Elakkan Ambil Jus Kunyit Ketika Mengandung, Ini Kesan Bahaya Yang Ibu Perlu Tahu!

undefined

Kunyit untuk ibu hamil yang diolah dalam bentuk minuman atau jamu adalah tidak selamat. Ini kerana ia boleh menganggu kesihatan janin dalam kandungan

Banyak pro dan kontra yang berkait dengan makanan yang selamat dimakan oleh wanita hamil. Salah satunya adalah kunyit untuk ibu hamil, adakah ia baik untuk dimakan atau sebaliknya?

Sesetengah orang percaya yang kunyit untuk ibu hamil memiliki manfaat yang luar biasa. Namun, ada juga beranggapan pengambilan kunyit boleh jadi berbahaya untuk ibu dan kandungannya.

Baca juga: Bahaya Minum Teh Susu Semasa Hamil, Ia Punca Keguguran & Bayi Lahir Cacat!

Jus kunyit untuk ibu hamil, selamatkah jika diambil?

kunyit untuk ibu hamil, kunyit untu ibu hamil muda, kunyit asam untuk ibu hamil, kesan sampingan minum air kunyit, khasiat kunyit hidup, kunyit asem untuk ibu hamil, makan jamu semasa hamil, khasiat kunyit untuk wanita, khasiat kunyit, kunyit putih untuk ibu hamil, manfaat kunyit, manfaat kunyit asam untuk rahim

Menurut penerangan dari Dr. Jati Satriyo dari Alodokter, kunyit memiliki kandungan kimia yang disebut kurkumin. Zat ini dipercayai mampu membantu proses penyembuhan pada tubuh.

Terdapat banyak manfaat campuran kunyit seperti untuk mengatasi osteoarthritis, gatal kulit, ruam pada kulit, masalah menstruasi, asid refluks, gastrik, kanser usus dan sebagainya.

Menurut laman WebMd, kandungan kurkumin kunyit dapat mengurangkan bengkak, dan mengubati keradangan.

Hal ini menunjukkan yang kunyit sememangnya memiliki banyak menfaat kesihatan. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil pula ia harus dipertimbangkan sekiranya anda ingin mengamalkan pengambilan kunyit atau produk yang diperbuat daripada kunyit.

kunyit untuk ibu hamil, kunyit untu ibu hamil muda, kunyit asam untuk ibu hamil, kesan sampingan minum air kunyit, khasiat kunyit hidup, kunyit asem untuk ibu hamil, makan jamu semasa hamil, khasiat kunyit untuk wanita, khasiat kunyit, kunyit putih untuk ibu hamil, manfaat kunyit, manfaat kunyit asam untuk rahim

Terdapat kajian yang menyebut, pengambilan kunyit untuk ibu hamil mempunyai kesan buruk yang boleh menyebabkan kontraksi pada rahim.

“Kunyit harus dihindari pengambilannya oleh ibu hamil. Ini kerana ia boleh menjadikan kontraksi pada rahim, lalu menyebabkan keguguran.” jelas Jati seperti dijelaskan dalam Alodokter.

Sementara itu, menurut penjelasan pada laman WebMD, ibu hamil dan menyusu badan lebih selamat makan kunyit yang dijadikan rencah dalam makanan atau masakan. Jika dijadikan ubat, ia tidak disarankan sama sekali.

Ibu hamil tidak disarankan untuk minum kunyit dalam kuantiti yang banyak. Tambahan lagi, tidak ada maklumat yang cukup untuk mengesahkan yang kunyit adalah selamat untuk wanita hamil, jadi sebaiknya anda mengelak dari pengambilannya sama sekali.

Satu kajian mengatakan bahawa ramuan asam jawa yang selalu dikonsumsi oleh ibu hamil akan mencetuskan kontraksi rahim, malah boleh menyebabkan keguguran.

Sebenarnya ada beberapa kesan sampingan lain yang boleh disebabkan oleh jamu kunyit, seperti:

  • pendarahan
  • mengalami kontraksi rahim
  • reaksi alahan seperti ruam
  • mencetuskan degupan jantung yang tidak normal
  • gangguan hati, pundi hempedu, dan pencernaan

Sekiranya anda seorang yang gemar mengonsumsi ramuan asam jawa dan kunyit, lebih baik mengurangkan atau bahkan berhenti sementara semasa mengandung.

Untuk orang normal, maksudnya yang tidak hamil, dos pengambilan kunyit sebaiknya tidak melebihi 500mg setiap hari. Jika lebih dari itu, contohnya 1500mg sehari boleh memberikan kesan sampingan.

Jenis minuman yang berbahaya untuk ibu hamil

minuman bahaya ibu hamil

#1. Teh hijau

Dianggap sebagai salah satu minuman paling sihat, wanita hamil juga harus meminimumkan pengambilan teh hijau. Pada dasarnya, harap maklum bahawa teh hijau juga mengandungi sejumlah kafein. Mengkonsumsi secara berlebihan dapat meningkatkan metabolisme tubuh yang telah mencapai puncaknya semasa kehamilan.

Digabungkan dengan penyerapan asid folik yang berkurang, keadaan ini boleh menyebabkan masalah pada janin.

#2. Kafein

Sebilangan besar wanita mengeluh apabila teringat akan hal ini, kerana minum kopi adalah bahagian penting dari rutin pagi mereka. Walaupun ia tidak termasuk dalam senarai minuman yang dilarang untuk wanita hamil. Sekurang-kurangnya ketika hamil, Ibu dapat mengurangkan atau membatasi pengambilan kopi.

Menurut First Cry Parenting, cubalah minum kopi secara minimum, terutama pada trimester pertama kerana risiko kafein boleh menyebabkan keguguran cukup tinggi pada waktu itu.

Kafein adalah bahan psikoaktif yang paling biasa digunakan di dunia dan kebanyakannya terdapat dalam kopi, teh, minuman ringan dan coklat.

#3. Minuman tenaga

“Minuman bertenaga tidak digalakkan semasa mengandung kerana mungkin mengandungi kafein yang tinggi, dan bahan-bahan lain yang boleh menganggu perkembangan janin,” jelas Emily Mitchell, ahli diet di Pusat Perubatan Janin di Los Angeles.

“Minuman tenaga juga tidak disarankan oleh FDA kerana termasuk dalam kategori makanan tambahan. Makanan tambahan tidak diatur dan mungkin mengandung bahan yang tidak tercantum pada label,” lanjutnya.

#4. Minuman ringan

Gaya hidup moden yang diikuti oleh masyarakat sekarang menjadikan penggunaan pelbagai minuman ringan sebagai makanan harian mereka. Lebih-lebih lagi, ia tinggi dengan kandungan gula dan mempunyai pemanis buatan.

Walaupun boleh melegakan loya dan menyegarkan, pengambilan minuman berlebihan ini masih tidak baik untuk kesihatan kehamilan.

Salah satunya adalah meningkatkan risiko diabetes kehamilan, yang seterusnya boleh menyebabkan risiko komplikasi pada kehamilan dan kelahiran anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: Bahaya Minum Air Selusuh, Ibu Berdepan Kesakitan Melampau & Risiko Bayi Lemas

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!