Cuba Untuk Hamil? Semak Dulu 9 Bahan Dalam Kosmetik Yang DILARANG Untuk Ibu Hamil Ini!

undefined

Bukan ibu hamil saja yang kena peka tentang pengambilan produk tertentu ya! Kalau nak hamil, sebaik-sebaiknya kena ubah gaya hidup anda juga termasuklah penggunaan bahan kosmetik yang berbahaya!

Wanita pada umumnya memang suka memakai alat solek dan penjagaan wajah untuk memelihara kecantikan kulit. Tetapi semasa cubaan hamil atau sewaktu kehamilan, ibu kena tahu ada sesetengah bahan dalam kosmetik yang dilarang untuk ibu hamil.

Walaupun kuantiti bahan kimia dalam barangan penjagaan wanita ada sedikit sekalipun, pastinya ibu tidak mahu memberikan risiko buat janin dalam rahim kan?

Malah ada sesetengah wanita yang terus menghentikan sebarang penggunaan kosmetik, termasuklah penyembur wangian bawah lengan sepanjang kehamilannya!

kosmetik yang dilarang untuk ibu hamil

Tetapi risiko lainnya, ada yang tak boleh tahan pula kalau ketiak berbau! Hihi.

Semak Label Sebelum Membeli Produk Semasa Hamil

Sebenarnya bukan semua produk kosmetik berbahaya semasa mencuba untuk hamil.

Ada yang boleh digunakan, terutamanya bagi produk yang dihasilkan secara organik yang tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Tetapi hakikatnya, tidak banyak produk yang berasaskan bahan organik di pasaran menyebabkan wanita kena lebih berhati-hati sekiranya ingin memakai produk.

Selalunya wanita akan teruskan penggunaan produk kosmetik yang biasanya digunakan semasa tidak hamil kerana dan tidak peka akan bahannya, betul tak?senarai bahan kimia berbahaya

9 Bahan Dalam Kosmetik Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil @ TTC Untuk Kandungan Sihat

Walau bagaimanapun, wanita yang ttc juga perlu tahu ia penting untuk  semak label produk sebelum membelinya ya.

Kalau ada salah satu dari 9 bahan terlarang ini, kami cadangkan anda letak semula di kaunter atau kalau dah beli, beri saja untuk kegunaan ahli keluarga lain.

#1 Paraben

Dr. Aaliya Yaqub merupakan seorang doktor yang pakar dalam kesihatan sepanjang hayat memberi amaran kepada wanita untuk memberi perhatian kepada bahan kimia yang terdapat dalam alat solek, krim kecantikan dan sabun.

Baca label dan elakkan apa-apa yang mempunyai perkataan “paraben” di dalamnya, misalnya:

  • Methylparaben
  • Proplyparaben
  • Isopropylparaben
  • Isobutylparaben
  • Butylparaben
  • Natrium butilparaben 

Cuba kurangkan penggunaannya atau elak terus dalam masa 6 bulan sebelum cuba hamil. Ini kerana ada bahan yang meniru karakter estrogen yang menyekat penghasilan telur sihat. 

#2 Kafein

kafein berlebihan

Terdapat banyak kajian mengenai sama ada atau tidak kafein meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran pramatang dan hasilnya tidak jelas.

Pengambilan kafein sederhana kurang dari 200 miligram sehari adalah selamat semasa kehamilan namun jika anda mengambil lebih daripada 200 mg kafein setiap hari, sebaiknya kurangkan ya jika anda cuba hamil.

#3 BPA Dalam Bekas Plastik

American College of Obstetricians and Gynecologists mengingatkan bakal ibu untuk menjauhkan diri daripada Bisphenol A @ BPA,

“Bisphenol A ditemui dalam makanan, produk dan pembungkusan pengguna, dan pendedahan berlaku melalui pernafasan dan penyerapan kulit malah telah dikaitkan dengan keguguran berulang.”

Inilah yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan BPA:

  • Jangan microwave bekas makanan plastik. Ini kerana boleh memecah daripada berlebihan pada suhu tinggi dan melepaskan BPA dalam jangka masa panjang.
  • Semak kod kitar semula di bahagian bawah bekas plastik. Ada sesetengah plastik yang ditandai dengan kod kitar semula 3 atau 7 boleh dibuat dengan BPA.
  • Kurangkan penggunaan makanan dalam tin.

#4 Retinoids + Retinols

cubaan hamil

Jauhi retinoid dan retinol yang sering dijumpai dalam krim anti-penuaan dan produk kosmetik. Retinoid adalah berkaitan dengan vitamin A dan apabila diambil mulut boleh menyebabkan kemudaratan kepada perkembangan embrio dan janin.

#5 Rokok

Bahan kimia dalam asap rokok mempercepatkan kehilangan telur dan boleh menjejaskan kesuburan wanita.

Wanita yang merokok sering mendapat menopaus lebih awal daripada yang tidak merokok malah merokok semasa kehamilan juga dikaitkan dengan bayi berat lahir rendah. 

#6 Suplemen Yang Tidak Diiktiraf

Cuba elak suplemen dan ubat-ubatan selain daripada vitamin pranatal yang disyorkan doktor y ya. Adalah lebih baik untuk bertanya doktor tentang vitamin pranatal adalah yang terbaik bagi memastikan anda mendapat semua nutrien utama. 

#7 Semburan Pewangi

Selalunya pewangi tidak dituliskan kandungannya pada kotak atau botol jadi ia merupakan risiko yang sangat besar bagi wanita yang cuba hamil.

Untuk lebih selamat selamat, elakkan penggunaan minyak wangi untuk masa sekarang. Minyak pati tulen adalah satu alternatif, tetapi tanya doktor terlebih dahulu tentang mana yang selamat untuk anda juga ya!

#8 Bahan Berasaskan Aseton

bahan bahaya semasa hamil

Aseton merupakan sebatian yang digunakan sebagai pelarut dalam bahan kosmetik. Salah satu penggunaannya adalah dalam pengilat kuku.

#9 Cat Rumah/ Cat

Pendedahan kepada semburan cat, cat dinding dan perabot, pewarna dan dye kain telah dikaitkan dengan risiko keguguran dan kecacatan kelahiran yang lebih tinggi malah risikonya sangat tinggi pada trimester pertama kehamilan. 

Seeloknya, minta bantuan pasangan atau sewa profesional atau sekurang-kurangnya gunakan alat perlindungan seperti sarung tangan dan topeng jika anda ingin cat sesuatu ya!

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Cuba Untuk Hamil? Semak Dulu 9 Bahan Dalam Kosmetik Yang DILARANG Untuk Ibu Hamil Ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mother.ly

Baca juga:

7 Kesilapan Yang Selalu Dibuat & Harus Dielak Jika Anda Mahu Cepat Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!