Ibu Boleh Kerap Beri Anak Makan Sayur Bayam, Ia Menguatkan Tulang & Cegah Masalah Kesihatan

undefined

Tahukah ibu ayah tentang khasiat sayur bayam kepada perkembangan anak-anak? Ia dapat meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah masalah kesihatan!

Khasiat bayam yang kaya dengan pelbagai nutrisi amat penting untuk perkembangan fizikal dan mental. Variasi manfaat dalam sayuran ini turut memberikan manfaat kepada kanak-kanak dan bayi.

Secara umumnya, khasiat bayam mengandungi vitamin A, C, asid folik dan vitamin B3. Ia turut membekalkan mineral yang diperlukan tubuh seperti kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Ia boleh dijumpai dalam dua warna iaitu hijau dan merah.

Khasiat bayam untuk si manja

khasiat bayam untuk kanak-kanak

credit to sources

Justeru, tidak salahnya anda memperkenalkan sayur bayam dalam menu hidangan harian anak-anak. Zat besi merupakan nutrisi utama yang paling diperlukan untuk perkembangan otak, sel darah merah dan sistem saraf. Antara khasiat lain ialah:

#1. Baik untuk kesihatan mata

Khasiat bayam adalah kaya dengan vitamin A, C dan karatenoid iaitu Lutein, Zeaxanthin dan beta-karotin. Ia dipercayai mampu mengehadkan kerosakan retina akibat penyerapan sinar biru yang banyak.

Bukan itu sahaja, kekurangan vitamin A dalam tubuh anak-anak akan membawa kepada masalah rabun.

#2. Menguatkan tulang

Untuk membina tulang dan memperlahankan proses pereputan tulang, kandungan kalsium adalah yang paling penting. Hal ini kerana kalsium dan vitamin K dalam sayur bayam dapat membantu meningkatkan ketumpatan tulang kanak-kanak serta mencegah penyakit osteoporosis.

Dalam satu cawan sayur bayam mentah membekalkan hampir 181% jumlah vitamin K disarankan dalam seharian. Menurut laporan BBC, ia adalah kuantiti yang sukar dijumpai di dalam sayur lain kecuali bayam.

#3. Mencegah masalah asma

Anak kecil yang menerima bekalan beta-karoten mempunyai risiko lebih rendah dari diserang asma. Menurut Medical News Today, sayur bayam yang kaya pelbagai nutrisi mampu mengatasi masalah ini

Hidangan sebanyak 1/2 cawan membekalkan sehingga 230% manfaat daripada jumlah harian yang disyorkan untuk kanak-kanak.

#4. Mengelakkan masalah gastrik

Disebabkan oleh perut kanak-kanak masih belum matang sepenuhnya, mereka sering terdedah dengan gejala sakit perut, kembung atau gastrik.

Situasi ini pastinya membuatkan anak-anak rasa tidak selesa. Dengan memberikan anak-anak makan sayur bayam pastinya dapat membantu tanpa perlu mengambil ubat.

#5. Membunuh cacing dalam usus

Pengambilan sayur bayam secara kerap dalam membantu menghapuskan kewujudan cacing dalam usus. Hal ini kerana cacing parasit akan berkembang dalam perut dan usus anak-anak yang masih kecil serta sensitif.

#6. Membantu melancarkan pencernaan

Dengan jumlah serat makanan yang banyak, sayur bayam ini mampu membantu menjaga sistem pencernaan agar sentiasa lancar dan teratur. Ia sekaligus dapat mengelakkan anak-anak berhadapan masalah sembelit.

Di samping itu, bayam menyerap lebih banyak air dan memprosesnya sebagai najis. Keadaan ini membantu memudahkan pergerakan usus dan mengelakkan anak-anak menangis sepanjang hari kerana ketidakselesaan bahagian perut!

#7. Meningkatkan sistem ketahanan tubuh

Kebiasaannya, multivitamin amat diperlukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Namun, ibu ayah dilarang memberikan multivamin sebarangan tanpa mendapatkan nasihat dari doktor.

Sebagai penggantinya, anda dapat membekalkan multivitamin semula jadi untuk si manja daripada sayur bayam. Ia mengandungi banyak khasiat termasuklah vitamin C yang mampu melindungi tubuh dari serangan pelbagai penyakit.

Tips kreativiti ibu supaya anak makan sayur bayam

Dalam memperkenalkan sayur bayam kepada anak-anak, ibu ayah perlu memastikan ia adalah segar dan daunnya berwarna hijau. Pastikan anda membersihkannya dengan sempurna sebelum memasak bagi mengelakkan kuman serta bakteria.

Antara hidangan kreatif yang boleh ibu lakukan ialah:

#1. Lempeng bayam

manfaat bayam

  • 3 gram bayam dicincang halus
  • 150 gram tepung serba guna
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji telur dipukul
  • 200ml susu segar
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Satukan tepung, gula, serbuk penaik, garam dalam satu bekas dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, masukkan telur, susu dan minyak masak. Kemudian tuangkan adunan tepung tadi. Gaul sebati dan masukkan bayam. Ketepikan.
  3. Panaskan kuali leper dengan api sederhana. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian, tuang sedikit adunan membentuk bulat.
  4. Biarkan tepi lempeng menjadi kerang dan keluar gelembung udara, terbalikkannya sehingga kedua-dua permukaan bertukar perang.
  5. Sedia dihidangkan

#2. Cucur bayam

kelebihan senaman

  • 250 gram bayam segar
  • 1 biji bawang merah dihiris nipis
  • 120 gram gandum
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar perahan limau
  • Garam dan air ais secukupnya
  • Biji bijan

Cara penyediaan

  1. Potong bayam dengan kepanjangan yang diinginkan. Anda juga boleh mengisar halus jika anda kecil tidak gemar makan sayur.
  2. Tambah sedikit bawang merah dan garam. Kacau dan masukkan tepung.
  3. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit dan goreng pada minyak panas.
  4. Balikkan adunan dan pastikan ia masak sekata. Kemudian, hidangkan dengan sos kicap manis yang dicampur bersama perahan lemon dan biji bijan.

Sumber: Jiwa Sihat, Being The Parent, Wanista

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ibu Boleh Kerap Beri Anak Makan Sayur Bayam, Ia Menguatkan Tulang & Cegah Masalah Kesihatan

Baca juga:

https://my.theasianparent.commanfaat-sayuran-brokoli

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!