Jika Anak Mudah Jatuh Sakit Berikan 7 Makanan Ini, Ia Boleh Kuatkan Antibodi!

undefined

Antibodi dihasilkan secara semulajadi di dalam badan tubuh badan setiap manusia tetapi semakin usia meningkat,antibodi dan sistem imun semakin menurun.

Antibodi memang dihasilkan secara semulajadi di dalam badan tubuh badan setiap manusia tetapi semakin usia meningkat antibodi dan sistem imun semakin menurun jadi kita sendiri perlu mengambil makanan yang boleh kuatkan antibodi.

Ia dihasilkan secara semulajadi oleh sistem badan untuk melawan serangan jangkitan penyakit dan membunuh bakteria merbahaya bagaimanapun semakin berusia kita, penghasilan antibodi ini menjadi semakin berkurangan.

Bagaimana jika kita kekurangan antibodi? Apa yang terjadi kepada tubuh badan?

Kuatkan antibodi kalau tak mahu selalu jatuh sakit

Kekurangan antibodi dalam badan oleh pelbagai sebab termasuk peningkatan usia bakal menyebabkan tubuh kita tidak mampu melawan serangan jangkitan dengan berkesan lagi. 

Sekali sistem imun atau sistem kekebalan badan menurun, pintu akan terbuka luas untuk ribuan mikrob masuk dan menyerang tubuh kita.

Jika anda mahu tahu, salah satu ‘pengawal’ kekebalan tubuh badan adalah selenium. Tubuh menggunakan selenium untuk menghasilkan enzim yang dinamakan selenoprotein yang mana antaranya termasuk glutathione peroksidase sebagai antioksidan.

Molekul pada enzim tersebut mencegah terjadinya kerosakan sel dengan cara mengubah bahan kimia seperti hidrogen peroksida menjadi bahan yang tidak berbahaya seperti air.

Disebabkan itu pentingnya memasukkan makanan yang tinggi antioksidan dalam diet seharian kita. Antara makanan yang tinggi antioksidan termasuklah

#1. Bawang putih

antibodi

Ini paling terkenal dalam mengembalikan dan menguatkan sistem imun tubuh. Malah dalam pelbagai kaedah perubatan, bawang putih antara makanan yang tertinggi kedudukannya dalam carta mengenai menguatkan kekebalan tubuh badan.

Kajian menunjukkan ia mengandungi kandungan allicin, sejenis kompaun yang sangat unik berfungsi melawan jangkitan penyakit. Maka tak hairanlah ia telah digunakan sejak berabad lamanya untuk tujuan kesihatan.

Bawang putih juga telah lama digunakan sebagai penguat sistem imun kerana kandungan nutrisinya. Kajian menunjukkan, jika dimakan mentah, bawang putih mampu memberikan perlindungan terhadap penyakit, batuk dan jangkitan pada dada.

Ini disebabkan bawang putih merupakan sumber tinggi vitamin (C, B1, dan B6), mineral (fosfat dan zat besi) dan sulfoksida yang diketahui akan kemampuan antibakterianya.

#2. Daging lembu

antibodi

Kekurangan zat besi adalah salah satu kekurangan gizi yang paling umum pada orang dewasa Amerika, terutama bagi vegetarian dan orang yang mengurangkan pengambilan daging lembu kerana sumber utama mineral ini yang memperkuat kekebalan.

Kekurangan zat besi dalam taraf ringan saja dapat meningkatkan risiko jangkitan. Zat besi dalam makanan sangat penting untuk perkembangan sel-sel darah putih, sel-sel sistem kekebalan tubuh yang berfungsi mengenali dan membunuh bakteria, virus dan pelbagai penyakit lain.

#3. Bayam

antibodi

Bayam adalah salah satu makanan yang harus anda makan selalu dan perlu menjadi menu wajib dalam jadual diet harian anda.  Folat adalah salah satu dari zat kimia yang ditemui pada bayam.

Folat diperlukan untuk produksi dan pemeliharaan sel-sel baru, untuk sintesis DNA dan RNA, serta untuk mencegah perubahan DNA dan dengan demikian, untuk mencegah kanser. Makanlah bayam secara berkala untuk mendapatkan manfaat yang terbaik.

#4. Buah jambu

guava

Jambu batu mempunyai kandungan yang paling tinggi vitamin C antara semua buah. Vitamin C adalah antioksidan yang diketahui berfungsi melawan jangkitan dan membuatkan anda tetap sihat.

Ia meningkatkan sistem kekebalan tubuh dengan meningkatkan pengeluaran sel darah putih dan antibodi, zat penting untuk respon kekebalan.

Vitamin C juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser.

Selain itu, buah-buahan lain seperti seperti betik, tembikai, anggur, epal, kurma dan sebagainya setiap hari. 

#5. Yogurt

yogurt

Probiotik yang terdapat dalam yogurt merupakan bakteria sihat yang berfungsi menjaga usus di samping memastikan saluran pencernaan bebas dari kuman punca penyakit.

Ada pelbagai jenis yogurt di pasaran, jika tidak mahu terlalu masam, boleh ambil yang berperisa. Yogurt berperisa asli biasanya sedikit masam, tetapi boleh dicampur sedikit madu atau dengan buah segar untuk mengurangkan rasa masamnya. Pasti sedap!

#6. Brokoli

broccoli

Sedapnya brokoli yang di stim. Makan begitu saja pun sedap! Brokoli memiliki kandungan vitamin A dan D yang tinggi. Pengkaji di University of California, Berkeley menemui bahawa diindolylmethane (DIM), suatu zat yang ditemui dalam brokoli benar-benar menghentikan pertumbuhan sel kanser tertentu.

#7. Kentang

potato

Kentang berfungsi sebagai benteng pertama terhadap bakteria dan virus yang tak diingini. Untuk tetap kuat dan sihat, kulit memerlukan vitamin A.

Salah satu cara terbaik mendapatkan vitamin A adalah dari makanan yang mengandungi beta-karoten (seperti kentang manis) yang diubah oleh tubuh menjadi vitamin A.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Nona

Baca juga: 

5 Cara Mudah Untuk Tingkatkan Sistem Imun Anak Anda, Barulah Mereka Susah Jatuh Sakit!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!