X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Celoteh Comel Kanak-Kanak Tentang Fesyen dan Alat Solek

4 min bacaan
Celoteh Comel Kanak-Kanak Tentang Fesyen dan Alat Solek

Kita tahu anak kecil cukup suka main make-up ibunya. Tapi, apa sebenarnya pendapat mereka tentang fesyen dan alat solek? Kami ada bertanyakan soalan kepada beberapa orang kanak-kanak untuk memahaminya!

Apabila kanak-kanak bertemu fesyen dan alat solek…

Sebagai ibu, kita faham sangat telatah anak kita. Kalau rumah riuh, maknanya dia sedang sibuk bermain dan mengeksplorasi dunia barunya.

Tapi kalau si kecil itu tiba-tiba senyap dan menghilang, mulalah kita tertanya-tanya dan risau.

Kita pun berjalan ke arah bilik tidur kita dengan dada yang berdebar. Sambil kita menyuakan tangan ke tombol pintu, terasa sedikit menggigil tangan itu…

Kita pun menyelak muka pintu dan masuk ke dalam bilik.

Seperti yang dijangka, kita sedang menyaksikan satu babak “jenayah” yang telah dilakukan oleh si cilik buah hati pengarang jantung kita itu!

Apa yang anak kita buat senyap-senyap dalam bilik tidur kita?

Jantung kita berhenti berdenyut seketika dan kita mengurut dada. Si kecil itu sedang duduk di meja solek, dengan muka dipenuhi dengan…”kejap, adakah itu lipstick kegemaranku?!”

Kita semua tahu anak kecil memang suka mencuba. Mereka memang cukup minat untuk bermain dengan alat solek ibunya, terutama kalau si kecil itu kanak-kanak perempuan!

Apa sebenarnya yang mereka fikirkan? Sebanyak mana mereka tahu tentang fesyen dan barangan make-up?

fesyen alat solek kanak-kanak

Sumber: Pinterest.com

Kami, di theAsianParent, menyelongkar di sebalik keinginan dan pemikiran mereka yang selalu ingin tahu itu! 

Mari baca celoteh comel anak-anak dan ketahui pendapat mereka tentang fesyen dan alat solek!

Celoteh anak kecil tentang fesyen dan alat solek

Soalan #1: Adakah semua orang patut pakai make-up?

“Ya!”

Tapi Mama tak pakai make-up pun. Dia masih nampak cantik? Adik rasa dia patut pakai alat solek tak?

“Ya, Mama patut pakai make-up! Semua orang perlu pakai make-up, kalau tak nanti rupa mereka tak cantik.”

– Josevic Joseph (4 tahun)

Soalan #2: Adik rasa, kenapa orang pakai make-up?

“Untuk nampak cantik, sebab mereka tak mahu kelihatan hodoh. Dan juga…untuk sorok umur mereka.”

Jadi, kenapa make-up?

“Sebab make-up boleh tutup titik dan lubang atas muka mereka.”

Ada pendapat lain lagi?

“Orang tua pakai make-up banyak sangat, sebab orang tua ada kedut. Mereka rasa selamat sikit kalau pakai make-up.”

“Dan juga, supaya orang ingat kita kaya, make-up kan sangat mahal!”

Apa adik rasa tentang fesyen?

Stories Rakan Kongsi
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!

“Membuang masa, sangat lambat nak bersiap, kena “buka muka” (baca: tanggal make-up) setiap kali.”

–  Abdillah (9 tahun), Atheerah (10 tahun) & Aliyah (11 tahun)

Soalan #3: Kenapa orang dewasa pakai alat solek?

“Untuk cantik, beri warna pada muka. Kadang-kadang, mereka pakai alat solek untuk menyamar kalau mereka ada musuh, make-up boleh tolong sorok wajah sebenar mereka…”

Sambung ayat ini: Fesyen adalah…

“…bagaimana seseorang itu hidup. Sesetengah orang tak pandai fesyen. Mereka pakai apa sahaja, baju ‘tube‘ ketat dengan seluar pendek, langsung tiada fesyen. Ia tak nampak macam pakaian pun!”

Kenapa adik rasa fesyen itu penting untuk orang perempuan?

“Sebab mereka nak nampak cantik sewaktu dating. Atau untuk tarik perhatian budak lelaki.”

Adik ada tip fesyen/kecantikan/alat solek tak untuk semua orang di luar sana?

“Bila awak menyolek, cuba untuk…ekspresikan perasaan!”
 – Nurulhuda (9 tahun)

Soalan #4: Kenapa orang pakai alat solek?

“Supaya kita boleh mempersembahkan diri kita dengan lebih baik. Untuk rasa lebih yakin. Dan selesa.”

Apa pendapat adik tentang make-up?

“Mereka selalunya jadi lebih baik dan mesra bila pakai make-up. Betul! Saya tak tahu kenapa begitu…”

– Kia Wee (9 tahun) & Kia Seng (8 tahun)

Soalan #5: Kenapa orang suka pakai alat solek?

“Sebab ia sangat berfesyen untuk parti.”

Apa itu berfesyen?

“Bila mereka keluar untuk tunjukkan baju baru mereka macam dalam fashion show, mereka pakai make-up banyak-banyak.”

barang make-up fesyen kanak-kanak

Sumber: Tinystep.in

Adik tahu tak kenapa orang perempuan pakai make-up?

“Mungkin sebab ia berwarna-warni, macam pelangi.”

Adik tahu tak pasal…eyeliner?

“Saya rasa itu untuk buatkan biji mata jadi lebih gelap.”

– Ahmad Habibullah (7 tahun)

Soalan #6: Kenapa adik suka make-up?

“Saya rasa make-up itu bagus sebab ia kreatif, ada style, cantik dan kemas.”

Jadi, semua orang patut pakai make-up?

“Tak semua orang perlu pakai make-up…sesetengah orang, bila mereka pakai alat solek, mereka nampak lebih hodoh. Tapi, untuk sesetengah orang yang lain pula, mereka memang patut pakai. Sebab mereka nampak pucat sangat, macam zombi. Mak saya kadang-kadang pakai bedak macam zombi.”

Adik ada tak nasihat atau tip fesyen/kecantikan/solekan untuk semua orang di luar sana?

“Ada. Minum air banyak-banyak, dan jangan makan lewat malam. Kalau tak, nanti jadi gemuk. Jaga kesihatan dan keluar selalu. Berseronok, lihat wajah orang lain dan senyum.”

– Nur Batrisya (8 tahun)

Kanak-kanak memang jujur dan naif

Comel dan spontan sahaja jawapan mereka, kan? Cuba ibu ayah buat di rumah. Tanya anak anda apa pendapat mereka tentang fesyen dan alat solek.

Pasti jawapan mereka boleh meggeletek hati kita. Jangan lupa untuk kongsikan dengan kami apa kata mereka di ruangan komen, ya!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun ‘Tak Sedar’ Dia Dibuli Kerana Mekap

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Fesyen
  • /
  • Celoteh Comel Kanak-Kanak Tentang Fesyen dan Alat Solek
Kongsikan:
  • 6 Jenis Penggendong Bayi Yang Popular Dikalangan Ibu & Ayah, Nak Dukung Anak Pun Lebih Selesa

    6 Jenis Penggendong Bayi Yang Popular Dikalangan Ibu & Ayah, Nak Dukung Anak Pun Lebih Selesa

  • Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun 'Tak Sedar' Dia Dibuli Kerana Mekap

    Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun 'Tak Sedar' Dia Dibuli Kerana Mekap

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 6 Jenis Penggendong Bayi Yang Popular Dikalangan Ibu & Ayah, Nak Dukung Anak Pun Lebih Selesa

    6 Jenis Penggendong Bayi Yang Popular Dikalangan Ibu & Ayah, Nak Dukung Anak Pun Lebih Selesa

  • Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun 'Tak Sedar' Dia Dibuli Kerana Mekap

    Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun 'Tak Sedar' Dia Dibuli Kerana Mekap

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.