Jangan bersedih dan kecewa jika anda kurang susu ibu kerana 5 sebab ini

Jangan kecewa jika anda kurang susu ibu, sebaliknya ingat 5 perkara penting ini dulu! Ia penting untuk anda!

Situasi kurang susu ibu

Biarpun ramai ibu-ibu inginkan pengalaman menyusu tanpa masalah, sebenarnya banyak juga cabaran si ibu yang menyusu. Antara cabaran yang dihadapi adalah masalah “latching”, kurang susu ibu, susu terlalu banyak, payudara kendur, dan masalah puting sakit. 

Tapi yang selalu menyebabkan ibu patah hati dan berhenti menyusu adalah masalah kurang susu ibu. Jika anda seorang ibu yang sedang menghadapi masalah ini, di bawah antara 5 perkara penting yang anda perlu tahu.

#1 Jangan salahkan diri sendiri

kurang susu ibu

Kadang-kadang kita tidak akan mendapat penjelasannya. Mengapa badan kita kurang susu ibu dan ibu-ibu lain boleh menghasilkan susu yang banyak? 

Jangan selalu menyalahkan diri sendiri, biarpun dikutuk orang lain. Bersabarlah kerana keadaan ini di luar kawalan kita. Setiap ibu pasti akan melakukan yang terbaik untuk anak mereka.

Jadi, jangan mudah tersinggung akibat komen-komen negatif dari orang lain. Yang penting anda sendiri tahu yang anda telah melakukan sedaya upaya untuk menyusukan anak. Biarpun gagal menghasilkan susu ibu yang secukupnya, ini tidak bermakna anda gagal sebagai seorang ibu.

#2 Jangan rasa bersalah kerana beri bayi formula

kurang susu badan

Ramai ibu-ibu baru kini rasa terdesak akibat tekanan untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif selama 2 tahun pertama. Walaupun saya sokong susu ibu adalah susu terbaik untuk anak, tapi saya masih berpendapat anak tidak patut kebuluran biarpun kurang susu ibu.

Memberi susu tambahan atau susu formula bukan kesalahan. Jika anda kurang susu badan dan rasa tertekan kerana tidak dapat menghasilkan susu yang secukupnya untuk anak, jangan rasa bersalah untuk mula memberi formula tambahan.

Lakukan apa yang patut, yang paling penting jangan biarkan anak dehidrasi dan kebuluran.

#3 Bantuan susu penderma

kurang susu ibu

Untuk bayi pramatang atau bayi yang sakit tenat dan tidak boleh mengambil susu formula, anda boleh meminta bantuan susu penderma. Ada ramai ibu-ibu penderma yang sangat murah hati di Malaysia. Tapi isu ini mungkin agak sensitif untuk individu beragama Islam.

Pilihlah pilihan yang bersesuaian dengan gaya hidup dan syariat agama.

Tapi buat masa sekarang kita belum ada Milk Bank yang sah dan yang boleh menjalankan penapisan serta ujian ke atas susu yang diderma seperti yang baru ditubuhkan di Singapura.

Biarpun kurang susu ibu, ingatlah menerima susu derma ada juga risikonya. Oleh itu kenali ibu penderma dulu sebelum membuat keputusan untuk memastikan mereka tahu tanggungjawab mereka sebagai penderma susu ibu.

#4 Ada banyak petua untuk mereka dengan masalah kurang susu ibu

Pakar laktasi boleh membantu mereka dengan masalah kurang susu ibu. Sumber gambar: Babycenter

Pakar laktasi boleh membantu mereka dengan masalah kurang susu ibu. Sumber gambar: Babycenter

Anda boleh cuba beberapa vitamin tambahan, makan makanan penambah susu, mengepam dengan lebih kerap, atau anda mungkin boleh diberi ubat untuk menambahkan bekalan susu badan.

Tetapi sebelum mencuba petua-petua ini, pastikan anda mendapat nasihat dari pakar laktasi yang boleh menunjukkan cara-cara yang berkesan dan selamat. Dia juga boleh memantau jika anak anda sedang mendapat susu yang secukupnya ataupun tidak.

#5 Tidak semua petua berkesan untuk ibu menyusu

Jangan bersedih dan kecewa jika anda kurang susu ibu kerana 5 sebab ini

Setiap ibu mempunyai badan yang berbeza, jadi petua yang mungkin berkesan untuk ibu lain tidak semestinya akan memberi keputusan yang sama.

Jadi jangan rasa kecewa dan marah dengan diri sendiri jika anda tidak melihat perubahan yang ketara. Jangan putus asa dan cuba lagi petua lain. Ingat untuk rileks dan bina ikatan bersama bayi baru anda. Semoga anda berjaya.

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Ini Mengepam Susu Badan Secara Eksklusif Selama Setahun, Dia Kongsi Suka Dukanya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!