Kisah Pilu Lelaki Ini TERPAKSA Pilih Nak Selamatkan Nyawa Isteri Atau Anaknya

undefined

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa...

Kita biasa mendengar kisah ibu meninggal setelah melahirkan anak dan ini yang dirasakan Frederick Connie pada hari isterinya bersalin. Alangkah sedihnya… ketika itu juga, dia diminta memilih antara isteri dan anak untuk diselamatkan. 

Kisah ibu meninggal setelah melahirkan, lelaki ini perlu pilih isteri atau anak untuk diselamatkan 

kisah ibu meninggal setelah melahirkan, ibu mati setelah melahirkan, isteri meninggal setelah melahirkan, isteri mati selepas bersalin, isteri meninggal selepas lahirkan anak, isteri meninggal dunia, isteri mati, kematian isteri, kematian isteri selepas bersalin, kematian isteri selepas melahirkan

Pada 30 November lalu, Keyvonne, isteri kepada Frederick Connie mengalami pendarahan teruk di rumah mereka di Littleton, Colorado Amerika Syarikat lalu dia bawa isterinya segera ke hospital dengan rasa panik. 

Ketika di hospital, doktor memberitahu dia harus buat keputusan sulit dalam hidupnya. Doktor meminta dia pilih antara nyawa isteri atau anaknya. Jika pakar melakukan pembedahan pada isterinya, nyawa bayi akan terancam.

Tapi jika pilih keluarkan bayi secara normal, nyawa isterinya pula dalam bahaya. Namun, setelah bersalin melalui pembedahan, dia menarik nafas lega kerana isterinya selamat malah Kevyonne sempat melihat bayi perempuan mereka yang baru lahir. 

Akan tetapi, keadaannya semakin lemah selepas beberapa jam melakukan pembedahan czer  dan dia akhirnya meninggal dunia sebelum sempat ke bilik pembedahan semula. 

Kisah ibu meninggal setelah melahirkan  – Lelaki ini tak ada wang untuk bayar kos persalinan isterinya itu 

kisah ibu meninggal setelah melahirkan, ibu mati setelah melahirkan, isteri meninggal setelah melahirkan, isteri mati selepas bersalin, isteri meninggal selepas lahirkan anak, isteri meninggal dunia, isteri mati, kematian isteri, kematian isteri selepas bersalin, kematian isteri selepas melahirkan

Setelah beberapa minggu dirawat di hospital kerana masalah kesihatan, akhirnya Angelic – bayi perempuan itu boleh dibawa pulang ke rumah. 

Namun, Frederick tak boleh berasa lega kerana kos rawatan isteri dan anaknya selama sepuluh hari tak boleh ditanggungnya seorang diri. Disebabkan itu, dia menjual semua barang rumah supaya dapat wang dari hasil jualan tersebut. 

Majikan tempatnya bekerja akhirnya memberi inisiatif dengan membuat kutipan dana buat Frederick dan bayinya supaya dia dapat membayar kos rawatan hospital, makanan dan keperluan lain. 

Tips hadapi saat kehilangan pasangan secara tiba-tiba 

Sememangnya kehilangan pasangan merupakan ujian paling berat terutama jika ia berlaku secara tiba-tiba. 

Apatah lagi setiap pasangan berkahwin tentunya berharap dapat menempuhi kehidupan ini bersama dalam tempoh yang lama.Walau bagaimanapun, hidup harus diteruskan meskipun kehilangan insan tersayang

Apa yang boleh dibuat? Apa yang boleh memudahkan cabaran ini?

#1. Terus bersemangat walaupun sedang bersedih 

Hari pertama setelah kehilangan mungkin terasa berat, tapi setelah itu anda harus kembali pada rutin biasa setiap hari. Cara terbaik adalah redha dengan pemergiannya. 

#2. Jaga kesihatan diri 

kisah ibu meninggal setelah melahirkan, ibu mati setelah melahirkan, isteri meninggal setelah melahirkan, isteri mati selepas bersalin, isteri meninggal selepas lahirkan anak, isteri meninggal dunia, isteri mati, kematian isteri, kematian isteri selepas bersalin, kematian isteri selepas melahirkan

Meskipun bersedih, tapi anda harus menjaga tahap kesihatan diri seperti mengamalkan gaya hidup sihat dan jangan sesekali biarkan diri anda terus bersedih kerana ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh. 

#3. Minta bantuan 

Cari seseorang yang boleh mendengar kerinduan anda terhadap pasangan seperti ibu bapa dan ahli keluarga. Seterusnya jangan ragu meminta bantuan kaunseling supaya anda lebih berkeyakinan dan bersemangat selepas kejadian itu. 

Diharap Frederick cekal menghadapi ujian ini dan membesarkan anak kecilnya menjadi insan yang baik di masa hadapan. Anda pernah berhadapan situasi sebegini? Kongsikanlah dengan kami. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Prima Sulistya. Artikel ini diterjemahkan dari theAsianparent Indonesia atas keizinan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperjuangan-seorang-ibu-melahirkan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!