endorfin yang sekaligus membantu anda tidur lebih lena.
#3. Memudahkan proses bersalin
Dinding pelvik yang kuat memberikan manfaat ketika anda melalui proses bersalin. Kesan melancap mampu membantu ibu tanpa memerlukan sebarang sentuhan dari pasangan.
#4. Meningkatkan perasaan gembira
Tahukah anda bahawa kepuasan seks berkait rapat dengan perasaan seseorang? Dengan melancap membuatkan anda berasa lebih gembira untuk mengharungi perjalanan setiap hari dengan sangat mudah!
Namun, anda perlu berhenti dari melakukannya jika mengalami masalah seperti berikut:
- Keluar pendarahan melalui faraj
- Air ketuban pecah
- Berisiko tinggi melahirkan bayi pramatang
- Kehamilan dengan uri berada di bawah
Selamatkah beronani ketika mengandung?
Bagi ibu masih tidak tahu, beronani adalah perbuatan yang selamat untuk dilakukan walaupun ada beberapa ketika anda perlu menghentikannya.
Sekiranya ibu bebas dar keadaan yang dinyatakan seperti di atas, maka melancap semasa hamil adalah perbuatan normal untuk anda.
Beberapa tips penting ini membantu meningkatkan tahap keselamatan anda ketika nafsu bercinta datang menyerang:
- Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan risiko dinding faraj tercedera akibat kesan melancap.
- Bersihkan terlebih dahulu jari dan tangan. Sila cuci menggunakan air sabun setiap kali sebelum atau selepas beronani.
- Sentiasa pastikan peralatan seks seperti vibrator atau dildo yang anda ingin gunakan adalah milik sendiri dan bukannya dipinjam dari orang lain. Perkongsian sex toy ini akan menyebabkan penyebaran penyakit jangkitan kelamin (STD) antara manusia
- Jangan gunakan objek asing untuk beronani kerana ia mungkin membawa bakteria dan virus. Risiko bahaya juga boleh berlaku jika anda menggunakan objek kecil dan tajam kerana ia akan melekat dan menecederakan faraj.
- Menggunakan pelincir. Sebelum memasukkan jari ke dalam faraj, ibu boleh menggunakan pelincir agar menjadikan anda lebih puas dan mengelakkan masalah faraj kering.
Untuk lebih selamat, anda boleh gunakan kondom bagi menyarungkan pada sex toy. Ini adalah satu tindakan yang efektif dalam usaha mengelakkan STD.
Namun, pastikan anda membuang dan menukar kondom selepas digunakan biarpun baru sekali.
Kesimpulannya, beronani adalah perkara semula jadi dan selamat bagi kehamilan berisiko rendah. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai kehamilan berisiko tinggi atau diminta oleh doktor untuk menahan diri dari aktiviti seksual, ibu hendaklah berbuat demikian.
Adalah penting untuk anda memahami apa yang selamat dan apa yang tidak agar bayi dalam kandungan tidak menerima kesan bahayanya.
Sumber: Hello Doctor
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan