X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun 'Tak Sedar' Dia Dibuli Kerana Mekap

4 min bacaan
Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun 'Tak Sedar' Dia Dibuli Kerana Mekap

Walaupun sebenarnya, beliau telah dibuli dengan teruk kerana gemar memakai alat solek tersebut.

Siapa kanak-kanak comel ini?

Reuben de Maid adalah seorang kanak-kanak cerdik dari Llandaff, Wales. Beliau menjadi kanak-kanak sensasi di atas talian apabila berjaya memberi persembahan menakjubkan dalam rancangan televisyen The Ellen Degeneres Show, bulan lepas.

Keupayaan dan kebolehan Rueben sering dibandingkan dengan penyanyi Adam Lambert. Lihat saja bakat menyanyi kanak-kanak ini dalam video di bawah.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak berbakat ini “tidak sedar” beliau telah dibuli dengan teruk akibat minatnya terhadap alat solek.

Beliau dipetik mengatakan beliau cuba mengukir senyuman apabila ditendang dan dibuli, kerana menganggap “jika tidak mereka akan terus membulinya.”

Baru-baru ini, Reuben meluahkan insiden beliau dibuli dalam program This Morning. Beliau hadir ditemani ibunya, Vicky Thomas.

Tak sedar dibuli di sekolah

Menurut penyanyi licik itu. terdapat dua kanak-kanak lelaki yang belajar dalam kelas drama sama dengannya. Kedua-dua kanak-kanak terbabit tidak serasi dengan Reuben. Mereka sering memukul dan menendangnya. 

“Saya tak tahu apa yang saya buat. Tapi mereka macam tak suka saya.“

Rupa-rupanya, Reuben tidak sedar yang beliau sebenarnya dibuli! Kakak Reuben yang sedar tentang hal ini.

Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Tak Sedar Dia Dibuli Kerana Mekap

Reuben ketika dalam rancangan The Ellen Degeneres Show
Kredit gambar: The Sun

Reuben seorang kanak-kanak bijak. Beliau dipetik mengatakan

“Bila seseorang sering kacau anda, anda tak sedar sebenarnya ia adalah kes buli. Sampailah ada orang yang cakap itu kes buli. Saya hanya anggap mereka tak suka saya. Mereka bertindak kejam ke atas saya.“

Semuanya terbongkar apabila kakak Reuben melaporkan hal ini pada ibu mereka. Apabila diberitahu tentang hal itu, Vicky pantas menyoal Reuben.

“Saya tanya dia, adakah mereka memukulnya? Dia kata ya. Saya tanya sakitkah? Dia kata sakit. Tapi Reuben enggan menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit bila dipukul.“

Vicky sebak. Beliau tak menyangka anaknya yang unik dan berbakat ini akan dibuli di sekolah.

“Reuben cakap, dia akan senyum pada mereka sebab dia mahu mereka berhenti memukulnya.“

Kasihannya anak comel ini! Pembuli tersebut harus dihukum dengan hukuman yang setimpal!

Bila Reuben mula berjinak-jinak dengan alat solek?

Menurut Reuben lagi, beliau mula berjinak-jinak dengan alat solek ketika berusia 8 tahun. Pada ketika itu, Reuben akan menghabiskan masanya melayari internet dan belajar daripada tutorial tentang bagaimana ingin mengenakan solekan.

Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Tak Sedar Dia Dibuli Kerana Mekap

Beliau kini semakin terkenal dan sering dipanggil untuk memberi ucapan.
Kredit gambar: The Sun

Beliau juga cuba memakai alat solek ke sekolah. Tapi kadang-kadang, beliau dilarang. Kini, Reuben terkenal di laman media sosial, dengan jumlah hampir 100,000 penonton dalam saluran Youtubenya.

Apa ibu bapa harus lakukan dengan tindakan bermain alat solek?

Macam pelik saja benarkan anak-anak pakai alat solek ketika masih muda? Memang ramai ibu bapa masih berdebat tentang hal ini.

Walaubagaimanapun, Dr Jan Faull dari Parents mengulas ibu bapa tidak seharusnya terlalu khuatir tentang isu pemberian alat solek ketika muda ini.

Biasanya, kanak-kanak akan mula menunjukkan “fasa perubahan” seawal usia 10 tahun. Sebab itu mereka akan mula tertarik kepada sesuatu perkara yang kena dengan citarasa mereka. Akan tetapi, ibu bapa masih memiliki kuasa untuk mengawal dan memberi nasihat pada mereka. 

Jelas Faull lagi, ibu bapa seharusnya lebih matang dan bijak membina komunikasi yang berkesan. Kunci kejayaan di sini adalah komunikasi terbuka dengan anak-anak!

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Tanda-tanda anak anda dibuli!

Kadang, kita tak sedar yang sebenarnya anak kita dibuli. Tengoklah bagaimana adik Reuben tidak sedar beliau sebenarnya dibuli dengan teruk di sekolah! Ya Allah, minta dijauhkan!

Ibu bapa pula sibuk berkerja. Kalau anak-anak tak laporkan apa-apa, kita andaikan yang baik saja! Hmm. Buli adalah satu kes bahaya. Anda sebagai ibu bapa harus lebih peka.

Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Tak Sedar Dia Dibuli Kerana Mekap

Kanak-kanak yang dibuli jarang menceritakan hal itu pada orang lain. Jadi, mata anda yang perlu menjalankan tugas! Berikut ada beberapa tanda yang sebenarnya anak anda telah dibuli:

Tanda-tanda fizikal

  1. Kecederaan tak masuk akal
  2. Sering sakit kepala
  3. Sering sakit perut
  4. Tak berselera untuk makan
  5. Pening
  6. Sakit-sakit badan

Tanda-tanda psikologi

  1. Hilang kawan
  2. Sering tertekan
  3. Cepat marah
  4. Sering bimbang
  5. Kesedihan
  6. Sukar untuk tidur
  7. Sering keseorangan
  8. Tidak berdaya
  9. Rasa terasing

Semoga perkongsian ini membantu!

Kredit gambar: Metro

Sumber rujukan: Metro, Parents. dan The Sun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun 'Tak Sedar' Dia Dibuli Kerana Mekap
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham