Ketagih Main Gajet Tiada Had Umur - Bayi Pun Boleh Ketagih!
Pakar menjelaskan ketagih main gajet sama seperti ketagih dengan dadah. Anak-anak kecil seperti bayi pun boleh ketagih! Jom semak apa kesan buruk jika anak-anak anda terlalu ketagih dengan gajet.
Ketagih Main Telefon Pintar
Baru-baru ini, telah tular sebuah video yang bagi saya amat merisaukan!
Sudahkah anda melihat video bayi menangis sambil menghentak-hentak kaki setelah ibunya mengambil telefon pintar dari tangannya itu? Apa anda rasa setelah melihat video tersebut?
Jika anda masih belum melihatnya, di bawah ada kami sediakan video itu.
Sebenarnya, ini adalah salah satu kesan ketagihan bermain dengan gajet.
Ya bayi itu masih lagi terlalu kecil untuk mengalami sebarang ketagihan. Namun sebenarnya, ketagihan bermain gajet tiada had umur.
Tidak pasti apa yang anda rasa, tetapi, secara personal, isu ini sebenarnya amat merisaukan.
Dan tahukah anda sebenarnya ketagihan gajet disamakan seperti ketagihan kepada dadah? Ia sangat serius hingga boleh memberi kesan yang berpanjangan kepada kesihatan fizikal dan mental!
Kaitan:
Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!
Kesan Buruk Terlalu Ketagih Main Gajet
Jangan tak tahu… ada banyak kesan buruk yang harus ibu bapa ambil kisah akibat pemberian gajet terlalu awal pada kanak-kanak.
Antara kesan ketagihan gajet ialah:
- Perkembangan sensori dan motor menjadi lambat kerana kanak-kanak hanya menyentuh skrin. Mereka sepatutnya didedahkan kepada perbezaan tekstur atau sentuhan supaya dapat meransang sensori dan motor mereka.
- Masalah obesiti. Ya! terlalu bergantung kepada gajet akan menyebabkan anak malas untuk membuat aktiviti fizikal. Dan ini menyumbang kepada faktor obesiti.
- Perkembangan otak yang tidak seimbang. Mereka akan menjadi terlalu fokus dengan ‘pelajaran’ di dalam ‘kotak’ hingga tidak dapat keseimbangan pelajaran dunia sebenar.
- Tiada interaksi. Perasan atau tidak, apabila berdepan dengan gajet, anak anda akan mengabaikan anda serta apa-apa saja di sekelilingnya? Ini bukanlah petanda yang baik, ini menunjukan yang dia tidak berminat untuk berinteraksi.
- Mata yang tidak sihat. Terdedah kepada skrin gajet terlalu lama akan menjadi punca mata tidak sihat. Malah, mata yang tidak sihat boleh memberi menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain juga.
- Pengaruh tidak baik. Sejauh mana anda tahu setiap video atau permainan yang ditonton anak anda? Adakah anda pasti yang mereka hanya menonton kartun atau video yang ‘bagus’ sahaja? Tahukah anda, kartun juga banyak memberi pengaruh yang buruk terhadap anak-anak
- Tiada perkembangan emosi. Terlalu banyak melihat gajet akan membuatkan anak-anak anda menjadi kaku. Mereka tidak akan mengembangkan perkembangan emosi seperti empati dan simpati.
Banyak lagi kesan buruk ketagihan gajet yang tidak disenaraikan. Ini hanyalah sebahagian sahaja. Tidakkah anda risau?
Kaitan:
Anda boleh tanganinya dengan membaca Cara untuk mendidik anak-anak yang telah ketagih gadget dan “Mama, nak handphone!” – Memantau penggunaan alat elektronik anak-anak dengan bijak
Mari sama-sama kita cegah masalah ini sebelum terlambat, ya semua ibu bapa!