Kepentingan Menjaga Kesihatan Usus Lebih Jauh Dari Sangkaan Anda

undefined

Ramai orang masih menganggap kesihatan usus hanya berkaitan dengan penghadaman. Hakikatnya, usus memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan mood, mengawal stres, dan kesejahteraan emosi.

Advertisement

Stres kian menjadi norma dalam kehidupan seharian kita. Antara kerja, keluarga, tanggungjawab, notifikasi yang tiada henti, dan bebanan mental, ramai warga dewasa merasakan diri mereka semakin kerap dilanda tekanan. Pada ketika kita cuba memberi fokus terhadap waktu tidur, senaman, atau kebolehan mengimbangi segalanya, ada satu faktor penting yang sering diabaikan: kesihatan usus.

Ramai orang masih menganggap kesihatan usus hanya berkaitan dengan penghadaman. Hakikatnya, usus memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan mood, mengawal stres, dan kesejahteraan emosi. Hubungan unik ini dikenali sebagai “hubungan usus-otak” (gut-brain connection), dan dengan memahaminya, kita akan lebih tahu mengapa menjaga usus sebenarnya boleh membantu diri kita merasa lebih bahagia dan lebih tenang dalam kehidupan seharian.

Memahami Paksi Usus-Otak, Otak Kedua Anda

Usus seringkali dirujuk sebagai otak kedua, dan sudah tentu ada sebab yang kukuh. 

Usus dan otak kita sentiasa berhubung menerusi satu sistem saraf, hormon, dan utusan kimia yang kompleks, yang dikenali sebagai paksi usus-otak. Signal-signal bergerak dari dua arah, bermakna apa yang berlaku di dalam usus boleh mempengaruhi perasaan anda dari segi emosi dan mental. 

Usus kita mengandungi jutaan sel saraf dan menghasilkan neurotransmiter yang sama seperti yang terdapat di dalam otak. Apabila usus anda sihat dan seimbang, komunikasi ini berjalan dengan lancar, namun apabila kesihatan usus terganggu, anda akan merasai impaknya dari segi mood, fokus dan bagaimana anda berdepan dengan stres setiap hari. 

Mengapa Usus Yang Sihat Membantu Anda Rasa Lebih Gembira

Usus Yang Sihat Membantu Anda Rasa Lebih Gembira

Ini satu fakta menarik. Lebih kurang 90% jumlah Serotonin, iaitu hormon gembira, dihasilkan di dalam usus, dan bukannya otak.

Serotonin membantu menyokong kestabilan emosi dan memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana kita berdepan dengan stres. Apabila usus anda sihat, penghasilan serotonin mendapat sokongan yang lebih baik, lantas membantu anda merasa lebih tenang, positif dan stabil dari segi emosi. 

Itulah sebabnya mengapa penjagaan usus bukan sahaja berkaitan dengan kesihatan fizikal. Usus yang sihat menyokong anda untuk tampil lebih sihat, sejahtera dan gembira.

Kepentingan Serotonin Untuk Mood dan Stres

Kepentingan Serotonin Untuk Mood dan Stres

Jadi apakah sebenarnya serotonin, dan mengapakah ianya begitu penting? 

Serotonin merupakan neurotransmiter yang membantu menstabilkan emosi, mengawal tahap stres, dan meningkatkan ketenangan dan tidur yang berkualiti. Ianya juga menyumbang kepada daya fokus dan ketenangan mental yang lebih baik, dua perkara yang mengganggu ramai orang dewasa di waktu sibuk.   

Apabila tahap serotonin adalah rendah, kita akan terasa lebih tertekan, terbeban, justeru menyebabkan kemurungan. Menyokong penghasilan serotonin menerusi kesihatan usus yang baik ialah cara yang praktikal dan semula jadi untuk menyokong kesejahteraan mental dalam kehidupan seharian kita. 

Menyokong Hubungan Usus-Otak dengan VITAGEN

Menyokong Hubungan Usus-Otak dengan VITAGEN

Salah satu cara paling mudah dan efektif untuk menyokong kesihatan usus ialah menerusi pengambilan probiotik. Probiotik merupakan bakteria baik yang membantu mengekalkan keseimbangan di dalam usus. 

VITAGEN ialah minuman susu kultur yang Terbukti Secara Klinikal dan telah dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak tahun 1977. Sebagai minuman susu kultur pertama di Malaysia, VITAGEN telah membantu meningkatkan kesihatan usus rakyat Malaysia selama hampir lima dekad.  

Setiap botol VITAGEN mengandungi berbilion kultur probiotik hidup dan dirumus khas dengan 2 strain, iaitu Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei. Probiotik ini membantu meningkatkan kesihatan usus untuk memelihara kesejahteraan mental anda.  

Kajian Klinikal yang dijalankan oleh Kumpulan Penyelidikan GUT, Fakulti Perubatan, UKM menunjukkan bahawa pengambilan VITAGEN setiap hari meningkatkan pengeluaran serotonin sebanyak 47 peratus, sekaligus membantu memperbaiki mood dan melegakan stres.

Diperbuat daripada jus buah-buahan asli dan kurang gula, VITAGEN sememangnya lazat dan pilihan mudah setiap hari untuk dewasa dan keluarga yang ingin menjaga kesihatan usus mereka dengan cara yang ringkas.

Bukan Hanya untuk Kanak-kanak, Malah Dewasa Juga

kesihatan usus juga penting bagi golongan dewasa

Ramai ibu bapa sudah pun memberikan probiotik kepada anak-anak mereka sebagai sebahagian daripada rutin harian. Namun, kesihatan usus juga penting bagi golongan dewasa, terutamanya dalam menguruskan tekanan harian dan kesejahteraan emosi.

Waktu kerja yang panjang, waktu makan yang tidak teratur, kurang tidur, dan tekanan mental yang berterusan boleh menjejaskan keseimbangan usus anda. Dengan menyokong kesihatan usus, anda dapat menangani stres dengan lebih baik, mengekalkan keseimbangan emosi, dan berasa lebih positif sepanjang hari.

Menjaga usus bukan lagi sekadar tentang penghadaman sahaja. Ia adalah tentang menyokong mood, minda, dan kualiti hidup anda secara keseluruhan.

Rutin Harian yang Mudah Untuk Mood Lebih Baik

Menjaga usus anda tidak perlu menjadi sesuatu yang rumit. Minum VITAGEN untuk menyokong keseimbagan hubungan antara otak dan usus supaya harian rutin anda lebih mudah dan sejahtera.

Usus yang sihat, mood pun hebat.

#GoodGutGoodLife

Beli VITAGEN dalam talian di sini::

https://vitagen.com.my/shop/

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!