Ibu Nak Anak Dalam Kandungan Lebih Bijak? Senang Sahaja, Banyakkan Latihan Matematik!

undefined

Ketika kehamilan, dikatakan apa saja yang ibu lakukan memberi kesan kepada anak. Jika ibu suka buat latihan matematik anak yang dilahirkan akan bijak?

Ketika kehamilan, ramai yang mengatakan apa saja yang ibu lakukan bakal memberi kesan kepada anak yang dikandung. Ia termasuklah jika ibu suka buat latihan matematik dikatakan anak yang dilahirkan nanti akan menjadi seorang anak yang bijak.

Mungkin ada benarnya  kerana ketika membuat latihan matematik sudah pasti ibu perlu berfikir dan ia akan memberi kesan langsung kepada bayinya kerana ibunya berfikir untu menyelesaikan masalah dalam latihan matematik itu.

Disebabkan itu, ada yang memberi cadangan kepada ibu-ibu hamil supaya menjadikan membuat latihan matematik sebagai amalan untuk mendapatkan bayi yang cerdik dan bijak.

Latihan matematik oleh ibu hamil bantu dapat anak bijak

latihan matematik

Kredit: thezuriat.com

Mengikut kajian orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Ia dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan.

Ternyata amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi jangan hairan kenapa anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.

Ibu yang sedang mengandung yang membaca artikel ini mungkin boleh cuba praktikkan amalan ini. Benda yang baik dan membaw kebaikan tidak salah untuk kita ikutkan?

Amalan lain ibu hamil yang boleh buat anak jadi bijak

Ibu Nak Anak Dalam Kandungan Lebih Bijak? Senang Sahaja, Banyakkan Latihan Matematik!

Kredit: Unsplash

Selain latihan matematik, ada beberapa amalan lain yang disarankan untuk dilakukan ibu hamil dalam usaha melahirkan anak yang bijak.

Siapa saja yang tidak mahu anak bijak kan? Tetapi ia tidak datang dengan percuma, mesti perlu ada usaha daripada pihak ibu bapa itu sendirikan? Memang jika ditakdirkan anak itu bijak, memang dia akan jadi bijak, tetapi jika ada usaha daripada ibu bapa mungkin lebih baik.

Antara amalan yang boleh dilakukan ibu hamil dalam usaha untuk melahirkan anak yang bijak adalah:

#1. Pemakanan sihat

Ibu Nak Anak Dalam Kandungan Lebih Bijak? Senang Sahaja, Banyakkan Latihan Matematik!

Anda sebagai ibu hamil perlu mengambil makanan sihat. Makanan sihat ini bermaksud cukup nutrien, vitamin dan zat cukup untuk ibu dan anak yang dikandung.

Makanan berkhasiat dan seimbang amat penting untuk kesihatan ibu dan bayi selain perkembangan otak bayi yang sihat.

Ibu juga boleh mengambil minya ikan yang mengandungai DHA dan EPA yang amat diperlukan untuk perkembangan otak dan tubuh badan bayi dan sihat.

Baca juga: 20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!

#2. Banyakkan beribadat

latihan matematik

Kredit: Freepik

Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting ketika sedang dalam proses kehamilan supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia.

Antaranya banyak mengingati Allah dengan memohon taubat, melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangannya.

Sepanjang hamil, ibu mengandung dan suami dituntut memperbanyakkan amalan sunat. Ia juga sama dengan membaca Al-Quran. Antara surah yang elok dibaca ketika hamil adalah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78) dan al-Aa’raf (ayat 189).

Dengan membaca surah-surah ini, selain mendapatkan anak yang bijak dengan mengamalkan surah-surah ini ia boleh memudahkan proses bersalin ibu hamil.

#3. Kerap sentuh, komunikasi dengan anak

latihan matematik

Keraplah menyentuh perut anda dan berkomunikasi dengan anak dalam perut. Ada pendapat mengatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas, ini disebabkan pada usia itu jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

#4. Emosi terkawal

latihan matematik

Kredit: Freepik

Kita tahu, emosi ibu mengandung kadangkala sukar dikawal dan mudah terusik. Jadi, cubalah kawal emosi anda, elakkan ia daripada mudah terusik. Jangan mudah marah kerana ia akan memberi kesan kepada karekter kandungan anda.

Ibu mengandung yang sentiasa tenang dikatakan akan melahirkan anak yang tenang orangnya dan tidak mudah marah-marah serta tidak banyak ragamnya.

Mungkin ada benarnya pendapat itu malah ada ibu yang cuba buat kajian kepada diri sendiri, mendapati memang perkara itu ada benarnya.

#5. Biasakan dengan muzik klasik

latihan matematik

Alunan muzik klasik dikatakan dapat memberi ketenangan kepada anak dan ibu hamil. Apa yang anda perlu buat adalah memperdengarkan bayi dengan muzik klasik dikatakan dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan.

Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa.

Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: majalahpama

Baca juga: Jika anak anda pandai melukis, ini tanda mereka genius. Tapi kenapa ya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!